counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH MyHEALTH Portal - Ulser Mulut

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Jumaat, 03 September 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Remaja sihat, cergas dan cerdas memastikan kelestarian hari esok.
Kekal sihat dan nikmatilah hidup anda sepenuhnya.
 
Tumbesaran
Kesihatan Fizikal (Kepala ke Kaki)
Pemakanan
Kesihatan Pergigian
Kesihatan Mental
Kesihatan Seksual
Perubahan Tingkahlaku
Pengubatan
Direktori Perkhidmatan Remaja


MEDIA BERKAITAN

 
 

Kesihatan Pergigian >> Penjagaan Profesional >> Ulser Mulut (Ulser Afta)


Ulser Mulut (Ulser Afta)

Latar belakang

ulser
ulser

Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :

  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
___________________________________________________________________

Semakan akhir : 27 Mei 2008



Dilawati : 3216
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA