Home > Umum > Optometri > Pemakaian Cermin Mata Dewasa

Pemakaian Cermin Mata Dewasa

Pengenalan

Rabun adalah masalah yang biasa dialami. Antara aduan yang sering diterima adalah:

  • Penglihatan Kabur
  • Penglihatan menjadi dua
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Mata penat
  • Silau

Masalah rabun boleh diatasi dengan memakai cermin mata, kanta sentuh dan pembedahan refraktif. Walaubagaimanapun pemakaian cermin mata merupakan pilihan yang paling mudah dan selamat.

Cermin mata boleh dibahagikan kepada :

  1. Monofokus:

Cermin mata untuk melihat jauh atau dekat sahaja.

  1. Dwifokus:

Cermin mata yang mempunyai dua kuasa focus dalam satu kanta. Bahagian atas kanta untuk melihat jauh manakala bahagian bawah khusus untuk melihat dekat. Biasanya kedua-dua bahagian kanta tersebut dapat dilihat dengan jelas.

  1. Multifocals:

Cermin mata yang mempunyai kuasa kanta untuk melihat jauh, dekat dan perantaraan. Tiada sempadan kuasa kanta yang kelihatan kerana kuasa cermin mata ini berubah secara beransur-ansur.

Gambar 1 : Cermin mata untuk penglihatan jauh atau dekat sahaja

Gambar 2 : Cermin mata dwifokus

                                       Gambar 3 : Cermin mata multifocals

Pemilihan Cermin Mata Yang Sesuai

Menjadi kebiasaan ketika memilih bingkai, perkara pertama yang muncul difikiran kita adalah ianya kelihatan cantik. Namun begitu beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan sebelum membuat sebarang pemilihan adalah:

  • Padankan wajah anda dengan bingkai cermin mata.
  • Pastikan anda tiada alahan terhadap bahan yang digunakan untuk membuat bingkai  tersebut.
  • Fikir dan renungkan apakah tujuan anda mahu menggunakan cermin mata tersebut.
  • Anda juga mungkin harus mempertimbangkan tentang warna kulit dan warna bingkai yang dipilih.

Faktor Mempengaruhi Kesempurnaan Penglihatan

  1. Pastikan bahawa anda bebas daripada sebarang penyakit seperti kencing manis dan penyakit mata. Hanya mata yang sihat akan mendapat penglihatan yang jelas.
  1. Jika anda mempunyai katarak, jalanilah pembedahan terlebih dahulu sebelum bercadang membeli atau menukar cermin mata. Selepas pembedahan katarak, tahap penglihatan anda dan kuasa cermin mata akan berubah.
  1. Dapatkan preskripsi cermin mata daripada pegawai optometri.
  1. Pilih cermin mata yang  sesuai dengan wajah anda
  1. Jangan terlalu besar atau terlalu kecil.

Ke Arah Mendapat Keselesaan Pemakaian Cermin Mata

Tidak dapat dinafikan cermin mata telah membantu ramai orang mendapat penglihatan yang lebih baik. Cermin mata boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dan saiz. Untuk mendapat keselesaan pemakaian cermin mata beberapa perkara berikut boleh dipertimbangkan:

  1. Dapatkan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun. Jangan tunggu sehingga penglihatan anda menjadi kabur atau kepala anda sakit.
  1. Pilih bingkai yang ringan. Bingkai yang berat akan menekan hidung dan rongga hidung.
  1. Sekiranya kuasa cermin mata anda tinggi dapatkan kanta yang nipis.
  1. Jangan memakai cermin mata orang lain.
  1. Jika mahu mengurangkan silau gunakan cermin yang berwarna khas dan disalut (coating lens).
  1. Elakkan daripada menggunakan cermin mata yang tidak sempurna dan sesuai. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit kepala terutama kepada orang yang menggunakan dwifokus. Pengguna bifocals seringkali mendongak ketika mahu melihat objek pada jarak dekat. Perbuatan ini boleh menyebabkan pemakai cermin mata tersebut mengalami sakit leher dan belakang.
  1. Sila pasang lampu semasa membaca.  Amalan ini baik dilakukan terutamanya bagi warga tua.

Kepentingan Menggunakan Cermin Mata

  1. Untuk membolehkan anda melihat dengan jelas
  2. Enggan menggunakan cermin mata tidak akan menyebabkan mata anda mendapat penyakit mata tetapi ia akan menyebabkan anda sakit kepala dan mata tidak selesa
  3. Untuk merehatkan mata anda
  4. Untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan ketika melakukan kerja seperti menulis, menaip dan menjahit.

Amalan Baik Dalam Pemakaian Cermin Mata

  1. Periksa mata anda sekurang-kurangnya sekali setahun
  2. Jangan tinggalkan cermin mata anda dalam kenderaan.
  3. Cuci cermin mata dengan larutan yang khas
  4. Elakkan membasuh cermin mata dengan menggunakan sabun atau air panas
  5. Lap dan bersihkan cermin mata anda dengan menggunakan kain khas yang diberikan. Jangan sekali-kali mengelap cermin mata menggunakan baju ataupun tudung anda.
  6. Pastikan bahawa cermin mata sentiasa disimpan didalam bekas penyimpan
  7. Usah letak cermin mata di beg tangan begitu sahaja tanpa disimpan didalam bekasnya terlebih dahulu. Ini untuk mengelakan cermin mata itu daripada calar.
  8. Sentiasa pastikan cermin mata anda bebas dari calar dan dalam penjajaran yang baik iaitu tidak senget dan bengkok.

Fakta Yang Salah Tentang Cermin Mata

Rujukan

1. http://www.framesdirect.com
2. http://lwww.lenscrafters.com
3. http://www. allaboutvision.com
4. http://www.wikihow.com
5. http://eye.ezinemark.com/eye-care
6. http://www.mantonoptician.co.uk
7. http://eyecaremanual.com/eye /glasses/spectacles
8. http://www.nhopticians.co.uk/healthyeyes.php
9. http://www.healthtap.com/how to make wearing a habits

Tarikh Semakan Akhir : 19 Jun 2014
Penulis : Pn. Normala bt. Sami