A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Obesiti: Jangan hanya kait...

Obesiti: Jangan hanya kait nasi lemak

Utusan Malaysia

Isnin, 25/04/2011

Obesiti: Jangan hanya kait nasi lemak

KUALA LUMPUR 24 April – Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan nasi lemak di kantin sekolah semata-mata kerana terdapat pelbagai faktor lain turut menyumbang kepada masalah tersebut.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Ahmad Puad Zarkashi berkata, pengambilan makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi antara punca kegemukan.

“Jangan kita lihat kepada faktor pemakanan di kantin sekolah sahaja.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan supaya anak-anak mereka tidak berlebihan mengambil makanan segera baik di restoran makanan segera atau di rumah.

“Apa pun, apa jua saranan baik daripada Kementerian Kesihatan, kita akan bincang secara baik agar masalah obesiti tidak berleluasa (serius),” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kamus elektronik Besta terbaru MD856 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Puad berkata, selain makanan segera, ada juga kalangan murid sekolah yang membeli makanan ringan di luar pagar sekolah yang sememangnya tidak membawa sebarang khasiat.

Ditanya tentang garis panduan baru berhubung penyediaan hidangan sihat di kantin yang diusahakan bersama Kementerian Kesihatan, jelas beliau, ia akan dilihat secara menyeluruh dan tidak tertumpu kepada hidangan nasi lemak semata-mata.

 

  {module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,234,380

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia