counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH MyHEALTH Portal - Penjagaan Profesional

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Jumaat, 03 September 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Kesempurnaan diri bermula dengan cara hidup yang sihat.
Klik untuk tranformasi kesihatan anda.
 
Gaya Hidup
Penyakit Biasa
Keadaan Biasa
Kesihatan Reproduktif
Kesihatan Pergigian
Kesihatan Mental
Kesihatan Cara Kerja
Keselamatan Mutu Makanan
Pemakanan
Kesihatan Alam Sekitar
Orang Kurang Upaya
Pengubatan
Keadaan Spesifik
Penjagaan Kesihatan Semasa Mengerjakan Haji
Penjagaan Mata

MEDIA BERKAITAN

 

 

 
 

KESIHATAN PERGIGIAN >> PENJAGAAN PROFESIONAL >> KEROSAKAN GIGI (KARIES GIGI)

Kerosakan Gigi (Karies Gigi)

Latar belakang

Kerosakan gigi merujuk kepada suatu keadaan di mana gigi menjadi reput dan berlubang. Sebab utama kerosakan gigi ialah pengambilan gula yang kerap. Ia menjurus kepada pembentukan asid secara berterusan oleh bakteria dalam plak gigi.

Siapakah yang berisiko?

Mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah berisiko untuk menghidap kerosakan gigi:

  • Tidak menjaga kebersihan gigi
  • Kerap mengambil makanan yang tinggi kandungan gula
  • Mulut kering (xerostomia)

Tanda-tanda kerosakan gigi

Berikut ialah antara tanda-tanda yang mungkin anda alami :

  • Kesakitan
  • Gigi berlubang
  • Ketidakselesaan ketika memberus gigi dan mengunyah makanan
  • Makanan mudah melekat di celah-celah gigi
  • Rasa atau bau dalam mulut yang tidak menyenangkan

Kesan kerosakan gigi yang tidak dirawat

  • Gigi mati
  • Gusi bernanah (bengkak)
  • Sukar mengunyah makanan
  • Kehilangan gigi
  • Gangguan pertuturan akibat kehilangan gigi

Adakah merokok boleh menyebabkan kerosakan gigi?

Merokok tidak akan menyebabkan kerosakan gigi TETAPI lazimnya kebanyakan perokok mempunyai bilangan kerosakan gigi dan pembentukan kalkulus yang lebih banyak.

Apa perlu anda lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?

  • Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula terutama di antara waktu makan utama. Sekiranya ingin makan makanan ringan, pilihlah makanan ringan yang berkhasiat seperti buah-buahan.
  • Kurangkan atau elakkan minuman berkarbonat yang mana banyak mengandungi gula. Amalkan minum air kosong.
  • Memberus gigi dengan ubat gigi berflourida.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kuranya sekali setahun.

Jenis-jenis rawatan

Dapatkan nasihat doktor pergigian untuk rawatan kerosakan gigi. Anda mungkin memerlukan:

Semakan Akhir : 27 Mei 2008

Dilawati : 11538
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA