A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Kesihatan Fizikal
  6. /
  7. Kecemasan
  8. /
  9. Panduan Keselamatan Semasa Ribut...

Panduan Keselamatan Semasa Ribut Petir

Kilat petir adalah keadaan cuaca yang paling berbahaya dan sering dihadapi oleh kalangan individu yang aktif setiap tahun.

Sumber: 1Photograph © Thomas Allen/Getty Images

Kilat petir adalah keadaan cuaca yang paling berbahaya dan sering dihadapi oleh kalangan individu yang aktif setiap tahun.

Menurut Jabatan Meteorologi Subang (Selangor), Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Kluang (Johor) sebanyak 180 hingga 200 “hari rebut petir” (thunderstorm days – TDs) dilaporkan setiap tahun (iaitu jumlah hari beserta petir di stesen pemantauan cuaca. Lihat grafik kekuatan petir di bawah).

Sumber: JabatanMeteorologi Malaysia

Pengukuran lain oleh Institut Keselamata nPetir Kebangsaan (National Lightning Safety Institute – NLSI) iaitu “kepadatan petir” melaporkan Kuala Lumpur berada di kedudukan yang kelima di dunia dengan petir menyambar (ketanah) sebanyak 48.3 bagi setiap km persegi hartanah. Kawasan dengan “kepadatan petir” yang keempat teratas terletak di Rwanda dan Republik Demokratik Congo.

Statistik dari Institut Keselamatan Petir Kebangsaan (NLSI) dar iAmerika Syarikat menunjukkan sedikit “hari rebut petir” di Jepun (35-40), Australia (10-70), sebagian besa rEropah (15-40) dan England (5-10).Malah Florida, yang dianggap sebagai “pusat petir” di Amerika Syarikat hanya mengalami 90 hingga 110 “hari rebut petir”.

Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui panduan keselamatan setiap kali melihat petir dari jauh. Anda perlu menjadi proaktif. Jauhkan diri dari tebing supaya tidak berada di kawasan puncak / tinggi jika rebut melanda. Patuhi 11 panduan keselamatan berikut semasa rebut petir :

  1. Semak ramalan cuaca.
    Semak ramalan cuaca sebelum keluar dan ketahui sebarang kejadian rebut atau perkembangan rebut petir di kawasan setempat. Langit yang gelap, kilat atau angina kencang menandakan rebut bakal melanda.
  2. “Kilat ke petir (flash-to-bang)”
    Jika rebut petir melanda, hitung saat antara kilat dan petir untuk mengangga rjarak antara anda dengan petir. Bunyi bergerak sejauh 1 batu dalam tempoh 5 saat. Oleh itu, gunakan formula “kilat ke petir”, untuk menganggar jarak petir. Cari tempat berlindung sekiranya masa antara kilat dan guruh adalah 30 saat atau kurang (6 batu). Sekiranya berada dalam bangunan, hentikan melakukan sebarang aktiviti sehingga selepas 30 minit guruh yang terakhir kedengaran. Peraturan ini dikenali sebagai Peraturan Petir 30/30 (30/30 Lightning Rule). Ingat! Walaupun jarang berlaku, petir dilaporkan boleh menyambar sejauh melebihi 10 batu atau di kawasan hujan. Langit biru tidak semestinya tiada petir. Kilat boleh menyambar dari kawasan hujan yang jauh.
  3. Cari tempat berlindung.
    Bangunan yang kukuh adalah tempat yang paling selamat untuk berlindung semasa rebut petir. Elakkan berlindung di bawah bangsal dan pondok di kawasan berkelah. Kereta boleh juga dijadikan tempat berlindung. Namun, pastikan tingkap kereta ditutup.
  4. Elakkan berlindung di bawah pokok yang terpencil atau objek yang tinggi.
    Berlindunglah di bawah pokok yang rendah dan rendang.
  5. Keluar dari kawasan yang berair.
    Air boleh mengalirkan arus elektrik
  6. Jangan berkumpul di dalam satu kumpulan.
    Berpecahlah.
  7. Jangan sekali-kali berbaring di atas tanah semasa rebut petir.
  8. Jangan memegang sebarang logam seperti basikal, kayu golf, pancing, raket tenis atau logam yang lain.
  9. Sekiranya berbasikal dan terdapat kilat petir dalam jarak 5 kilometer, berhenti mengayuh, tinggalkan basikal, dan berlindunglah di dalam longkang atau di tempat yang rendah dan duduk.
  10. Langkah terakhir, ambil kedudukan selamat (lightning-safe position) semasa petir.
    Jika terperangkap dalam rebut petir (iaitu rambut menegak, kulit berasa gatal, atau terdengar bunyi berderak), segera mencangkung dan jengkitkan kedua-dua tumit kaki, tundukkan kepala dan tutup kedua-dua belah telinga dengan tapak tangan. Sesetengah pakar mengesyorkan tangan diletakkan di atas dahi dan siku di atas lutut untuk mengalirkan renjatan kilat ke tanah menerusi kaki dan bukannya jantung.
    Link gambar kedudukan selamat semasa petir:http://www.edu4hazards.org/lightning_crouch.html
  11. Jika terdapat petir, segera cari tempat berlindung.
    Jangan tunggu sehingga hujan turun.

Pertolongan cemas untuk mangsa yang disambar petir

  1. Dapatkan bantuan. Dail 999. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
  2. Perhatikan keadaan sekeliling.
    • Perhatikan kawasan sekeliling. Berapa ramai mangsa yang disambar petir? Seorang sahaja atau ramai?
    • Adakah rebut masih kencang? Adakah keadaan selamat untuk memberi pertolongan cemas? Jangan terburu-buru kerana mungkin boleh menyebabkan lebih banyak nyawa yang terkorban.
    • Berhati-hati dengan petir sabung menyabung. Jangan dedahkan diri, mangsa atau penyelamat kepada risiko disambar petir.
    • Jika perlu, alih mangsa ke tempat yang lebih selamat sebelum memberikan pertolongan cemas.
    • Tentukan sama ada mangsa disambar petir atau terkena renjatan eletktrik di tanah. Panahan petir adalah lebih berbahaya.
  3. Berikan pertolongan cemas. Periksa pernafasan dan denyutan jantung.
    • Jika mangsa berhenti bernafas, mulakan bantuan pernafasan.
    • Jika jantung telah berhenti berdegup, orang yang terlatih harus memberikan CPR (Cardio Pulmonary Rescue – CPR). Patuhi peraturan terkini Palang Merah iaitu dua (2) hembusan nafas menyelamat diikuti dengan 30 tekanan dada (denganpantas) dalam tempoh 30 saat.
    • Teruskan memberi bantuan CPR sehingga penyelamat tiba, walaupun tiada sebarang respon daripada mangsa. Selepas 30 minit bantuan CPR, peluang untuk hidup adalah tipis.
    • Bagi mangsa yang mempunyai denyutan nadi dan pernafasan, berikan bantuan bagi sebarang kecederaan lain.
    • Tempat yang terbaik untuk memeriksa denyutan nadi adalah pada arterikarotid (di leher) dan arteri femoral (di belakanglutut). Petir sering menyebabkan serangan jantung.
  4. Kecederaan petir yang lain
    • Selain serangan jantung dan pernafasan, periksa jika ada bahagian tubuh yang terbakar di dua tempatiaitu di bahagian panahan petir dan bahagian arus elektrik meninggalkan tubuh mangsa. Mangsa yang terkena kejutan elektrik boleh terbakar.
    • Tentukan kecederaan kilat lain seperti kejutan, kecederaan otak, kerosakan otot dan tulang, dan kadang-kadang trauma yang tidak kelihatan seperti patah tulang dan organ pecah. Sesetengah mangsa boleh mengalami gangguan system saraf, tidak sedar dan mengalami amnesia. Rawat semua kecederaan ini dengan pertolongan cemas sehingga bantuan tiba. Kematian akibat petir biasanya berpunca daripada serangan jantung. Mangsa panahan petir tidak mempunyai cas elektrik dan tidak boleh memindahkan arus elektrik kepada orang lain.
  1.  
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Datin Dr. Zil Falillah binti Mohd. Said
Penterjemah : Pn. Noorhayati binti Kassim
Akreditor : Datin Dr. Zil Falillah binti Mohd. Said
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Scrotum

Remaja mungkin mendapat kesakitan di bahagian kelangkang atau pundi pelir. Keadaan ini mungkin sesuatu yang serius. Tetapi JANGAN PANIK. Jumpa doktor dengan segera.

Hyperventilasi

Hyperventilasi bererti bernafas dengan lebih laju dan / atau lebih dalam daripada biasa ketika berada dalam keadaan rehat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,055,745

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia