Sabtu, 21 November 2009
Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman           
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
MyHEALTH - Isu Semasa
 
Isu Semasa Selanjutnya....
 
Banjir & Penyakit Berjangkit
Leptospirosis
Berjalan Kaki
Meningitis (Meningokokal)
Hari Tanpa Tembakau
Bulan Pemakanan Malaysia 2009
Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa 2009
Hari Kesihatan Sedunia 2009
Hari Tibi Sedunia 2009
Banjir
Hari AIDS Sedunia
Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)
Tembakau
Pandemik Influenza
Selesema Burung
Derma Organ
Isu Melamin: Langkah Berjaga-jaga
Maklumat/Kenyataan Akhbar Susu dan Produk Susu Dari Negara China
Bersuka Ria Beraya Di Kampung,Jangan Lupa Musuh Di Rumah
 

JOM TANGANI STRES...AMALKAN 10 B

Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama. Bukan hanya golongan dewasa yang dilimpahi stres di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai punca stres. Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam kehidupannya. Stres adalah hakikat kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Stres adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.

Apakah itu stres?

Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.

Apakah punca-punca stres?

Punca-punca stres terdiri daripada :

  1. Dalam Diri
    • Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
    • Rasa tidak selamat
    • Pengalaman zaman kanak-kanak
    • Peristiwa dalam kehidupan
    • Perwatakan / personaliti
    • Dilema dalam membuat keputusan
    • Stres keibubapaan

  2. Sosial
    • Berpindah rumah
    • Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
    • Stres perkahwinan dan rumah tangga
    • Perhubungan interpersonal yang bermasalah
    • Masalah di tempat kerja
    • Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
    • Masalah/ perubahan persekitaran
    • Masalah kewangan

  3. Psikologi
    • Jenis Personaliti
    • Tragedi
    • Hilang orang yang dikasihi
    • Kurang keyakinan diri
    • Takut untuk gagal

  4. Biologi
    • Penyakit fizikal yang kronik
    • Perubahan dalam tubuh (remaja)

Kenali tanda-tanda stres anda?

Tanda-tanda fizikal

  • Kering mulut
  • Gementar
  • Sakit kepala
  • Masalah tidur
  • Perubahan selera makan
  • Cepat letih
  • Lenguh-lenguh badan
  • Jantung berdebar-debar
  • Pernafasan semakin laju
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
  • Letih lesu

Tanda-tanda psikologi

  • Gelisah
  • Hilang sabar
  • Mudah marah
  • Lemah semangat
  • Risau dan bimbang
  • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
  • Mudah lupa
  • Takut gagal
  • Rendah diri
  • Keresahan
  • Tidak merasa seronok
  • Bosan
  • Low mood dan murung

Tanda-tanda tingkah laku

  • Merokok berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
  • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Masalah tabiat makan

Amalkan tips mudah tangani stres serta merta..Amalkan 10B

  1. Bertenang
    • Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.


  2. Bernafas secara dalam
    • Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.


  3. Berkata : Relakslah....
    • Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.


  4. Beribadat
    • Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.


  5. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
    • Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.


  6. Berurut
    • Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.


  7. Berehat & mendengar mizik
    • Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.


  8. Beriadah
    • Aktivit riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.


  9. Bersenam
    • Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.


  10. Berfikiran Positif
    • Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Cetak
Cetak
<< Kembali
 
 
Topik Kesihatan
Forum Perbincangan
Aktiviti & Acara
Artikel & Rencana
Soalan Lazim
Direktori
Kuiz
Pautan
 
 
 
 
   
   
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA