A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Sumber: Google

Pengenalan

Numerologi merupakan amalan tradisi, sistem kepercayaan atau ramalan sesuatu masyarakat dalam hubungan mistik di antara nombor dan benda hidup. Numerologi sering dikaitkan dengan ilmu ghaib yang meletakan kelebihan dan keburukan dalam kepercayaan pada nombor-nombor tertentu. Contohnya, sesetengah individu atau masyarakat setempat mempercayai nombor 8 membawa simbol “durian runtuh” atau tuah, manakala nombor 4 adalah “kematian” atau malang.

Merujuk kepada nombor kebudayaan cina, nombor 1 hingga 9 membawa makna yang tertentu. Lantaran itu, nombor-nombor yang membawa makna kebertuahan menjadi rebutan di kalangan sesetengah individu sehingga sanggup menghabiskan wang berpuluhan ribu ringgit untuk nombor telefon, alamat kediaman, nombor pendaftaran kereta, nombor akaun bank dan sebagainya. Namun begitu, sesetengah orang cina mengganggap kepercayaan tersebut adalah karut. Begitu juga dengan kebanyakan masyarakat Islam yang tidak berpegang kepada kepercayaan ini menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun begitu, masih ada individu-individu Islam juga yang terlibat dalam kepercayaan ini seperti berjudi berkaitan nombor dan amalan bomoh atau dukun.

Definisi

Menurut  Kamus Dewan edisi keempat, numerologi bermaksud kajian tentang nombor-nombor yang dipercayai mempunyai pengaruh atau erti tertentu dalam kehidupan seseorang individu dan sebagainya.

Punca

Numerologi dalam konteks kajian merupakan subjek yang sering mengaitkan hubungan nombor atau angka dengan kehidupan manusia. Perbincangan punca yang diketengahkan dalam artikel ini merujuk kepada sikap dan tingkah laku manusia secara berlebihan atau bertentangan dengan sesuatu pegangan atau nilai norma dan budaya masyarakat setempat.

Sikap dan tingkah laku manusia merupakan punca yang terpenting berdasarkan pandangan dan pemahaman penulis dalam konteks kesihatan mental. Numerologi adalah suatu subjek kajian. Namun merujuk kepada sikap dan tingkah laku manusia yakni sesetengah masyarakat di kalangan kita terlalu berlebihan dalam mengamalkan sesuatu kepercayaan atau sistem sehingga melanggar batasan agama, budaya dan nilai setempat.

Contohnya, numerologi kajian berkaitan dengan angka berhubung dengan personaliti atau sesuatu tingkah laku seseorang, seperti kepercayaan sesuatu nombor itu membawa tuah atau malang. Angka 8 umpamanya akan membawa tuah kepada seseorang yang memilikinya atau dilahirkan pada tarikh berangka 8. Ekoran daripada itu, segelintir masyarakat sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan tuah tersebut dan demi menjauhkan malang menurut kepercayaan yang telah dipegang.

Hal ini akan menimbulkan konflik, sehingga manusia sanggup mengetepikan semangat perpaduan, berlumba-lumba untuk mendapatkan nombor tersebut dan sanggup mengadai harta benda. Walaupun begitu, keadaan ini menjadi budaya dalam sesuatu masyarakat mengikut kepercayaan agama masing-masing, manakala dalam agama Islam perkara ini seharusnya dijauhi oleh penganutnya.

Rawatan Psikologi

Rawatan psikologi yang dicadangkan adalah dengan menjalankan sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok. Dalam perkhidmatan kaunseling individu yang akan diaplikasikan kepada individu, pelbagai pendekatan dan kemahiran asas yang boleh digunakan bagi meneroka dan menyelesaikan konflik permasalahan tersebut. Merujuk kepada sesetengah masyarakat yang melihat keadaan ini suatu konflik maka harus diselesaikan. Namun bagi sesetengah masyarakat yang melihat perkara ini sebagai suatu amalan dan kepercayaan masing-masing adalah bergantung kepada diri individu tersebut.

Kaunseling kelompok juga amat sesuai dijalankan untuk melihat proses penerokaan masalah secara berkumpulan dan perkembangan positif melalui pengalaman ahli-ahli kelompok yang terlibat, berdasarkan pendekatan, kemahiran dan peranan ahli-ahli kelompok. Rawatan psikologi tersebut membantu individu dalam membentuk pemikiran masyarakat yang sihat sekali gus menyelesaikan masalah kesihatan mental yang semakin meningkat di negara kita.

Tips Menangani

Selain daripada rawatan psikologi yang diberikan, tips-tips menangani juga perlu dilakukan bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan analogi yang tidak sihat seperti kepercayaan dan amalan yang tidak sihat bagi penganut agama Islam. Bagi masyarakat lain, mereka perlulah berpegang kepada kepercayaan masing-masing. Tips yang paling utama bagi menangi konflik ini mengikut pandangan saya adalah kita ‘back to basic’ maksudnya kita kembali kepada pangkal iaitu kembali kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Seterusnya, bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan bagi meneruskan kehidupan di dunia ini dengan segala cabaran dan ujian dariNya. Oleh yang demikian, dengan kembali kepada Allah yakni menyerah diri kepada Allah serta memanjatkan kesyukuran kepadaNya atas segala nikmat maka diri kita akan berdiri atas landasan yang betul. Ketakutan dalam diri juga akan hadir dan secara tidak langsung akan menjauhkan diri kita dari terpengaruh dengan kepercayaan dan amalan-amalan yang tidak sihat.

Secara kesimpulannya, numerologi adalah sesuatu kajian yang melibatkan personaliti dan sikap individu. Justeru itu, isu ini terbatas kepada sesuatu pegangan oleh sesetengah masyarakat ataupun individu yang tidak boleh diganggu. Bagi masyarakat Islam numerologi adalah suatu subjek kajian yang dijadikan sebagai alat ukuran untuk menguji sesuatu dan haruslah menjurus ke arah ketakwaan kepada Allah, bukannya menyesatkan, berpaksikan kepada Al-Quran dan hadis.

 Rujukan

  1. Kamus Dewan Edisi keempat
  2. ms.wikipedia.org/wiki/numerologi
  3. ms.wikipedia.org/wiki/Nombor_dalam_budaya_Cina
Semakan Akhir : 11 Januari 2017
Penulis : Zulkarnain bin Idris
Akreditor : Hj. Hairol Kamal bin Abdul Rahman

Artikel Berkaitan

Ketagihan Gadget

  Sumber: http://media02.hongkiat.com/wallpaper-social-media-junkies/preview.jpg Kini dunia semakin maju. Peningkatan ekonomi telah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,282,751

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia