counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH MyHEALTH Portal - Terapi gantian methadone

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Jumaat, 03 September 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Kenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri, fokus akan matlamat yang boleh dicapai dan belajarlah menerima apa yang tidak boleh diubah. Kenali diri hiasi peribadi.
 
Dementia (Nyanyuk)
Delirium (Meracau/kekeliruan akut)
Bunuh diri dan cubaan membunuh diri
Masalah tidur
Kepintaran dan kesihatan rohani
Gangguan mental selepas bersalin
Menghadapi kematian dan berkabung
Kesan psikologi akibat kecederaan otak
Masalah seksual
Ketum
Terapi gantian methadone
Opiat
Ganja
Kecelaruan gaya pemakanan
Kesihatan Mental bagi kanak-kanak
Kesihatan Mental bagi Remaja
Kesihatan Mental bagi Dewasa
Kesihatan Mental bagi Warga Emas

MEDIA BERKAITAN

 
 

Kesihatan Mental>> Terapi gantian methadone


Terapi gantian methadone

Pengenalan

Methadone adalah opiat sintetik yang digunakan sebagai ubat penahan sakit dan juga di dalam rawatan penagihan narkotik.

Methadone ini digunakan sebagai kaedah mengurangkan mudarat bagi membendung risiko penularan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan perkongsian jarum. Methadone juga masih boleh disalahgunakan. Oleh itu terapi gantian methadone mesti dipantau dan dikawal selia dengan rapi.

Ada tiga kesan utama yang dihasilkan oleh methadone:

  • Mengelakkan kesan gian.
  • Menghalang kesan dari penyalahgunaan dadah terlarang
  • Mengurangkan keinginan terhadap dadah opiat

Rawatan gantian methadone merupakan rawatan jangka masa panjang.


Kesan dan akibat

Apabila methadone digunakan dengan betul, ia merupakan dadah yang selamat. Apabila disalahgunakan ia boleh menghasilkan kesan sampingan seperti mengantuk, letih lesu, loya, muntah, sukar membuang air kecil, perubahan emosi, gangguan corak tidur dan gangguan fungsi serta kurang keinginan dalam hubungan seksual.

Kesan sampingan yang serius termasuk serangan sawan. Malah dalam kes pengambilan metadone secara berlebihan ia boleh mengakibatkan kematian.



Rawatan

Methadone boleh diberikan sebagai rawatan untuk pesakit luar di klinik dan hospital yang telah dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Methadone perlu diambil setiap hari dan pemberian metadone dipantau oleh pegawai farmasi dengan rapi di klinik dan hospital.

Setiap penerima terapi gantian metadone wajib memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KKM dan mematuhi kaedah rawatan seperti yang ditetapkan.

Penerima rawatan methadone wajib memaklumkan maklumat terapi methadone apabila berjumpa dengan mana-mana doktor bagi mengelakkan kesan interaksi yang serius dengan ubat-ubat lain. Terapi gantian methadone akan menjadi lebih berkesan apabila rawatan digabungkan dengan kaedah menangani masalah perubatan, psikiatri dan sosial yang lain. Kaunseling juga memberi kesan positif di dalam terapi gantian methadone.



Pemulihan

Terapi kognitif

Terapi tingkah-laku

Latihan asertif

Sokongan sosial

Pembinaan kesihatan rohani yang mantap


Kumpulan sokongan

Agensi AntiDadah Kebangsaan

Calvary Spiritual Centre





Semakan Akhir: 20 Mei 2008

Dilawati : 1619
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA