Home > Laman Utama > Noor Ezailina Badarudin

Noor Ezailina Badarudin

Noor Ezailina bt Badarudin mempunyai pengalaman kerja selama 13 tahun dan merupakan Pensyarah di Jabatan Optometri & Sains Penglihatan, Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Islam Antarabangsa.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Kebangsaan Malaysiadengan memperolehi Sarjana Sains Kesihatan dan Sarjana Muda Optometri.

Beliau pernah menyandang jawatan pensyarah tetap di Fakulti Optometri dan Sains Penglihatan Kolej Universiti Antarabangsa Twintech,( 2004-2009), iaitu ketika artikel ini dikeluarkan. Pada masa yang sama, beliau turut dijemput untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar bidang optometri lain melalui kelas-kelas secara separuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Institut Teknologi MARA. Beliau turut berpengalaman dalam mengendalikan praktis optometri  persendirian. Kini beliau sedang berada di University of New South Wales Australia untuk melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah.