A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Nodul Paru-paru Tunggal

Nodul paru-paru tunggal adalah satu tompok tak normal dalam paru-paru yang saiznya kurang dari 3 sentimeter dalam garispusat.

Nodul paru-paru tunggal adalah satu tompok tak normal dalam paru-paru yang saiznya kurang dari 3 sentimeter dalam garispusat. Ia boleh dijumpai secara kebetulan dalam 0.2% di dalam xray dada dan 1% dalam filem CT scan.

Tanda-Tanda

Kebanyakan pesakit dengan nodul paru-paru tunggal tidak mempunyai tanda-tanda

Penyebab

Nodul paru-paru tunggal boleh disebabkan oleh penyakit berikut:

  • Neoplastik- ketumbuhan tak normal  yang boleh tak merbahaya atau kanser.
  • Hamartoma:ketumbuhan tak normal oleh tisu normal yang tidak tersusun.
  • Granuloma:  lesi kecil dan radang
  • Jangkitan bakteria: tuberculosis (batuk kering)
  • Jangkitan kulat
  • Sista hydatid: sista pembiakan cacing pita, Echinococcus.
  • Radang tidak berjangkit:
    • Penyakit sendi rheumatoid.
    • Wegener granulomatosis:penyakit radang salur darah kecil.
    • Sarcoidosis: penyakit lesi granular yang tidak diketahui puncanya melibatkan pelbagai organ.
  • Pembentukan salur arteriovenous tak normal.

Faktor Risiko

Berikut adalah ciri-ciri penting untuk menilai SPN adalah merbahaya atau tidak.

  • Umur: risiko meningkat dengan umur:
    • 3% pada umur 35-39 tahun
    • b.15% pada umur 40-49 tahun
    • 43% pada umur 50-59 tahun
    • >50% pada umur >60 tahun
  • Sejarah merokok: merokok meningkatkan peluang SPN adalah kanser.
  • Sejarah kanser: pesakit yang pernah menghidap kanser berisiko untuk SPN adalah kanser
  • Pekerjaan yang terdedah kepada asbestos,radon,nikel,kromium,vinyl klorid dan polihidrokarbon meningkatkan risiko SPN adalah kanser.
  • Sejarah perjalanan: mereka yang mengembara di kawasan endemic fungi atau tuberculosis adalah berisiko dijangkiti dengan penyakit tersebut.
  • Sejarah tuberculosis atau paru-paru fungi adalah berkemungkinan tinggi SPN itu tidak merbahaya.

Ujian Siasatan

  1. Xray dada: xray terdahulu membantu doktor mengenalpasti ciri-ciri nodul paru-paru.
  2. CT paru-paru: Ct paru-paru adalah sangat membantu mengenalpasti ciri-ciri nodul dan menentukan samada SPN merbahaya atau tidak.
  3. Biopsi nodul: sampel sel diambil untuk pemeriksaan dibawah mikroskopi.Pelbagai cara digunakan untuk mengambil tisu dari salur pernafasan atau tisu paru-paru dimana SPN berada. Semua prosedur adalah invasif.
  1. Bronkoskopi : prosedur ini digunakan mengambil SPN yang berdekatan dengan dinding salur pernafasan.Bronkoskop adalah sejenis kamera kecil mudah lentur akan dimasukkan melalui hidung ke tekak dan salur pernafasan . semasa bronkoskopi, doktor akan mengambil sampel SPN. Sekiranya SPN tidak dapat dicapai, jarum biopsy akan ditusukkan ke SPN.
  2. Biopsi  jarum transtorasik : prosidur ini digunakan sekiranya SPN  adalah di periferi paru-paru  dan jauh dari salur pernafasan. Prosidur ini dijalankan dengan bantuan mesin CT atau ultrasound.
  3. Thorakoskopi bantuan video (VATS) dilakukan oleh pakar bedah thorasik dengan bantuan kamera. Thorakoskopi dimasukkan melalui dinding dada melalui potongan kecil yang dibuat. Kamera akan menunjukkan imej pada skrin tv yang membantu pakar bedah dimana perlu biopsi di ambil. Pilihan ini membolehkan rawatan dan biopsi diagnosa  dibuat serentak.
Nodul paru-paru tunggal
Xray dada menunjukkan SPN

Rawatan

Kategori pesakit

Rawatan lanjutan

Pesakit dengan SPN tidak merbahaya: Penentuan  SPN tidak merbahaya dibuat berdasarkan beberapa faktor berikut:

  • Pesakit berumur < 35 tahun tanpa factor risiko lain.
  • Tidak menujukkan ciri2 bahaya pada X-ray dada
  • SPN stabil untuk 2 tahun untuk jangka masa 2 tahun.

Pesakit yang mempunyai  SPN tak merbahaya patut membuat X-ray dada atau CT scans setiap tiga ke empat bulan pada tahun pertama, setiap 6 bulanpada tahun kedua,dan setiap tahun sehingga tahun ke-5.

Pesakit dengan SPN merbahaya.

Pesakit yang didiagnosa dengan  SPN merbahaya berdasarakan ujian yang dilakukan patut menjalani pembedahan untuk membuang nodul itu.

Pesakit dengan SPN yang tidak dapat diperhatikan merbahaya atau tidak.

Walaubagaimanapun, sebanyak 75% dari golongan ini mempunyai SPN merbahaya pada ujian yang lebih mendalam.Oleh itu rawatan pembedahan adalah disyorkan untuk mereka.

Semakan Akhir : 13 Jun 2017
Penulis : Dr. Kasuma bt. Mohamed Nordin
Akreditor : Dr. Nurhayati bt. Mohd Marzuki

Artikel Berkaitan

Pleuroskopi

Pleuroskopi adalah prosidur yang membolehkan akses kepada ruang pleura. Ia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,369,378

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia