Saturday, 21 November 2009
Home    Profile     Contact Us    Site Map           
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
MyHEALTH - News
 
More....
 
 Ais punca kes taun 
 Drinks, heart link study criticised 
 Cholera: Poor hygiene blamed 
 Beware `Empat Sekawan` syndrome, says don 
 174 cases, one death in cholera outbreak 
 Expert doubts China?s official H1N1 death count 
 Plastik tidak rangupkan makanan 
 Vaccine supply held up 
 Six-storey wing for hospital 
 Pemeriksaan kesihatan percuma 
 New strain of cholera found 
 Giat kawal cirit-biri 
 174 kes taun di Terengganu 
 Ismail: 158 cholera cases so far 
 Doctors say must Britons reject swine flu vaccine 
 Anti-depressant ups female libido 
 Don`t delay use of flu anti-virals: WHO 
 Penduduk zaman Firaun turut hidap masalah jantung 
 Taun: satu kematian di Terengganu 
 Pelancongan kesihatan di sasar tumbuh dua peratus 
 Rakyat Britain tolak vaksin H1N1 
 Wabak taun di Terengganu 
 Residents taking dengue threat lightly 
 Terengganu stresses cleanliness to fight cholera outbreak 
 132 cases of cholera confirmed 
 Cara terbaik kurang makan 
 Kes jangkitan HIV di Kelantan tertinggi 
 Empty feeling at Hunger Summit 
 `Quit smoking to prevent COPD` 
 It`s possible to wipe out cervical cancer 
 Taun makin serius di Terengganu 
 Kerjasama Asia, Eropah tangani H1N1 
 Malaysia komited jamin bekalan, keselamatan makanan 
 Hanya 6 peratus rakyat buat rawatan gigi 
 Minda segar jika gigi bersih 
 Artichoke for the liver 
 Eat healthy, stay happy 
 Kesihatan oral: Tahap kesedaran rakyat rendah 
 Go for regular dental check-ups, public urged 
 Taun: Rakyat Terengganu dinasihat sentiasa waspada 
 More evacuations in Kedah and Perak, one died from cholera in Terengganu 
 Bersedia gelombang kedua H1N1 
 Budayakan pemakanan sihat elak diabetes 
 New breast hope after cancer 
 Aussies plan to regrow breasts after cancer 
 

Berita Harian

Jumaat, 06/11/2009

 

Jangkitan H1N1 masih aktif dalam komuniti

KUALA LUMPUR: Jangkitan Influenza A (H1N1) hakikatnya masih lagi aktif berlaku di dalam komuniti walaupun aktiviti pemantauan tidak mencatatkan sebarang kejadian luar biasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata, pengawasan kejadian 'Influenza-Like Illness' ('ILI') yang dijalankan di 619 klinik sentinel tidak menunjukkan sebarang peningkatan, yang mana hanya 14 peratus daripada 956 sampel klinikal yang diterima oleh makmal yang menjalankan ujian pengesahan adalah positif virus itu.

Dalam satu kenyataan di sini, semalam beliau berkata, tiada kematian dicatatkan akibat jangkitan virus itu sepanjang minggu lalu menjadikan jumlah kematian akibat virus berkenaan kekal 77 orang.

Bagaimanapun, katanya dalam tempoh seminggu yang lalu, seramai 255 pesakit baru dengan gejala 'ILI' dimasukkan ke hospital untuk dirawat manakala 213 kes dibenarkan pulang.

"Setakat 31 Oktober, jumlah semasa kes 'ILI' yang masih mendapatkan rawatan di seluruh negara adalah 446 kes di 49 hospital di seluruh negara, termasuk dua pesakit dirawat di hospital swasta," katanya.

"Daripada jumlah kes 'ILI' yang sedang dirawat, hanya 11 pesakit atau tiga peratus adalah kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, tujuh pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ('ICU') bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala tiga pesakit didiscaj dari 'ICU'. - Bernama

"Dalam tempoh yang sama terdapat empat kes masih dirawat di 'ICU' dan tiga daripadanya mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah lima tahun (2) dan morbid obesiti (1)," katanya.

Sepanjang tempoh seminggu lalu juga, terdapat satu kejadian kluster 'ILI' dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, ujian makmal menunjukkan semua sampel yang diambil secara rawak daripada lokasi itu bukan akibat jangkitan H1N1.

Di PUTRAJAYA: Pasukan pemantau H1N1 diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pasukan itu yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi kementerian di sini, semalam, Liow berkata jumlah kes H1N1 berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes.

"Pada hari biasa kami juga akan menggerakkan sistem pemantauan ini. Maka dengan ini kita akan tahu jumlah kes selesema dan batuk yang perlu diberi perhatian serius. Kita mempunyai banyak jenis selesema. Semua ini memerlukan pemantauan, data, pengawasan. Jadi kami akan memantau perkara ini dengan teliti," katanya. - BERNAMA

Cetak
Print
<< Back
 
 
Health Topics
Forum
Activity & Event
Article & Journal
FAQ
Directory
Quiz
Links
 
 
 
 
   
   
 
            disclaimer  |   privacy policy   |   accessibility statement   |   quality assurance   |   webmaster   |   content management system              Copyright By ©2005 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA