counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH MyHEALTH Portal - Rawatan Salur Akar (Rawatan Ortodontik)

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Ahad, 01 Ogos 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Remaja sihat, cergas dan cerdas memastikan kelestarian hari esok.
Kekal sihat dan nikmatilah hidup anda sepenuhnya.
 
Tumbesaran
Kesihatan Fizikal (Kepala ke Kaki)
Pemakanan
Kesihatan Pergigian
Kesihatan Mental
Kesihatan Seksual
Perubahan Tingkahlaku
Pengubatan
Direktori Perkhidmatan Remaja


MEDIA BERKAITAN

 
 
<< Kembali

RAWATAN SALUR AKAR (RAWATAN ENDODONTIK)

Latarbelakang

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan salur akar?

Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dibuat?

Prosedur

Soalan yang kerap ditanya



Latarbelakang

Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan salah satu rawatan pilihan bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan salur akar?

  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati.

Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.

Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dibuat?

  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk.
  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut.
  • Gigi itu mungkin terpaksa dicabut.

Prosedur

Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji. Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.

salur akar
salur akar

Soalan yang kerap ditanya

  1. Adakah rawatan ini menyakitkan?
    • Kebiasanya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat kadang- kadang digunakan jika perlu.
  2. What complications may arise?
    • You may experience bleeding, pain, swelling or discomfort.
      Infection may also occur but this can be treated with antibiotics and pain killers.
  3. Adakah saya memerlukan korona selepas rawatan salur akar?
    • Rawatan salur akar tidak semestinya memerlukan korona. Rawatan korona hanya perlu jika kehilangan struktur asal korona gigi sangat teruk.
  4. Di mana saya boleh mendapatkan rawatan ini?
    • Anda boleh ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan ini.
___________________________________________________________________

Semakan akhir : 27 Mac 2007



Dilawati : 2088
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA