Sabtu, 21 November 2009
Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman           
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Asas kesihatan, pendidikan dan asuhan kanak-kanak bermula daripada ibu bapa yang
berpengetahuan. Mulakan dunia anak-anak anda dengan kehidupan yang aktif dan sihat!
 
Umum
Kesihatan Bayi Baru Lahir
Pemakanan
Tumbesaran dan Perkembangan
 
+
Pengawasan Pembesaran
 
+
Masalah Pembesaran
 
+
Senaman & Kesihatan
 
+
Ujian Saringan Hipotiroidisme Kongenital
Kesihatan Pergigian
Kesihatan Mental
Imunisasi
Kecederaan, Kemalangan dan Keracunan
Keadaan Penyakit Khusus
Pengubatan
 
 

Tumbesaran dan Perkembangan >> Ujian Saringan Hipotiroidisme Kongenital


Ujian Saringan Hipotiroidisme Kongenital

Apakah Hipotiroidisme kongenital (congenital hypothyroidism)?

Hipotiroidisme adalah satu keadaan di mana badan ketiadaan atau kekurangan hormon tiroxin. Hormon tiroxin dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher. Ia diperlukan untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang normal. Jika kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon tiroxin yang cukup, ia boleh menyebabkan hipotiroidisme.

Jika keadaan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir ia dikenali sebagai Hipotiroidisme Kongenital.

Kajian di Malaysia, menunjukkan kadar prevalens Hipotiroidisme Kongenital di kalangan bayi yang baru lahir adalah 1:337. Di anggarkan 120 orang bayi yang dilahirkan mempunyai Hipotiroidisme Kongenital setiap tahun.


Apakah Penyebab Hipotiroidisme Kongenital?

Pembentukan kelenjar tiroid yang tidak normal semasa bayi dalam kandungan adalah penyebab berlakunya Hipotiroidisme Kongenital. Justeru, bayi tersebut akan mengalami:

  • Ketiadaan kelenjar tiroid
  • Ada sebahagian sahaja kelenjar tiroid
  • Kelenjar tiroid yang berada di luar kedudukan normal
  • Ada kelenjar tiroid tetapi tidak berfungsi


Apakah Tanda-tanda Hipotiroidisme Kongenital ?

Kebanyakan bayi yang mempunyai Hipotiroidisme Kongenital tidak menunjukkan tanda-tanda luar biasa yang ketara semasa lahir.

Walau bagaimanapun ada tanda-tanda awal yang boleh membantu mengesan masalah seperti :

  • Uluran di pusat bayi (Umbilical hernia)
  • Sembelit
  • Kesukaran menyusu
  • Tidak aktif dan banyak tidur
  • Jaundis neonatal yang berpanjangan

Tanda-tanda lain yang dapat dikesan semasa bayi berumur lebih kurang 3-6 bulan adalah seperti:

  • Raut muka yang kasar (coarse facies)
  • Suara tangisan yang garau (hoarse cry)
  • Perut yang buncit
  • Kulit kering, kasar dan pucat
  • Lidah yang besar (macroglossia)
  • Rambut kering
  • Lambat bertindak balas (slow responses)
  • Perkembangan dan tumbesaran terbantut
  • Terencat akal

Apakah Ujian Untuk Mengesan Hipotiroidisme Kongenital?

Hipotiroidisme kongenital boleh dikesan melalui ujian saringan darah.

Sampel darah akan di ambil dari tali pusat bayi dalam tempoh setengah jam selepas bayi di lahirkan

Sampel darah boleh juga diambil pada hari kelima kelahiran sekiranya atas sebab-sebab tertentu, ia tidak diambil selepas bayi dilahirkan. Temujanji dengan klinik kanak-kanak perlu diatur untuk mengambil sampel darah tersebut.

Perkhidmatan saringan dan pengesahan diberi di hospital kerajaan.

Apakah Rawatan Bagi Hipotiroidisme Kongenital?

Bayi yang mengalami Hipotiroidisme Kongenital perlu diberi rawatan secepat mungkin. Kelewatan memulakan rawatan boleh menyebabkan kerencatan akal dan kelewatan perkembangan .

Hipotiroidisme Kongenital dirawat dengan ubat L-Thyroxine dalam bentuk pil, sebagai gantian kepada hormon tiroxin yang tidak dapat dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Doktor akan memulakan rawatan dengan L-Thyroxine dalam dos yang sewajarnya mengikut umur dan berat badan.

Rawatan susulan amat penting untuk memastikan bayi mendapat dos rawatan yang sepatutnya. Pesakit perlu mengambil ubat L-Thyroxine seumur hidup.

Adakah Ujian Ini Dikenakan Bayaran?

Ujian ini dijalankan secara percuma di hospital-hospital kerajaan.

Semakan Akhir : 12 Oktober 2009

Dilawati : 166
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA