Adalah penting orang ramai dapat mengakses portal ini dengan mudah. Berikut adalah panduan yang dapat memudahkan pencarian maklumat:
Menukar warna latarbelakang dan teks pada Microsoft Internet Explorer:
1. Pilih < Internet Options > daripada menu
Sistem akan memaparkan kotak dialog < Internet >
2. Pilih tab < General >
3. Klik butang < Colors >
Sistem akan memaparkan kotak dialog 'colors'
4. Anda boleh pilih opsyen < use windows colors > yang anda telah tentukan untuk skrin windows pada < windows control panel >. Jika anda tutup opsyen < use windows colors > anda boleh pilih warna sendiri untuk latar belakang dan teks.
Nota: Sekiranya anda menukar warna terlalu banyak, anda perlu juga menukar warna pada links supaya ia dapat dilihat.
5. Klik < OK > untuk menutup kotak dialog warna. 6. Klik butang < Accessibility >
Sistem akan mempaparkan kotak dialog 'Accessibility'
7. Pilih opsyen < ignore > yang berpatutan untuk menukar 'web page settings'.
8. Klik butang < OK > untuk menutup kotak dialog < Accessibility >.
9. Klik < OK > untuk menutup kotak dialog < Internet Options >
Nota : Pengguna mahir boleh membentuk 'style sheet' untuk mengubah warna dan reka letak pada muka surat laman di pelayar. 'Internet Explorer' membolehkan anda untuk mengepilkan 'style sheet' anda dalam opsyen < Accessibility >.
Langkah-langkah untuk mengubah warna latar belakang dan teks pada 'Netscape Navigator'
1. Pilih keperluan daripada menu < edit >.
Sistem akan memaparkan kotak dialog pilihan.
2. Pilih opsyen < colors > pada kategori di bahagian kiri.
3. Pilih opsyen < Use Windows Colors > untuk mengguna warna yang telah anda tentukan untuk skrin 'windows' pada panel 'windows control'. Sekiranya anda menutup opsyen 'use windows colors', anda boleh memilih warna pilihan sendiri untuk latar belakang dan teks.
4. Untuk mengubah warna sesuatu item, klik butang warna untuk memaparkan kotak dialog warna.
5. Sekiranya anda telah mengubah warna terlalu banyak seperti teks cerah pada latar belakang gelap, adalah baik untuk memilih 'always use my colors'.
6. Klik OK untuk menutup kotak dialog 'Preferences'
Atas |