A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Neuro Linguistik Program (NLP)

NLP ialah Neuro Linguistic Programming iaitu gabungan perlakuan (Program) neurologikal atau saraf (Neuro) dan bahasa (Linguistik). Apabila seseorang ‘stress’, ‘sedih’, ‘penat’, secara tidak langsung apa yang dirasakan pada waktu itu akan mempengaruhi keadaan dirinya.

Pengenalan

NLP ialah Neuro Linguistic Programming iaitu gabungan perlakuan (Program) neurologikal atau saraf (Neuro) dan bahasa (Linguistik). Istilah NLP dibangunkan oleh Richard Bandler dan Joh Grinder pada tahun 1970 yang melambangkan manusia sebagai seluruh sistem minda-badan berkait dengan proses neurologikal, bahasa dan strategi tingkah laku yang telah dipelajari (Dilts, Grinder, Bandler, & DeLoziier, 1980). Terdapat banyak istilah NLP digunakan seperti ‘the study of human excellence’,‘the study of human behavior’, ‘the study of human modelling’ dan sebagainya. Otak manusia mempunyai saraf yang dapat diprogramkan dengan bahasa (Linguistik).Dipetik daripada Craft (2001), beliau telah mengeksplorasi NLP dan menyatakan ia mempunyai kaitan dengan teori pembelajaran.

Apa itu NLP?

Manusia bergerak bukan kerana kita bertindakbalas dengan persekitaran, tetapi bertindak balas dengan NLP. Tambahan pula manusia memiliki cara yang berbeza dan pelbagai walaupun mengalami pengalaman yang sama.  Apabila seseorang ‘stress’, ‘sedih’, ‘penat’, secara tidak langsung apa yang dirasakan pada waktu itu akan mempengaruhi keadaan dirinya. Apabila suasana yang ‘indah’, seronok’, ‘semangat’ dirasa, apakah yang akan dialami ketika menyebut perkataan tersebut? Sudah tentu akan berasa tenang dan gembira akan dirasai.

Metod atau teknik NLP dapat menjentik kesedaran tentang apa yang diinginkan dan bagaimana untuk mencapai sesuatu keinginan. Strategi yang digunakan oleh NLP dapat diperoleh manfaatnya sekira satu program ditanamkan untuk pembelajaran bahasa asing dalam fikiran.

4 Teras NLP

NLP mempunyai 4 teras yang membantu untuk memahami sudut pandangan seseorang dan orang lain dalam perkara yang sama.

  1. Sensitiviti

    Merupakan perasan yang dialami untuk menyatakan perbezaan dalam diri orang lain ataupun reaksi wajah yang muram ketika ditimpa masalah? Teknik NLP dapat menjelaskan bagaimana berkuasanya persepsi seseorang dan bagaimana hebatnya menggunakan sentuhan, emosi, bau dan sebagainya untuk kebaikan anda.

  2. Fleksibel

    Melaksanakan sesuatu perkara dengan cara yang efektif namun seandainya kita gagal melaksanakan dengan cara biasa yang kita gunakan, kita boleh menukar perspektif kepada perkara yang lain.

  3. Hubungan

    Pembinaan hubungan menjelaskan cara kita berhubung dengan orang lain dan diri sendiri. Contohnya, bagaimana berkata tidak kepada orang lain dan dalam pada masa yang sama hubungan itu masih kekal.

  4. Hasil

    Memprogramkan pemikiran terhadap kemahuan yang diarahkanuntuk mendapatkan hasil yang diingini. NLP membantu untuk menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi. Perkara ini membantu kita untuk membuat keputusan dan pilihan dalam mencapai matlamat.

Konsep NLP

NLP berkonsepkan model dan re-model. Sejarah menceritakan NLP bermula daripada kajian mengenai cara manusia berkomunikasi. NLP juga menerangkan bagaimana program atau pemprosesan  maklumat diterima oleh 5 deria. Metod ini dapat membantu kita mencari jalan untuk memprogram kehendak sendiri dan menjadi lebih efektif. Mencabar diri untuk meningkatkan prestasi dengan membuka minda serta menerimadiri sendiri sepenuhnya. Pendekatan NLP yang bersifatkan meniru sesuatu bidang pakar yang ingin dikuasai ialah cara pembelajaran terbaik. Menjadi orang lain sebagai model dapat membantu kita mengetahui cara untuk berfikir diluar kotak.

Asas NLP mendorong ke arah yang positif dan berpotensi menunjukkan cara mendapatkan apa yang diingini dan merealisasikan impian menjadi realiti. ‘Mindset’ sangat memainkan peranan penting dalam menyokong untuk mencapai impian sekiranya memprogram minda dengan seimbang. Hasil yang positif dapat dicapai dengan cepat sekiranya minda diprogramkan untuk menfokus kepada satu-satu perkara.

Kebaikan NLP

Perasaan seringkali menimbulkan rasa bimbang dan keliru dalam persoalan hidup. Namun, kebaikan keliru dan bimbang akan mencari jawapan di setiap persoalan. Minda akan berkonflik di separa sedar dan minda sedar. Apabila minda berkonflik atas kekeliruan dan kebimbangan, ia bermakna minda sedang memproses maklumat. Menggunakan metod NLP membantu menghasilkan apa yang diinginkan dengan jangka masa yang pendek.

NLP juga dapat mengelakkan daripada perasaan sedih dan kecewa akibat daripada tidak dapat mencapai impian tertentu. Caranya adalah seperti memprogram (program) dalam minda (neuro) dengan menggunakan bahasa (linguistik). Contohnya ‘Aku boleh melakukannya dan akan berjaya’. Untuk mengubah kehidupan, kita bertanggungjawab untuk mengubahnya dan hanya kita mampu mengubah diri sendiri.

Rumusan NLP

Secara rumusan, minda (Neuro), bahasa (Linguistik) dan tingkah laku (Program) berkait rapat dengan 5 deria (penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bau) dan 4 perkara: Sensitiviti, Hasil, Hubungan dan Fleksibel. Pengalaman dapat dibentuk setelah diproses oleh 5 deria dan minda yang diprogram dibawah minda sedar dalam bentuk kepercayaan, memori, pengalaman dan cara sosial anda. Oleh itu, NLP memainkan peranan yang penting dalam membantu manusia mencapai impian, menyahkan perkara negatif dalam minda (neurologikal) dan juga menukar persepsi atau perspektif seseorang. Akhir sekali, dalam melaksanakan NLP, tiada kegagalan yang akan diperolehi dan hasil kejayaan adalah daripada tindakan diri sendiri.

Rujukan

  1. Hipnosis Diri (Personal Development Blog) Siri 1:Apa itu NLP? diambil pada 24 Ogos 2015 daripada http://hypnosis-diri.blogspot.com/2014/01/nlp-3.html”>http://hypnosis-diri.blogspot.com/2014/01/nlp-3.html
  2. Internal Experience & Communication diambil pada 22 Ogos 2015 daripada http://www.nlpmind.com/nlp/”>http://www.nlpmind.com/nlp/
  3. Mind Filtering System dipetik daripada 22 Ogos 2015 daripada https://excellenceassured.com/nlp-training”>https://excellenceassured.com/nlp-training
  4. Neurolinguistic Linguistic Program (NLP) Theory: A Response diambil pada 24 Ogos 2015 daripada http://epubs.surrey.ac.uk/1186/1/fulltext.pdf”>http://epubs.surrey.ac.uk/1186/1/fulltext.pdf
Semakan Akhir : 02 Julai 2018
Penulis : En. Hairulnizam b. Abdullah
Akreditor : Pn. Fariz Sakina bt. Abdullah

Artikel Berkaitan

Ketegasan

Apakah ketegasan? Ketegasan ialah mengambil tanggungjawab dan mampu mengawal diri

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,276,302

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia