APAKAH AVIAN INFLUENZA ATAU SELSEMA BURUNG?
1. Avian Influenza atau selsema burung adalah sejenis penyakit berjangkit
di kalangan ayam, itik dan burung-burung (unggas).
2. Avian Influenza disebabkan oleh virus Influenza jenis A. Virus ini mempunyai
pelbagai subtype. Wabak yang dilaporkan sekarang disebabkan oleh virus
H5Nl. Virus jenis ini menyebabkan kadar kematian yang tinggi di kalangan
ayam.
3. Waterfowl merupakan perumah (reservoir) bagi virus penyakit ini.
4. Kebiasaannya, penyakit ini tidak menjangkiti manusia; tetapi kejadian
terkini menunjukkan manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah kepada
unggas yang berpenyakit.
BAGAIMANAKAH PENYAKIT INI MEREBAK?
Penyakit ini merebak dalam kalangan unggas melalui cecair
hidung, air liur dan najis. Virus ini boleh bertahan sehingga 30 hari
dalam najis. Manusia boleh dijangkiti melalui:
1. Kontak secara terus dengan ayam, itik dan lain-lain unggas yang berpenyakit
serta hasilannya.
2. Najis dari unggas berpenyakit.
3. Air yang tercemar dengan najis unggas yang berpenyakit.
4. Barang-barang dan pakaian yang tercemar dengan najis dari unggas yang
berpenyakit.
APAKAH GEJALA DAN TANDA-TANDA AVIAN INFLUENZA
PADA MANUSIA?
Gejala dan tanda-tanda avian influenza adalah . Demam
tinggi (melebihi 38°C)
1. Sakit tekak
2. Batuk
3. Sakit kepala
4. Sakit otot
5. Sakit sendi
6. Letih lesu
Komplikasi jangkitan adalah radang paru-paru (pneumonia) dan kematian.
SIAPAKAH YANG BERISIKO?
Mereka yang bekerja di ladang ternakan ayam, itik dan
burung (unggas) yang berkemungkinan telah dijangkiti.
1. Mereka yang mengendalikan pemusnahan unggas yang berpenyakit.
2. Mereka yang terdedah kepada kulit telur yang tercemar oleh najis unggas
yang berpenyakit.
APAKAH CARA PERLINDUNGAN YANG BOLEH DIGUNAKAN?
1. Amalkan amalan pengendalian ladang yang baik (good animal husbandry)seperti
memakai penutup mulut dan hidung (mask), sarung tangan, apron dan but.
2. Amalkan tabiat membasuh tangan dengan air yang bersih dan sabun.
3. Pastikan anda memilih daging dan hasilan unggas yang sihat sahaja.
4. Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
ADAKAH VAKSIN INFLUENZA SEDIA ADA BERKESAN UNTUK
AVIAN INFLUENZA?
Tidak. Vaksin tersebut hanya memberi perlindungan terhadap jangkitan virus
influenza manusia sahaja (human influenza).
ADAKAH SELAMAT UNTUK MELAWAT NEGARA-NEGARA YANG
DILANDA WABAK AVIAN INFLUENZA?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak membuat sebarang sekatan untuk
melawat ke negara-negara yang terlibat. Walau bagaimanapun adalah dinasihatkan
supaya tidak melawat ladang ternakan ayam itik, burung (unggas) atau pasar
yang menjual ayam unggas hidup di negara tersebut.
ADAKAH KITA PERLU MENGELAK DARI MAKAN AYAM, ITIK
DAN BURUNG (UNGGAS)?
Tidak perlu, daging unggas atau hasilannya yang dijual di pasaran negara
kita adalah selamat. Semua hasilan unggas termasuk telur perlu dibasuh
dan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.
|