counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH MyHEALTH Portal - Kecacatan Pendengaran

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Khamis, 09 September 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Kesempurnaan diri bermula dengan cara hidup yang sihat.
Klik untuk tranformasi kesihatan anda.
 
Gaya Hidup
Penyakit Biasa
Keadaan Biasa
Kesihatan Reproduktif
Kesihatan Pergigian
Kesihatan Mental
Kesihatan Cara Kerja
Keselamatan Mutu Makanan
Pemakanan
Kesihatan Alam Sekitar
Orang Kurang Upaya
 
+
Kurang Upaya Secara Am
 
+
Kecacatan Penglihatan
 
+
Kecacatan Pendengaran
 
+
Kelakuan/Tingkahlaku
Pengubatan
Keadaan Spesifik
Penjagaan Kesihatan Semasa Mengerjakan Haji
Penjagaan Mata

MEDIA BERKAITAN

 

 

 
 

Orang Kurang Upaya >> Kecacatan Pendengaran

Cacat Pendengaran

 

Pengenalan

Hilang pendengaran adalah perkara biasa kepada manusia. Terdapat 3 jenis utama cacat pendengaran:

  • 'Conductive' (Gangguan aliran bunyi)
    • Disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga.
    • Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
  • 'Sensorineural' (saraf deria)
    • Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory'
    • Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran
  • 'Mixed' (gabungan)
    • Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural'

Kehilangan pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.

Penyebab kecacatan pendengaran

Apakah punca terjadinya pekak/tuli?

  • Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga
  • Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga
  • Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
  • Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
  • Jangkitan kuman seperti 'congenital rubella' atau 'congenital syphilis'
  • Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
  • Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
  • Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
  • Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
  • Gegendang telinga telah pecah
  • Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
  • Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
  • Peningkatan umur
 

Kadar Kejadian

Epidemiologi:

  1. 3-4 dalam 1000 bayi yang lahir mengalami kecacatan pendengaran
  2. 25% daripada orang yang berumur 65 - 75 tahun dan 50% daripada orang yang berumur 75 tahun ke atas juga mengalami kehilangan pendengaran. Hilang pendengaran juga lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita
  3. 50% daripada anggaran 2.5 juta populasi penduduk di Malaysia yang mengalami kecacatan pendengaran boleh dicegah terutamanya pada kanak-kanak

Tanda dan gejala

Apakah tanda dan gejala?

  • Kanak-kanak:
    • Tindakbalas boleh dilihat hanya kepada bunyi bising
    • Lambat atau gagal untuk bertutur

  • Dewasa:
    • Kerap meminta orang mengulangi percakapan
    • Sukar untuk mendengar dalam suasana yang hingar/bising
    • Kerap membesarkan bunyi tv
    • Mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan
    • Mendengar bunyi-bunyi dalam telinga (tinitus)
    • Mendengar bunyi telefon hanya bila duduk rapat dengan telefon tersebut

    Komplikasi

    Apakah kesan daripada masalah pendengaran?

    • Masalah komunikasi
    • Masalah pembelajaran/pendidikan
    • Gangguan emosi
    • Sukar menjalinkan perhubungan sosial
    • Harga kendiri yang rendah
    • Perasaan terasing, kecewa dan hilang keyakinan

    Saringan Cacat Pendengaran

    Bagaimana mengesan kehilangan pendengaran awal?

    • Adalah tidak mustahil untuk mengetahui pendengaran bayi seawal sebulan selepas dilahirkan.
    • Penilaian pendengaran perlu dibuat apabila punca-punca yang disenaraikan di atas terdapat pada bayi tersebut atau pada bila-bila masa masalah tersebut disyaki berlaku.

    Pengurusan dan rawatan

    Adalah lebih baik untuk menyenaraikan langkah-langkah pengurusan dan rawatan mengikut jenis-jenis kecacatan pendengaran.

    1. Jenis 'conductive'
      Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan rawatan ubat dan pembedahan.
      • Tahi telinga/kotoran yang menyumbat - buang kotoran tersebut
      • Jangkitan kuman pada bahagian rongga tengah telinga - ubat dan pembedahan
      • 'Otosclerosis' - pembedahan pada telinga
      • Menggunakan alat bantuan pendengaran jika kaedah ubat dan pembedahan bukan pilihan

    2. Jenis 'sensorineural'
      Kebanyakkan kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan menggunakan ubat atau pembedahan. Menguruskan masalah jenis ini adalah seperti berikut:
      • Kaedah menguatkan keupayaan pendengaran
        • Menggunakan alat bantuan pendengaran yang sempurna.
        • 'Cochlear implant' diperlukan terhadap kecacatan pendengaran yang teruk serta masih tidak memberi kesan melalui penggunaan alat bantuan pendengaran.

      • Latihan strategi komunikasi
        • Kemahiran mendengar
        • Kemahiran komunikasi

      • Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan pendengaran sejak lahir lagi perlu dimasukkan dalam program intervensi awal secepat yang mungkin bagi meransang perkembangan kognitif dan bahasanya. Terdapat pelbagai pilihan komunikasi di negara ini
        • Komunikasi lisan
        • 'Cued speech'
        • Bahasa isyarat

    Pemulihan

    Bila untuk mulakan rawatan pemulihan?

    • Intervensi awal perlu bermula sebaik sahaja kanak-kanak mula dikesan mengalami masalah pendengaran seawal usia 6 bulan lagi
    • Beri ibubapa makumat dan pendidikan tentang pendengaran yang normal,pertuturan dan perkembangan bahasa
    • Rujuk untuk program intervensi awal kepada:
      • Pakar Telinga, hidung & tekak, 'speech pathologist, audiologist' di hospital
      • Klinik Kesihatan
      • 'Community Based Rehabilitation Centre'
      • Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
      • 'Integrated School' oleh Kementerian Pendidikan
      • Sekolah pendidikan khas
      • Sekolah cacat pendengaran oleh Kementerian Pendidikan

    Di mana untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran?

    • Dapatkan nasihat dari Audiologist

    Bagaimana untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya?

    • Setelah diagnosis disahkan, dapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan dari klinik kesihatan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan

    Siapa yang akan membantu dalam pendaftaran tersebut?

    • Doktor yang memeriksa anda akan mengisi borang-borang tertentu.

    Apakah faedah yang boleh anda dapati melalui pendaftaran tersebut?


    Bagaimana untuk mendapatkan penempatan pekerjaan?

    • Kementerian Sumber Manusia
    • NGOs

    Pencegahan

    Bagaimana untuk mencegah?

    • Ambil suntikan perlalian 'rubella' sebelum berkahwin (untuk perempuan)
    • Ambil suntikan perlalian 'Haemophilus Influenza'
    • Elakkan mengambil ubat ototoksik sepanjang proses kehamilan
    • Pakai alat pelindung pendengaran bila berdepan dengan bunyi bising
    • Jauhkan dari terdedah kepada bunyi bising
    • Hadkan masa anda terdedah kepada bunyi bising
    • Lakukan pemeriksaan telinga dan pendengaran secara berkala

    Kumpulan sokongan

    Di mana untuk mencari kumpulan sokongan?

    YMCA - Pusat Majudiri untuk cacat pendengaran
    http://www.ymcakl.com/pmy/PMY_deafwork.htm
    Address: 95, Jln. Padang Belia, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
    Tel: 603-22741439
    Fax:603-22740559

    Sabah Society for the Deaf
    http://www.sabah.org.my/kkssdeaf/

    Malaysian Federation untuk cacat pendengaran
    http://www.mfd.org.my/

    Pusat Pertuturan Kiu, Kg Pandan
    Mereka menggunakan rawatan 'cued speech'

    Pusat TUTUR
    Klinik Audiologi and Sains Pertuturan
    Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM.
    - Mereka menggunakan kaedah 'oral approach'

    Rujukan

    http://health.yahoo.com/centers/hearing_loss/1

    http://deafness.about.com

    http://deafness.about.com/od/employmentandworking

    http://kidshealth.org./kid/health_problems/sight/
    hearing_impairment.html

    http://deafness.about.com/od/basicsofcochlearimplants/

    Senakan Akhir : 28 April 2008

Dilawati : 2012
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA