counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH MyHEALTH Portal - Keracunan Makhluk Perosak Ketika Bekerja

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Khamis, 09 September 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Kesempurnaan diri bermula dengan cara hidup yang sihat.
Klik untuk tranformasi kesihatan anda.
 
Gaya Hidup
Penyakit Biasa
Keadaan Biasa
Kesihatan Reproduktif
Kesihatan Pergigian
Kesihatan Mental
Kesihatan Cara Kerja
 
+
Risiko Kesihatan di Tempat Kerja
 
+
Penyakit Hilang Pendengaran Akibat Bunyi Bising
 
+
Penyakit Kulit Pekerjaan
 
+
Keracunan Makhluk Perosak Ketika Bekerja
 
+
Penyakit Asma Berkaitan Dengan Pekerjaan
Keselamatan Mutu Makanan
Pemakanan
Kesihatan Alam Sekitar
Orang Kurang Upaya
Pengubatan
Keadaan Spesifik
Penjagaan Kesihatan Semasa Mengerjakan Haji
Penjagaan Mata

MEDIA BERKAITAN

 

 

 
 

Kesihatan Cara Kerja >> Keracunan Racun Makhluk Perosak

Keracunan Racun Makhluk Perosak

Pengenalan

Racun makhluk perosak adalah bahan yang digunakan untuk memusnah dan mengawal serangga atau tumbuhan perosak. Contoh racun makhluk perosak ialah racun parakuat, organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Racun makhluk perosak berguna untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya kepada manusia.

Bagaimana keracunan boleh berlaku?

Seseorang boleh terdedah kepada keracunan racun makhluk perosak melalui 3 cara:

  1. Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak.
  2. Sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak.

  3. Terhidu racun makhluk perosak.

Pekerja yang berisiko

Siapakah pekerja yang berisiko?

Contoh pekerja yang berisiko adalah

  • Peladang/petani
  • Pekerja ladang/estet
  • Pekerja kilang racun makhluk perosak.

Gejala

Pendedahan kepada racun makhluk perosak boleh menyebabkan kecederaan kepada badan, antaranya seperti berikut:

  • Kesan serta-merta seperti sakit kepala, loya, berpeluh, kulit merengsa dan kematian.
  • Kesan jangka masa panjang seperti tangan mengeletar, kelupaan, kurang daya ingatan, kurang daya tumpuan, kekuningan mata serta keletihan.

Komplikasi

Apakah yang paling teruk boleh terjadi akibat keracunan ini?

  • Kerosakan kekal fungsi ginjal (buah pinggang), hati, paru-paru dan saraf serta kemandulan.
  • Kematian.

Rawatan

Rawatan kecemasan perlu diberi serta merta untuk menyelamatkan nyawa mangsa.

  • Bawa mangsa terlibat ke tempat yang selamat yang mempunyai pengudaraan yang baik seperti kawasan lapang
  • Tanggalkan pakaian yang tercemar
  • Jangan cuba memaksa pesakit untuk muntah
  • Bersihkan bahagian tubuh atau anggota yang tercemar dengan racun makhluk perosak menggunakan air yang banyak selama 15-20 minit.

  • Hantarkan mangsa terlibat ke hospital dengan segera.
  • Jangan lupa, bawa bekas racun yang terlibat ke hospital bersama pesakit.

Pencegahan keracunan racun makhluk perosak

Bagaimanakah saya boleh mencegah kejadian keracunan racun makhluk perosak?

  • Pastikan anda tahu jenis racun makhluk perosak yang digunakan
  • Patuhi setiap arahan pengendalian racun makhluk perosak yang dibekalkan oleh pengeluar setiap masa
  • Amalkan teknik pengendalian yang selamat
  • Labelkan bekas racun makhluk perosak dengan betul
  • Simpan racun makhluk perosak di tempat yang berkunci dan berasingan dari barang-barang lain.

  • Jangan pindahkan racun makhluk perosak ke dalam bekas lain; gunakan bekas yang asal sahaja.
  • Jangan gunakan semula bekas racun makhluk perosak yang telah kosong.
  • Lupuskan semua bekas racun makhluk perosak yang kosong dengan menanam dalam tanah yang sesuai atau hantar kepada pihak tertentu yang dilantik.

  • Gunakan alat pelindung diri yang sesuai dengan cara yang betul.

Apakah amalan pengendalian yang selamat?

  • Memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai.
  • Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk perosak.
  • Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun.
  • Semburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin.
  • Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap kali mengendalikan racun

Apakah pakaian yang sesuai dan selamat semasa mengendalikan racun makhluk perosak?

  • Baju berlengan panjang dan seluar panjang.
  • Topi
  • Apron plastik
  • Kasut/but keselamatan
  • Sarung tangan getah
  • Topeng muka
  • Kacamata pelindung mata

Notifikasi

Mengikut Peraturan 2004, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Notifikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan dan Penyakit Pekerjaan), adalah menjadi tanggung jawab:

  • Majikan
  • Pengamal perubatan yang merawat

Untuk notifikasi penyakit pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan.

Alamat perhubungan

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hantar e-mel ke alamat ohealth@dph.gov.my

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keracunan, sila layari laman web Pusat Racun Negara

Semakan Akhir : 28 April 2008

Dilawati : 1432
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA