A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Papan Komunikasi

Carta komunikasi manual adalah carta yang mempunyai gambar atau simbol dan perkataan di dalamnya.

Carta Komunikasi Manual

Carta komunikasi manual adalah carta yang mempunyai gambar atau simbol dan perkataan di dalamnya. Dengan carta komunikasi, individu boleh memilih untuk menunjukkan kepada perkataan di dalam carta untuk menyampaikan mesej. Carta komunikasi manual mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Kosa kata unggul (core vocabulary) disusun pada kertas pelbagai saiz secara sistematik mengikut kod warna.
  • Satu gambar mewakili setiap perkataan atau satu gambar dengan ayat tertentu.
  • Ia digunakan sebagai pengganti atau penambah kepada kekurangan pertuturan.
  • Ia dihasilkan dengan pelbagai simbol atau gambar dengan saiz yang berbeza, mudah dibaca dan berlabel.
  • Ia boleh disusun mengikut kategori-kategori kata (contoh: kata ganti nama, kata kerja, kata sifat serta kata perbuatan).
  • Individu boleh menggunakan jari telunjuk, penunjuk kepala (head pointer) atau mana-mana bahagian badan yang boleh bergerak (seperti ibu jari kaki) untuk membina ayat-ayat yang bermakna ketika komunikasi.
head-pointer
Penunjuk kepala sesuai digunakan oleh individu yang lumpuh keempat-empat bahagian badan untuk menunjuk perkataan di dalam carta komunikasi.
comm-board-cooking
Carta Komunikasi boleh dipelbagaikan kegunaannya seperti aktiviti penyediaan spageti semasa latihan kognitif.

Pengguna Carta Komunikasi

  • Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang menghadapi masalah komunikasi kompleks pada tahap yang teruk.
  • Kaedah ini digalakkan untuk mereka berkongsi idea, cerita, pengalaman serta bertukar-tukar pendapat dengan pasangan komunikasi.
  • Keadaan yang mungkin menyebabkan kegagalan bertutur secara oral seperti palsi serebral, kecederaan / trauma pada otak, autisma, Down Sindrom, lewat perkembangan global atau stroke, amyothrophic lateral sclerosis (ALS) dan sindrom “locked-in”

Kebolehan Kemahiran Berbahasa dan Berkomunikasi Meningkat

  • Cara komunikasi manual mampu meningkatkan kemahiran berkomunikasi bagi seseorang untuk meneruskan kehidupan, meminimakan depresi atau tekanan psikososial individu.
  • Mengembalikan kefungsian individu di dalam komuniti.
  • Memperoleh kesaksamaan untuk mendapat peluang pekerjaan dan aktiviti masa lapang.
  • Kajian di United Kingdom (2013) menunjukkan prevalens individu yang berkemungkinan bermanfaat menggunakan AAC mencapai 0.5 peratus dari populasi (Sumber: Communication Matters, 2013)

7 Tips: Berkomunikasi Dengan Individu Bermasalah Pertuturan
(Sumber: The RERC on Communication Enhancement. Visit www.rerc-aac.psu.edu.)

Mulakan dengan mengenal pasti teknik komunikasi asas menggunakan soalan seperti:

  1. Tunjukkan bagaimana anda mengatakan “YA”
  2. Tunjukkan bagaimana anda mengatakan “TIDAK”
  3. Tunjukkan bagaimana anda menunjukkan sesuatu objek atau seseorang apa yang anda kehendaki.
  4. Tanya satu soalan pada satu masa secara jelas dan mudah dijawab.
  5. Berikan lebih masa untuk memberi jawapan.
  6. Ambil masa untuk memahami dengan baik.
  7. Anda juga boleh memberikan tiga pilihan ayat seperti, “saya tidak tahu”, “tolong ulang” dan “saya tidak faham”.

Sistem Akses Carta Komunikasi

  • Bagi individu yang lumpuh kedua-dua bahagian badan iaitu tangan dan kaki, sistem akses adalah penting penting untuk menggunakan carta komunikasi. Contoh akses adalah seperti berikut:

    Sistem Akses Carta Komunikasi

Carta Komunikasi PERTAMA Anda: Buat Pilihan Yang Bijak!

Muat turun carta komunikasi bahasa Melayu PERTAMA anda dengan PERCUMA!

Anda juga boleh menghasilkan carta komunikasi anda sendiri menggunakan aplikasi PASS DEMO Software NuVoice PERCUMA di sini!

  • PASS Demo Software yang memudahkan anda menghasilkan carta komunikasi mengikut bahasa yang diingini.

Apakah Kesan Jika Anda Gagal Berkomunikasi?

Apabila seseorang individu tidak mendapat intervensi menggunakan kaedah augmentatif dan alternatif dari awal, individu bukan sahaja kurang bersosial, gagal kembali bekerja dan dikhuatiri akan mengalami depresi. Keadaan ini lebih membimbangkan sekiranya tekanan yang dihadapi disebabkan oleh gagal berkomunikasi menjurus kepada keadaan membunuh diri, mencederakan orang lain dan menjadi agresif.

Ingin Tahu Lebih Lanjut Mengenai Carta Komunikasi?

Anda boleh menghubungi Nadwah Onwi (nadwahonwi@moh.gov.my) atau terapis pertuturan di sekitar anda untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan teknik komunikasi augmentatif dan alternatif dan bagaimana ia dapat membantu anda atau ahli keluarga yang amat memerlukan.

Rujukan

  1. Communication Matters, United Kingdom, 2013
  2. Prentke Romich Company Website. Peroleh dari https://www.prentrom.com/downloads/pass?id=205 pada September, 10, 2015.
  3. The RERC on Communication Enhancement. Peroleh dari rerc-aac.psu.edu pada September, 10, 2015.

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Nadwah bt. Onwi
Akreditor : Zaidi bin Ya’acob
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

Skoliosis

Skoliosis ialah satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Ia bukan satu penyakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,227,967

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia