A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Remaja
  6. /
  7. Berat Badan Anda
  8. /
  9. Pemakanan untuk Kekurangan Berat...

Pemakanan untuk Kekurangan Berat Badan

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?

  • Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) mengikut umur (BMI -untuk-umur) anda berada di bawah garis 5 persentil.
  • Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.
  • Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan (“anorexia/bulimia”) atau masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid).

Bagaimana hendak menaikkan berat badan?

Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan.
Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh dinaikkan dengan :

  • Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori.
  • Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
    • Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam (“supper”).
    • Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.
  • Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi.
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang. Sila rujuk Panduan Pemakanan Sihat.
  • Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda.
  • Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.
  • Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik jika anda ingin mengambil diet tinggi protein atau makanan tambahan (“supplements”) untuk meningkatkan berat badan anda.
Sarapan ½ cawan Cornflakes + buah yang dipotong
½ cawan Susu lemak rendah
1 keping Roti mil penuh (“wholemeal”)
1 sudu kecil marjerin
1 sudu kecil jem
1 cawan Kopi / Teh dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula
Minum Pagi 1 biji kuih cucur badak
1 cawan Koko dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula
Makan Tengah hari 1 cawan Nasi Putih
½ cawan Kailan (menumis reneh – “braised”)
¼ cawan kerabu tauge
1 senduk Kari ayam + tomato
1 potong nenas
Air Kosong
Minum Petang 1 biji kuih keria
1 cawan Kopi / Teh dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula
Makan Malam 1 cawan Nasi Putih
1 mangkuk Sup bayam
½ keping tauhu
1 keping saiz sederhana Terung bakar dengan sambal
1 keping Ikan kembung masak Asam pedas
Air Kosong
Minum Malam 1 cawan susu lemak rendah

 

Semakan akhir : 14 Julai 2008
Penulis : Noor Safiza bt. Mohd Nordin

 

Artikel Berkaitan

Penyusuan Susu Ibu dan HIV

Kajian awal yang dijalankan menunjukkan bahawa ? daripada bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang HIV positif dijangkiti virus HIV semasa penyusuan susu ibu, di mana penyusuan susu ibu dalam jangka masa yang panjang akan lebih mendedahkan bayi kepada jangkitan

Pemakanan & Sukan

Apakah kebaikan sukan kepada remaja? Meningkatkan stamina Membantu membina tulang

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,951,848

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia