A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Pelan Tindakan Asma: Bila...

Pelan Tindakan Asma: Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Pelan tindakan asma

Pelan tindakan asma adalah pelan bertulis yang mengandungi maklumat tentang cara merawat asma setiap hari. Pelan tindakan asma membantu menangani peningkatan gejala asma secara mendadak. Pelan ini termasuk jenis ubat yang diperlukan setiap hari, langkah yang perlu diambil semasa mendapat serangan asma dan masa untuk menghubungi doktor atau mendapatkan rawatan kecemasan.

Apakah tindakan yang perlu diambil?

Tahap keterukan asma dikategorikan kepada tiga zon iaitu hijau, kuning dan merah. Pelan tindakan adalah berdasarkan kepada zon keterukan asma yang ditakrifkan berdasarkan gejala asma atau bacaan aliran ekspiratori puncak (Peak Expiratory Flow – PEF) terbaik pesakit. Dapatkan nasihat doktor mengenai status semasa asma dan tindakan yang perlu diambil jika status asma menjadi semakin buruk.

Zon hijau bermakna asma dikawal dengan baik. Aliran ekspiratori puncak adalah 80 hingga 100 peratus daripada aliran ekspiratori puncak terbaik pesakit. Tiada sebarang gejala asma dialami dalam zon hijau. Ubat pelega juga tidak diperlukan. Semua penghidap asma harus mensasarkan zon hijau setiap hari.
Ambil ubat pengawal setiap hari (jika ada). Pesakit tidak memerlukan ubat pelega. Teruskan mengambil ubat seperti yang diarahkan dan datang berjumpa doktor mengikut tarikh temu janji yang telah ditetapkan.
 

  • Zon Hijau
  • Zon Kuning
  • Zon kuning bermakna berhati-hati. Zon kuning pelan tindakan asma menunjukkan aliran ekspiratori puncak adalah 50 hingga 79 peratus daripada aliran ekspiratori puncak terbaik pesakit. Pesakit tidak mengalami gejala asma tetapi fungsi paru-paru telah berkurang. Jika terdapat gejala, tahap gejala adalah biasa hingga sederhana dan boleh mengganggu aktiviti harian atau tidur.
    Rawat gejala di rumah menggunakan ubat-ubatan yang dinyatakan dalam pelan tindakan asma. Pelan tindakan asma menyatakan jenis ubat pelega yang diperlukan, jumlah dos ubat, dan masa untuk mengambil ubat. Dapatkan rawatan jika gejala tidak reda selepas mengambil ubat yang ditetapkan atau gejala menjadi lebih teruk.

  • Zon Merah
  • Zon merah bermakna berbahaya. Zon merah pelan tindakan asma menunjukkan aliran ekspiratori puncak kurang 50 peratus daripada aliran ekspiratori puncak terbaik pesakit.  Gejala asma teruk termasuklah mengalami sesak nafas yang teruk dan batuk. Segera dapatkan rawatan. Patuhi pelan tindakan asma dan ambil ubat seperti yang diarahkan di samping mendapatkan bantuan.
    Pesakit mungkin dirawat di unit kecemasan atau dimasukkan ke hospital. Serangan asma yang teruk mungkin memerlukan rawatan singkat menggunakan kortikosteroid ke dalam mulut bagi mengawal gejala asma.

Berbincang dengan doktor

Strategi terbaik untuk mengelakkan serangan dan merawat asma adalah mengenalpasti serangan asma dan tahu apa yang perlu dilakukan. Berbincang dengan doktor mengenai perkara berikut:

  • Pencetus asma – Bahan yang boleh mencetuskan serangan asma seperti habuk atau asap rokok. Elakkan pencetus bagi mengurangkan risiko serangan dan mengurangkan keterukan asma.
  • Gejala asma – Gejala termasuklah aliran ekspiratori puncak (PEF) pesakit menurun, batuk semakin teruk, berdehit, sukar bernafas dan sesak nafas. Gejala mungkin berbeza
  • Cara menilai keberkesanan ubat pelega.
  • Masa untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Jika penurunan aliran ekspiratori puncak (PEF) sangat ketara, ubat pelega tidak berkesan atau nafas pendek, rawatan kecemasan diperlukan. Doktor akan mengajar pesakit cara mengenalpasti tanda-tanda ini.

Ketidakpatuhan pelan tindakan asma atau ubat-ubatan yang ditetapkan akan menyebabkan serangan asma menjadi lebih teruk atau berterusan lebih lama. Pesakit mungkin perlu dimasukkan ke hospital.
Simpan pelan tindakan asma di tempat yang mudah diperolehi. Bawa diari dan pelan tindakan asma setiap kali berjumpa doktor supaya doktor boleh menilai keberkesanan pelan tindakan asma di rumah.

 

Semakan Akhir : 13 Julai 2015
Penulis : Dr. Jemah bt. Sajari
Penterjemah : Pn. Noorhayati bt. Kassim
Akreditor : Dr. Jamalul Azizi b. Abdul Rahaman

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,244,993

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia