Keadaan Biasa >> Sakit Tekak
Sakit Tekak
Pengenalan
Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan
kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan
batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan
dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.
Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik
dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang
penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial
dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.
Pada tahun 1984, kajian yang berasaskan hospital telah dibuat di Hospital
Kuala Lumpur, Hospital Kota Bharu dan Hospital Ipoh, Jangkitan Saluran
Pernasafan Akut (ARIs) adalah penyebab kepada 44.1% kemasukkan pesakit
paediatrik . Tanpa diragui, URTI adalah alasan yang paling biasa untuk
mendapatkan rawatan di klinik swasta dan klinik pesakit luar di hospital.
Agen Penyebab
Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika
dibandingkan dengan patogen bakteria.
Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada
jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan
kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa
di mana rawatan antibiotik diperlukan.
Tanda dan Gejala
Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah
kepada virus demam selsema. Tanda dan gejala demam selesema termasuklah:
Hingus meleleh
Gatal dan sakit tekak
Batuk
Rasa sesak
Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan
Kerap bersin
Mata berair.
Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
Kepenatan
Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja
adalah seperti berikut:
Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas
dan toksik (sakit yang lebih teruk)
Gejala Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan,
demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.
Tanda Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan
dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan
dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae),
bengkak kemerahan pada uvula, bengkak dan keras pada anterior nodus
cervical dan ruam.
Komplikasi
Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi.
Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks
termasuklah sama ada bernanah dan tidak bernanah.
Komplikasi bernanah adalah nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah
pada retropharyngeal (RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi
yang paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15-36%
pesakit yang mengalami PTA adalah mereka yang pernah mengalami jangkitan
oropharyngeal.
Komplikasi tanpa nanah pula termasuklan demam sakit-sakit sengal tulang
akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang reaktif.
Komplikasi tanpa nanah yang paling penting ialah demam reumatik akut
yang berlaku lebih kurang 3 minggu selepas streptococcal pharyngitis.
Rawatan
Perawatan sakit tekak termasuklah:
Rawatan berdasarkan gejala.
Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan
yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.
- Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum
air) dan kumur dengan air suam.
- Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi
analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia
dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan
umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom
Reye's.
- Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID)
telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan
demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit
tekak.
- Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan,
dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa
ketidakselesaan tekak.
Terapi Antibiotik
Hanya sedikit peratusan sakit tekak disebabkan oleh bacteria (kumpulan
A Streptococci) yang menyebabkan demam reumatik akut. Penggunaan antibiotik
mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah
akibat sakit tekak. Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pharyngitis
akut, keputusan klinikal yang biasanya perlu dilakukan adalah sama ada
pharyngitis adalah berkaitan dengan Kumpulan A Streptococci.
Pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut perlu menerima
terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan
amoxicillin. Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai
alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin.
Rawatan Pembedahan, termasuk Tonsillectomy
Episod kejadian sakit tekak yang berulang di kalangan kanak-kanak
dengan gejala halangan seperti berdengkur mungkin memerlukan Tonsillectomy
selepas mendapat rundingan pakar ENT.
Dalam kes penanahan peritonsillar atau quinsy, tanda-tanda yang memerlukan
tonsillectomy adalah apabila nanah gagal menunjukkan tindakbalas kepada
antibiotik yang sesuai bersama-sama dengan ‘incision’
dan ‘drainage’. Tonsillectomy juga perlu dilakukan apabila
pesakit mempunyai quinsy dan mempunyai sejarah jangkitan tonsil yang
berulang.
Semakan Akhir: 22 April 2008
|