Kesihatan Pergigian >> Penjagaan Profesional >> Pemeriksaan Gigi Secara Berkala
Pemeriksaan Gigi Secara Berkala
Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan pergigian secara berkala?
Ia adalah pemeriksaan pergigian rutin yang dilakukan secara berkala. Tempoh pemeriksaan adalah di antara 3 bulan hingga setahun sekali bergantung kepada status gigi seseorang.
|
|
Kenapa pemeriksaan secara berkala perlu dilakukan?
Pemeriksaan pergigian secara berkala perlu dilakukan bagi :
- Mencegah penyakit gigi.
- Mengesan penyakit gigi di peringkat awal.
- Menyelia penjagaan kebersihan gigi sendiri.
Pemeriksaan pergigian secara berkala adalah penting untuk menjamin kesihatan gigi sentiasa baik.
Apa yang dilakukan semasa pemeriksaan?
Semasa pemeriksaan, doktor pergigian akan :
- Mengemaskini rekod gigi dan perubatan anda.
- Memeriksa dan merawat masalah gigi
- Kerosakan gigi.
- Penyakit gusi.
- Melakukan rawatan pencegahan seperti penskaleran dan pengilapan.
- Memberi nasihat mengenai penjagaan kebersihan mulut :
- Teknik memberus dan menggunakan flos.
- Tabiat pemakanan.
- Berhenti merokok.
- Merujuk anda kepada doktor perubatan atau pakar pergigian jika perlu.
Di mana pemeriksaan pergigian boleh dilakukan?
Dapatkan pemeriksaan pergigian anda di klinik-klinik pergigian berdekatan. Layari laman web Bahagian Kesihatan Pergigian di http://ohd.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut.
___________________________________________________________________
Semakan akhir : 27 Mac 2007
Dilawati : 3225