counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Ahad, 01 Ogos 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
MyHEALTH - Berita Terkini
 
Berita Selanjutnya....
 
 Big rise in dengue cases in Pahang 
 No reports of outbreaks in Bakun 
 Nyamuk Aedes bermaharajalela 
 Pasukan khas kaji bakteria `maut` 
 Students face mosquito attack 
 6,800 doses of H1N1 vaccine available 
 Calcium pills linked to heart attacks 
 Study: Alcohol eases rheumatoid arthritis 
 Klinik 1Malaysia tidak langgar akta 
 Anggota bomba disyaki dijangkiti Melioidosis 
 Pemuda dari Selangor korban ke-92 H1N1 
 Walking for health in 10,000 steps for better health 
 Anti-smoking dispute 
 Anggota bomba mangsa terbaru 
 Acupuncture `not ideal for labour` 
 Infection kills seventh victim 
 Fireman the latest Lubuk Yu victim 
 Kemudahan ambil ubat melalui SMS diperluas 
 Obesity fears inspire Mexican office exercises 
 Lessons on dental care for Orang Asli 
 34 dengue hotspots now 
 Kes denggi di Johor Bahru amat membimbangkan 
 Mosquitoes abuzz at abandoned site 
 RM2.4 juta pulih kanak-kanak kurang zat 
 Drink 3-in-1 beverages moderately 
 Bandar utama tempat biak Aedes 
 91 deaths due to dengue so far this year 
 Pengambilan minuman `3-in-1` perlu dikawal 
 Liow: Be more vigilant in fight against dengue 
 EPF gave out RM501m under health scheme 
 34 students with H1N1 symptoms recovering well 
 Be aware of health screening risks, says doc 
 Wabak denggi pada tahap bahaya 
 Lubuk Yu victim recovers 
 Pasukan pemantau elak denggi 
 Melaka & Negeri Sembilan: Ganyang Denggi tangani penularan wabak 
 IJN shows new way to cut risk of stroke 
 Site of six deaths undergoes clean-up 
 52 petugas operasi bersih persekitaran Lubuk Yu 
 Ramai pesakit barah percaya bomoh 
 Denggi: Jasin catat kematian tertinggi 
 Rawat segera kanser di hospital 
 Anti-dengue drive a success 
 Johor: Lubuk nyamuk 
 Utara: Tunggu pesakit 
 

Utusan Malaysia
   
 

Selasa, 21/07/2009

   
 

Vaksin H1N1 diperoleh akhir tahun

KUALA LUMPUR 20 Julai - Vaksin selesema babi atau Influenza A (H1N1) dijangka mula berada di negara ini pada penghujung tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan telah membuat tempahan pantas bagi mendapatkan bekalan tersebut.

"Vaksin hanya akan siap pada akhir tahun tetapi kerajaan telah membuat penempahan awal," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Kempen Kebersihan Awam Bagi Menangani Pandemik Influenza A (H1N1) peringkat kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan timbalannya, Datuk Seri Lajim Ukin.

Tambah Tiong Lai, kerajaan belum memutuskan sama ada pemberian vaksin secara massa kepada penduduk negara ini perlu dilakukan pada masa ini.

Namun, katanya, 200,000 pekerja barisan hadapan seperti doktor dan jururawat akan menjadi kumpulan pertama menerima pelalian penyakit itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga 8 pagi ini, 874 kes influenza dilaporkan di negara ini dengan 567 kes import dan 307 jangkitan tempatan.

"Tiada kematian dilaporkan setakat ini," katanya.

Mengulas keadaan seorang pesakit H1N1 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sungai Buloh beliau berkata, pesakit berkenaan kini stabil.

Tambah beliau, untuk membendung pandemik H1N1 di negara ini, maka aktiviti kawalan dan pencegahan sedia ada perlu diperkukuh lagi melalui tiga prinsip pelaksanaan ke arah mitigasi kawalan wabak.

Prinsip pertama, kata beliau, adalah tindakan kawalan perlu diambil oleh individu dan masyarakat.

"Aktiviti menjarakkan sosial, mengurangkan perjumpaan, etika batuk, kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik adalah berkesan untuk memperlahan penularan penyakit dalam masyarakat," katanya.

Prinsip kedua, kata beliau, memberi keutamaan kepada kes-kes berisiko untuk rawatan di hospital manakala kes-kes ringan atau tanpa komplikasi dirawat sebagai pesakit luar dan dibolehkan tinggal di rumah.

Prinsip ketiga pula, katanya, mempastikan sistem penyaringan di fasiliti kesihatan dan perubatan termasuk pengawalan jangkitan diteruskan dan diperkukuh.

"Rawatan anti viral diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerjaan kesihatan," katanya.

   
Cetak
Cetak
<< Kembali
 
 
Topik Kesihatan
Forum Perbincangan
Aktiviti & Acara
Artikel & Rencana
Soalan Lazim
Direktori
Kuiz
Pautan
Kempen Kesihatan
Projek E-Learning
 
 
 
 
   
   
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA