counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH MyHEALTH Portal - Index Jisim Tubuh

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Khamis, 09 September 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Kesempurnaan diri bermula dengan cara hidup yang sihat.
Klik untuk tranformasi kesihatan anda.
 
Gaya Hidup
Penyakit Biasa
Keadaan Biasa
Kesihatan Reproduktif
Kesihatan Pergigian
Kesihatan Mental
Kesihatan Cara Kerja
Keselamatan Mutu Makanan
Pemakanan
 
+
Saranan Pengambilan Nutrien
 
+
Vitamin, Garam Galian dan Makanan Tambahan
 
+
Index Jisim Tubuh
 
+
Pemakanan Semasa Mengandung
 
+
Anemia
 
+
Fad Diets
 
+
Pengurusan Berat Badan
 
+
Pemakanan semasa laktasi
 
+
Diet Vegetarian
Kesihatan Alam Sekitar
Orang Kurang Upaya
Pengubatan
Keadaan Spesifik
Penjagaan Kesihatan Semasa Mengerjakan Haji
Penjagaan Mata

MEDIA BERKAITAN

 

 

 

 
 

Nutrien >>Index Jisim Tubuh (IJT)


Index Jisim Tubuh (IJT)

Apa itu IJT?

IJT adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.

Bagaimana seseorang mengira IJT?

IJT = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)


Apakah klasifikasi IJT?

Jika IJT anda (kg/m2) adalah

Anda adalah

< 18.5

Kekurangan berat badan

18.5 - 24.9

Berat badan unggul

25 - 30

Kegemukan

30 atau lebih

Kelebihan berat badan


Rujukan

WHO. Obesity : Preventing and managing the global epidemic. Report on a WHO Consultation on Obesity, Geneva, 3-5 June 1997.

Tahukah anda bahawa kelebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?

  • Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, kanser,dan darah tinggi.

  • Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.

Rujukan

The American Dietetics Association, 1999. Proper weight measurement

Bilakah anda dianggap sebagai kekurangan berat badan?

Jika IJT anda dibawah paras 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan

Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kekurangan berat badan?

  • Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
  • Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.

Bagaimanakah seseorang boleh menambah berat badan dengan cara yang sihat?

  1. Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan, iaitu di antara 1 hingga 2 kilogram sebulan. Anda harus mencapai sasaran untuk IJT diantara 18.5 dan 24.9 kg/m2.
  2. Kawal berat badan anda melalui:
    • Cara pemakanan sihat, dengan memilih dan memakan pelbagai jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
    • Pastikan anda makan mengikut waktu makan yang tetap.
    • Rancang lebih awal untuk hidangan yang lebih. Untuk menambah berat badan, anda mungkin perlu makan lebih dari biasa
    • Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang menambahkan kalori, vitamin dan garam galian.
    • Pastikan keperluan tenaga anda.
      Anda perlu pastikan tahap aktiviti fizikal anda untuk memastikan keperluan tenaga.
    • Rujuk kepada contoh menu berdasarkan kepada keperluan kalori harian anda.

Apakah berat badan unggul?

    Merujuk kepada
  • Berat badan unggul jatuh di dalam julat IJT di antara 18.5 hingga 24.9. Ini adalah berdasarkan kepada ketinggian anda.
  • Kajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai IJT unggul adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai IJT yang lebih rendah atau tinggi.

Bagaimanakah saya mengekalkan berat badan yang normal?

  • Imbangkan pengambilan makanan anda dengan aktiviti fizikal.
  • Pastikan keperluan tenaga anda.
  • Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Jika anda sememangnya seorang yang sangat aktif, cuba teruskan kadar aktiviti yang sama untuk umur anda.

Bilakah seseorang itu dianggap sebagai mempunyai kelebihan berat badan?

Anda mempunyai kelebihan berat badan jika IJT anda pada paras 25.0 hingga kurang dari 30.0.
Jika IJT anda adalah 30.0 atau lebih, anda diklasifikasikan sebagai obes.


Bagaimana seseorang itu boleh menurunkan berat badan mereka?

  • Pastikan keperluan tenaga anda.
  • Tetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.
  • Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan
  • Paling mudah ialah kurangkan makan dan tingkatkan senaman!.
  • Makan secara normal dan sederhana makanan yang sihat berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
  • Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau menghadkan kalori jika anda sangat lapar. Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.
  • Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.
  • Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula, alkohol dan lemak seperti mentega,krim, daging yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.
  • Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca.
  • Jumpa doktor untuk mengenalpasti dan membetulkan masalah medikal, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.
  • Untuk menguruskan berat badan yang selanjutnya Jumpa dengan pakar pemakanan
  • Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.
Semakan akhir : 28 April 2008
Dilawati : 3080
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA