counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Jumaat, 10 September 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
MyHEALTH - Berita Terkini
 
Berita Selanjutnya....
 
 Doc: Stop feeding the rats 
 Storage tips to keep cooked food safe 
 Pakistanis face malaria threat as flood waters recede 
 Sampel darah mangsa malaria dianalisis 
 Timur: Denggi makin serius 
 It`s vital mums know how to breast-feed 
 Liow: Take measures to rid premises of aedes mosquitoes 
 Medicine dispensed in 10mins 
 42 pupils down with food poisoning 
 265 dengue outbreak sites declared 
 42 pelajar asrama keracunan makanan 
 Two dengue deaths last week 
 Perokok digalakkan makan buah-buahan elak kanser 
 Malaysia mulls landmark trial of GM anti-dengue mosquitoes 
 NGO cadang senarai hitam pembekal susu bermasalah 
 Grape candy banned by US not sold here, says Liow 
 Food poisoning linked to Ramadan bazaars 
 Traders told to maintain cleanliness 
 Scientists create liver cells from patients` skin 
 Pupils join the fight against dengue 
 13 food poisoning cases during Ramadan 
 Special panels soon to combat spread of dengue 
 Mobile clinics get good response 
 Chinese vaccine shields against hepatitis E: Report 
 Kempen penerangan kencing tikus dilancar 
 Health Ministry to conduct checks on bird`s nest 
 Liow: Doctors have to inform of cases of rat urine disease to department 
 Penang bans parks` water activities 
 How to eat healthy during Ramadan 
 Climate link to rise in dengue 
 Second victim of Leptospirosis 
 Dengue fever death toll reaches 100 
 Leptospirosis claims another victim in Kedah 
 RM500 fine for failure to report dengue cases 
 Jumlah pesakit H1N1 naik 25 peratus 
 H1N1 cases up by 25% 
 Guna antibiotik secara rasional 
 Denggi di Kelantan semakin buruk 
 Tonik steroid 
 Chinese meditation boosts brain function 
 Lubuk Yu forest remains closed 
 Health dept notifies three camps after Leptospirosis scare 
 Perlu habiskan antibiotik elak diancam Superbug 
 Call to clean up village`s futsal arena 
 Kindergarten hit by HFM disease 
 

Utusan Malaysia

Selasa, 27/07/2010

RM2.4 juta pulih kanak-kanak kurang zat

KUALA KRAU 26 Julai - Kementerian Kesihatan memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memulihkan 77,659 kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami kekurangan zat makanan di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peruntukan itu disediakan di bawah Program Pemulihan Kanak- Kanak Kekurangan Zat Makanan tahun ini untuk memastikan kanak-kanak di negara ini mencapai pertumbuhan optimum.

Katanya, dari 2000 hingga 2009, terdapat seramai 130,888 kes kanak-kanak kekurangan zat makanan di seluruh negara.

''Daripada jumlah itu, 53,229 kes telah diberikan bantuan makanan berzat dan hasilnya 24.3 peratus daripada mereka berjaya dipulihkan.

''Pada tahun lalu sahaja, 2,882 kanak-kanak kekurangan zat makanan di Semenanjung turut menerima bantuan makanan iaitu 45.9 peratus daripada mereka adalah anak Orang Asli," katanya.

Beliau berucap sempena lawatan kerja dan penyampaian bakul makanan kepada penduduk Orang Asli di Kampung Penderas dekat sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pengurusan Kementerian Kesihatan, Datuk Ahmad Shafii Saidin.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar.

Menurut Rosnah, status pemakanan kanak-kanak di bawah umur lima tahun di negara ini berada pada tahap baik iaitu 93 peratus dan mempunyai berat badan normal.

Bagaimanapun, tambahnya, data klinik menunjukkan anak Orang Asli di bawah umur lima tahun berada pada tahap sederhana iaitu 73 peratus dan tidak mencapai piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kata beliau, mengikut WHO bagi sesebuah negara membangun, peratusan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mempunyai berat badan normal mestilah melebihi 90 peratus.

Sehubungan itu, kata Rosnah, Kementerian Kesihatan akan terus menyalurkan bantuan kepada pihak yang layak dan memerlukan bagi memastikan hasrat kerajaan untuk melihat generasi sihat dan cemerlang berjaya dicapai pada masa akan datang.

''Kementerian Kesihatan telah menjalankan pelbagai aktiviti dan promosi kesihatan termasuk melalui Kempen Cara Hidup Sihat.

''Namun jika sehebat mana pun promosi dan pendidikan kesihatan dijalankan, ia tidak akan menepati sasaran jika orang ramai tidak bersama-sama melakukan perubahan diri," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai memberi sokongan terhadap usaha yang dijalankan Kementerian Kesihatan kerana hampir semua penyakit boleh dicegah melalui amalan gaya hidup sihat.

 

Cetak
Cetak
<< Kembali
 
 
Topik Kesihatan
Forum Perbincangan
Aktiviti & Acara
Artikel & Rencana
Soalan Lazim
Direktori
Kuiz
Pautan
Kempen Kesihatan
Projek E-Learning
 
 
 
 
   
   
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA