Bagaimana menggunakannya?
- Renjiskan losyen ke atas rambut kering.
- Gosok dengan lembut sehingga kulit kepala berasa lembap.
- Beri perhatian terhadap belakang kepala dan leher.
- Biarkan losyen mengering sendiri ??? jangan gunakan syampu. Basuh rambut selepas 24 jam.
- Bilas dan gunakan sikat berjejari halus untuk membuang kutu dan telur kutu yang mati.
- Jika perlu, ulang penggunaan ubat kali kedua selepas 7-9 hari. Penggunaan semula losyen dalam tempoh kurang 1 minggu atau penggunaan melebihi 3 minggu berturut-turut harus dielakkan.
- Secara am, rawatan seterusnya tidak diperlukan.
Risiko kesan sistemik berkaitan dengan penggunaan malathion dijangka sangat rendah
Malathion mudah terbakar. Jauhkan dari sumber panas seperti pengering rambut, alat elektrik pengerinting rambut dan rokok.
Langkah berjaga-jaga
- Penggunaan serentak Malathion dan krim pembasmi kutu yang lain
- Elakkan sentuhan langsung dengan mata
- Jangan sapu pada kulit yang terluka atau telah dijangkiti kuman
- Rawatan perubatan diperlukan untuk kanak-kanak di bawah 6 bulan
Semakan Akhir : 05 Jun 2008
kembali