Home > Pemakanan > Diet & Penyakit > Pemakanan Pesakit Diabetes Semasa Berpuasa

Pemakanan Pesakit Diabetes Semasa Berpuasa

Berpuasa adalah selamat bagi pesakit diabetes. Sila dapatkan nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik sebelum berpuasa.

Tip semasa berpuasa :

  1. Bersahur pada hujung waktu sahur dan berbuka pada awal waktu buka.

  2. Pastikan pengambilan makanan yang seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan. Ambil jumlah karbohidrat yang cukup semasa sahur sebagai bekalan semasa berpuasa.

  3. Elakkan pengambilan makanan tinggi gula  semasa berbuka puasa.

  4. Ambil snek waktu minum malam (selepas tarawih).

  5. Pengambilan cecair perlu mencukupi. Minum sehingga 8 gelas air kosong sehari.

  6. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol atau lemak semasa berbuka puasa atau sahur.

  7. Hadkan pengambilan makanan tinggi garam untuk mengurangkan risiko dehidrasi.

  8. Amalkan mengambil ubat atau insulin mengikut arahan doktor. Pengambilan ubat dan insulin berbeza semasa berpuasa.

Contoh menu semasa berpuasa :

Waktu makan
(tidak berpuasa)
Waktu makan
(berpuasa)
Contoh Menu
Sarapan pagi Berbuka puasa (7:30 malam) 1 biji buah epal / 2 biji kurma
+ 1 keping kuih tanpa gula
+ 1 gelas susu (utamakan susu rendah lemak / susu skim)
Makan tengah hari Selepas solat maghrib
(8:00 malam)
1 ½ cawan nasi / mi / mihun
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ 1 biji buah limau
+ Air kosong
Minum petang Selepas tarawih /minum malam
(10:30 malam)
1 keping kuih tanpa gula / 3 keping biskut krim kraker /
1 keping roti
+ 1 gelas susu (susu rendah lemak / susu skim)
Makan malam Sahur  (5:00 pagi) 1 ½ cawan nasi / mi / mihun
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ 1 potong betik
+ Air kosong

 

Semakan akhir : 4 April 2014
Penulis : Nora Nurlinda binti Zakaria
Penyemak : Pn. Nurul Huda binti Ibrahim