Selasa, 09 Febuari 2010
Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman           
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Kekal sihat, cergas dan ceria. Bersama membimbing insan tersayang demi masa depan
yang gemilang. Jom ikuti rahsia kekal sihat walau pun di usia emas.
 
Penuaan Secara Sihat
Kecergasan dan Anda
Relaksasi
Kesihatan Pergigian
 
+
Penjagaan Kendiri
 
+
Penjagaan Profesional
Pengubatan dan Anda
Makanan dan Pemakanan
Penyakit Biasa Bagi Warga Emas
Keadaan Spesifik

MEDIA BERKAITAN

 
 

Penjagaan Profesional >> Cabutan Gigi


Cabutan Gigi

Latar belakang

Kebanyakan gigi perlu dicabut kerana mengalami kerosakan yang teruk atau penyakit gusi. Cabutan gigi yang dilakukan di klinik pergigian adalah rawatan yang selamat dan tidak sukar jika mengikut prosedur.


 
Cabutan gigi geraham

Apakah  yang perlu anda lakukan sebelum cabutan gigi?

Beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian;

    Sebelum ke klinik, pastikan anda

    • makan terlebih dahulu.
    • ambil ubat-ubatan yang perlu, contoh untuk penyakit diabetes

    Semasa rawatan pula

    • beritahu doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah perubatan
    • sentiasa bertenang

Apakah yang perlu anda lakukan selepas cabutan gigi?

    Lakukan perkara berikut:

    • letakkan dan gigit kain kasa yang diberikan ke atas bekas cabutan (soket gigi) selama 10 minit atau sehingga darah berhenti.
    • telan air liur yang terdapat dalam mulut.
    • ambil ubat-ubatan seperti yang diarah.

    Elakan perkara berikut:

    • berkumur-kumur dalam tempoh 24 jam.
    • usik bekas cabutan dengan lidah atau jari.
    • ambil makanan atau minuman yang panas.
    • lakukan senaman berat.
    • merokok.

Komplikasi yang mungkin berlaku selepas cabutan gigi

Biasanya bekas cabutan akan pulih dalam tempoh 3-7 hari. Walaubagaimanapun, komplikasi berikut boleh berlaku:

  • kesakitan yang berpanjangan.
  • bengkak pada bekas cabutan.
  • rasa kebas yang berpanjangan.
  • pendarahan berpanjangan atau berulang.
  • bekas cabutan lambat sembuh.
  • demam

Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor pergigian secepat mungkin sekiranya mengalami komplikasi seperti di atas.

Semakan akhir : 29 Mac 2007
Dilawati : 1220
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA