A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Nutrisi Bayi Pramatang

Memenuhi nutrisi bayi pramatang merupakan satu cabaran bagi doktor, jururawat serta ahli keluarga bayi. Nutrisi pada peringkat awal kehidupan bukan sahaja merupakan penentu bagi kehidupan bayi, perkembangan fizikal dan mental semasa waktu kanak-kanak, malah ia juga adalah penentu kesihatan pada masa hadapan.
Bayi yang pramatang sering memerlukan kemasukan ke dalam wad rawatan rapi bayi selepas lahir. Ini menambahkan sedikit cabaran kepada penyusuan susu ibu. Namun, kebanyakan ibu dapat memerah susu badan bagi menyusukan si manja mereka.

Pemerahan susu ibu

Susu ibu merupakan susu terbaik bagi bayi pramatang. Selain dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan, susu ibu juga mengandungi pelbagai jenis faktor pertahanan yang dapat mencegah bayi pramatang daripada jangkitan kuman. Akan tetapi, kebanyakan bayi pramatang tidak dapat menyusu susu badan secara terusnya disebabkan oleh kesakitan atau reflek penghisapan-penelanan yang tidak matang. Justeru itu, adalah sangat penting bagi seseorang ibu untuk memerah susu supaya bayinya masih dapat penyusuan susu ibu melalui cara-cara alternatif seperti tiub penyusuan, cawan dan sebagainya.

Pemerahan dan penyimpanan susu perahan

Bersihkan tangan anda sebelum memerah susu. Susu perahan hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih. Tuliskan tarikh dan masa di bekas susu perahan setiap kali selepas memerah. Anda dinasihati supaya tidak campurkan susu perahan pada waktu berlainan di dalam satu bekas yang sama. Sekiranya anda perlu bantuan, dapatkan pertolongan daripada anggota kesihatan (contohnya di wad serta klinik) berkenaan cara memerah susu, penyimpanan serta penghantaran susu perahan.

Simpankan susu perahan di dalam peti sejuk/peti beku sekiranya tidak dihantar ke hospital dalam masa yang singkat. Anda boleh simpan susu perahan dalam pelbagai cara seperti berikut:

Tempat

Suhu

Tempoh

Peti sejuk

? 4°C

24 jam

Bahagian beku di dalam peti sejuk
(1 pintu)

-15°C

2 minggu

Bahagian beku di dalam peti sejuk
(2 pintu)

-18°C

3 bulan

Peti beku

? -18°C

6 bulan

 
pretermbaby_1
Penyimpanan susu perahan di dalam peti sejuk

Apakah kaedah penghantaran susu perahan ke hospital

Semasa menghantar susu perahan ke hospital, simpan bekas yang mengandungi susu perahan di dalam kotak beku.

pretermbaby_2
Contoh kotak beku

Human Milk Fortification (HMF)

Semasa berada di hospital, bayi pramatang sering memerlukan HMF untuk ditambahkan dalam susu perahan. Tujuan penambahkan HMF adalah untuk meningkatkan kepekatan nutrien dan juga kalori untuk kepentingan pertumbuhan bayi.

Total parenteral nutrition (TPN)

Bayi pramatang mempunyai stor nutrient yang agak terhad di dalam badan. Selain itu, bayi pramatang juga memerlukan masa untuk mencapai penyusuan susu yang optima. Justeru itu, kebanyakan bayi yang dilahirkan < 32 minggu atau < 1500g memerlukan TPN pada peringkat awal sebelum dapat mencapai penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. TPN adalah sejenis formula nutrisi yang diberikan kepada bayi melalui cara intravena. Ia mengandungi nutrien seperti glukos, protin, lemak, vitamin dan bahan mineral. TPN merupakan punca nutrisi dan tenaga yang agak penting sebelum bayi dapat mencapai penyusuan susu ibu secara sepenuhnya.

pretermbaby_3
Bayi pramatang menerima TPN

Pemantauan pertumbuhan

Pertumbuhan bayi pramatang biasanya dipantau melalui pengukuran lilitan kepala, panjang dan berat badan dari masa ke semasa. Bacaan-bacaan tersebut akan dicatitkan pada carta pertumbuhan bagi memantau pertumbuhan bayi. Pertumbuhan yang pesat semasa peringkat awal yang seiras dengan pertumbuhan bayi semasa di dalam kandungan dapat menjangkakan perkembangan otak yang lebih baik.

pretermbaby_4Carta Pertumbuhan

Penyusuan bayi selepas keluar hospital

Penyusuan bayi yang sangat pramatang merupakan satu cabaran yang besar bagi anggota  kesihatan serta keluarga bayi. World Health Organization, American Pediatric Society, European Society for Paediatric Gastroenterogy Hepatology and Nutrition (ESPGHAN) mensyorkan penyusuan susu ibu pada 6 bulan pertama dan seterusnya. Pemantauan penyusuan dan pertumbuhan adalah penting selepas keluar dari hospital.

Rujukan:

  • B. Koletzko et al. Nutritional Care of Preterm Infants.2014;110.
  • C. Agostoni et al. Enteral Nutrient Supply for Preterm Infants: Commentary From the European Society for Paediatric Gastroenterology, Hepatology, and Nutrition Committee on Nutrition. JPGN. 2010;50(1).
Last Reviewed : 28 Oktober 2015
Writer : Dr. Leong jen Jen
Accreditor : Dr. Neoh Siew Hong

Artikel Berkaitan

Ketuat

Apakah itu ketuat? Ketuat adalah pertumbuhan kecil pada kulit disebabkan

Demam Sawan

Pengenalan 2 -5% kanak-kanak boleh mengalami sawan demam dan ini

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,106,414

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia