Nilai Diri (Remaja)

“Langkah pertama untuk anda berjaya adalah dengan mengatakan bahawa anda mempunyai nilai diri”.

Apa yang dimaksudkan dengan nilai diri?

Ia adalah bagaimana anda menilai diri anda sendiri dan memberikan keutamaan kepada keperluan diri anda.

Mengapa anda kurang nilai diri?

Ia mungkin disebabkan oleh rasa kekurangan berpunca dari pengalaman lalu yang:
Terdedah kepada kejadian negatif dan maklum balas yang negatif.

  • Contoh:
    • Sering diperkecil-kecilkan
    • Sering dipersalahkan atas sesuatu kejadian buruk
  • Tidak dihargai
  • Tidak disayangi

Bagaimana anda tahu bahawa anda kurang nilai diri?

Kekurangan nilai diri akan mengakibatkan anda:

  • Memperkecilkan diri sendiri di hadapan rakan-rakan
  • Tidak mengendahkan keperluan fizikal, mental dan rohani
  • Sering memperkecilkan kebolehan diri sendiri
  • Tidak dapat menguruskan masa dan sumber yang ada dengan baik
  • Perasaan:
    • Selalu dipersalahkan oleh ahli keluarga
    • Tidak diperlukan dan terpinggir
    • Serba tak kena
    • Merasa keji di khalayak ramai

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak bertindak?

Ia akan menjadikan anda:

  • Merasa mempunyai harga diri yang rendah
  • Merasa tidak bahagia
  • Memencilkan diri dari rakan-rakan
  • Menganggap bahawa diri anda tidak bernilai
  • Tidak mampu mengawal kehidupan anda

Bagaimana anda memperbaiki nilai diri?

  • Berfikiran positif
  • Terima diri anda seadanya
  • Bertanggungjawab untuk kebahagiaan diri sendiri
  • Belajar kemahiran baru untuk kepuasan diri

Di mana boleh anda dapatkan bantuan?

Anda perlu mendapatkan nasihat dari:

  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor
  • Guru agama

ATAU

Dapatkan nasihat kepakaran dari:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Jamil bin Yaacob
Penyemak : Pn. Shahidah Bt. Mohamed Makki