counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH MyHEALTH Portal - Ibu Mengandung dan Kesihatan Pergigian

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Ahad, 01 Ogos 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
 
Caj Pergigian
Program Pergigian Pra Sekolah
Perkhidmatan Pergigian Sekolah
Rawatan Selan Fisur
Penindikan Mulut
Ibu Mengandung dan Kesihatan Pergigian
Senyuman Menarik
Pemutihan Gigi
Tampalan Sewarna Gigi
Lidah Pendek
Rekahan Bibir dan Lelangit
Ubat Gigi Berfluorida untuk Kanak-Kanak
Rawatan Penyakit Gusi
Bulimia dan Kesan pada Gigi
Trigeminal Neuralgia
Keganjilan Susunan dan Bentuk Gigi
Alahan Berkaitan Dengan Pergigian
Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak
Kesihatan Pergigian Remaja
Kesihatan Pergigian Dewasa
Kesihatan Pergigian Warga Emas

MEDIA BERKAITAN

 

 

 
 

Kesihatan Pergigian >> Ibu Mengandung dan Kesihatan Pergigian

 

Ibu Mengandung dan Kesihatan Pergigian

Pengenalan

Tiada bukti yang mengesahkan mitos kehilangan gigi akan terjadi setiap kali mengandung. Gigi sebenarnya boleh kekal sepanjang hayat sekiranya penjagaan kesihatan pergigian yang baik diamalkan.

Bagaimana Kehamilan menjejaskan Gigi Dan Gusi Anda?

Mengidam makanan manis dan alahan semasa hamil, boleh mengakibatkan kerosakan gigi dan penyakit gusi lebih mudah terjadi.

Bakteria dalam plak bertindak balas dengan makanan menghasilkan asid, menyerang gigi dan menyebabkan berlakunya kerosakan gigi. Plak juga boleh merengsakan gusi menjadi merah, sakit dan mudah berdarah.

Kebiasaan nya kehilangan gigi yang berlaku semasa hamil adalah berpunca dari kerosakan gigi atau penyakit gusi.


Apakah Ketumbuhan Semasa Kehamilan?

Ia merupakan keradangan gusi, dan ketumbuhan bukan kanser yang terjadi akibat tindak balas keterlaluan rengsakan kepada gusi. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan akan hilang selepas bersalin.


Pentingnya Penjagaan Mulut Semasa Kehamilan

Penjagaan mulut semasa hamil adalah penting kerana terdapat kajian yang mengaitkan keradangan gusi dengan kelahiran bayi pra matang dan kurang berat badan.

Oleh itu, penjagaan mulut yang baik adalah penting semasa kehamilan. Ia bukan sahaja mengatasi masalah pergigian ibu mengandung malah ia membantu perkembangan kesihatan bayi.

Bagaimana Anda Boleh Mengelakkan Kerosakan Gigi dan Penyakit Gusi?

Panduan di bawah dapat menjaga kesihatan pergigian dan mengekalkan senyuman menarik anda sepanjang kehamilan:

  • Berus gigi dengan bristel lembut terutama di leher gigi setiap hari.
  • Guna ubat gigi berfluorida.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi.
  • Makan secara sihat. Elakkan pengambilan kerap makanan ringan yang manis. Sebaliknya, pilihlah makanan yang rendah gula, lemak dan garam seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Rawatan Pergigian Semasa Kehamilan

Dapatkan pemeriksaan pergigian di awal kehamilan.

Beritahu doktor pergigian yang anda hamil.

Rawatan pergigian pada umumnya boleh dilakukan dengan selamat. Sesetengah ubat dan bius boleh digunakan semasa rawatan pergigian supaya anda lebih selesa. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk mengelakkan rawatan tertentu semasa tiga bulan pertama kehamilan.



Semakan Akhir : 28 April 2008

Dilawati : 2690
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA