counter
Selamat Datang ke Portal MyHEALTH MyHEALTH Portal - Kesihatan Cara Kerja

 

    Capaian w3c

               Reset                   Saiz Teks   Kecil Sederhana Besar            Warna Teks   Biru Merah Hijau Hitam/asal            Kontras   Tinggi Sederhana Rendah                      

 

Laman Utama    Profil     Hubungi Kami    Peta Laman      

[Ahad, 01 Ogos 2010]        
Kanak-Kanak Remaja Dewasa Warga Emas Pemakanan Ubat & Anda Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental
 
Kesempurnaan diri bermula dengan cara hidup yang sihat.
Klik untuk tranformasi kesihatan anda.
 
Gaya Hidup
Penyakit Biasa
Keadaan Biasa
Kesihatan Reproduktif
Kesihatan Pergigian
Kesihatan Mental
Kesihatan Cara Kerja
 
+
Risiko Kesihatan di Tempat Kerja
 
+
Penyakit Hilang Pendengaran Akibat Bunyi Bising
 
+
Penyakit Kulit Pekerjaan
 
+
Keracunan Makhluk Perosak Ketika Bekerja
 
+
Penyakit Asma Berkaitan Dengan Pekerjaan
Keselamatan Mutu Makanan
Pemakanan
Kesihatan Alam Sekitar
Orang Kurang Upaya
Pengubatan
Keadaan Spesifik
Penjagaan Kesihatan Semasa Mengerjakan Haji
Penjagaan Mata

MEDIA BERKAITAN

 

 

 
 

Kesihatan Cara Kerja >> Risiko Kesihatan Di Tempat Kerja

Risiko Kesihatan Di Tempat Kerja

Pengenalan

Malaysia mempunyai seramai 12 juta tenaga kerja yang bekerja di pelbagai sektor pada tahun 2004.Golongan pekerja mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan dan penyakit disebabkan mereka terdedah kepada pelbagai hazad di tempat kerja.

  • Apakah hazad ?
    Hazad adalah keupayaan sesuatu bahan untuk mencederakan kita.
  • Apakah risiko ?
    Risiko adalah merupakan kebarangkalian sesuatu hazad menyebabkan kecederaan kepada kita semasa pengunaannya.

Jenis-Jenis Hazad

Terdapat 5 jenis hazad iaitu:

  • Hazad Kimia contohnya seperti bahan alkali, bahan asid, bahan pelarut organik, wap dan gas beracun.

  • Hazad Fizikal contohnya seperti kebisingan, getaran, radiasi, suhu panas, suhu sejuk,aliran elektrik dan tekanan berlebihan.

  • Hazad biologi contohnya seperti bakteria, virus, serangga dan hama.

Gigitan Nyamuk

  • Hazad Ergonomik contohnya seperti tugas berat yang mengunakan tangan, keadaan badan yang kekok, tugas yang memerlukan pergerakan berulang-ulang yang kerap.

Tugas berat mengunakan tangan.

  • Hazad psikososial contohnya seperti tekanan kerja, beban kerja berlebihan, tiada sokongan rakan kerja, tiada kepelbagaian kerja dan kerja pada waktu malam.

Beban kerja berlebihan.

Kesan-Kesan Kesihatan

Kesan kesihatan yang boleh terjadi kepada pekerja akibat pendedahan kepada hazad bergantung kepada faktor-faktor seperti berikut:

  • Jenis hazad
  • Jangkamasa pendedahan
  • Banyaknya jumlah hazad yang didedahkan.
  • Faktor-faktor sosial demografi pekerja seperti umur, jantina, keturunan dan status kesihatannya.
  • Langkah-langkah kawalan yang sedia ada di tempat kerja seperti pelindung mesin, penyedut udara dan pemakaian alat pelindung diri.

Kesan-kesan kesihatan yang boleh terjadi adalah:

  • Kesan serta-merta seperti terbakar, keracunan dan kecederaan.

Kecederaan mata akibat bahan kimia.

  • Kesan jangkamasa panjang terjadinya penyakit-penyakit pekerjaan seperti, hilang pendengaran akibat bunyi bising, penyakit paru-paru, kegagalan buah pinggang, penyakit saraf, dan kanser.

Asma pekerjaan

Pencegahan

Aktiviti-aktiviti pencegahan penyakit pekerjaan dan kecederaan yang menyeluruh di tempat kerja memerlukan penglibatan majikan dan pekerja. Majikan dan pekerja perlu melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara bersungguh-sungguh.

Undang-Undang dan Peraturan yang berkaitan.

Pampasan

Pekerja yang mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah layak untuk mendapat bayaran pampasan dan juga rawatan pemulihan jika:

  • Mereka disahkan mendapat Penyakit Pekerjaan.
  • Mereka mengalami kemalangan semasa bekerja termasuk semasa perjalanan pergi dan balik dari bekerja.
  • Mereka disahkan mendapat keilatan disebabkan penyakit kronik tertentu.


Soalan-soalan yang sering disoal

  • Apakah penyakit pekerjaan?

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang terjadi akibat pendedahan kepada hazad di tempat kerja. Contoh-contoh penyakit pekerjaan ialah penyakit silikosis, yang disebabkan oleh pendedahan terhadap debu-debu, batu, dan pasir, penyakit kulit akibat alahan terhadap pemakaian sarung tangan getah, Pekak akibat pendedahan terhadap bunyi bising yang berpanjangan dan kesakitan kepada otot serta sendi akibat pendedahan terhadap kerja yang berat dengan menggunakan tangan.

  • Apakah kemalangan pekerjaan?

Kemalangan pekerjaan adalah kemalangan yang berlaku semasa bekerja termasuklah kemalangan semasa perjalanan pergi dan balik dari bekerja yang menyebabkan kecederaan.

  • Bagaimanakah caranya saya ingin mengawal hazad di tempat kerja?

Hazad di tempat kerja boleh dikawal mengikut kaedah-kaedah berikut:

  1. Menghapuskan hazad tersebut dengan tidak mengunakannya lagi atau menggunakan cara-cara yang lain.
  2. Mengantikan bahan yang berhazad dengan bahan yang kurang bahaya.
  3. Mengunakan kaedah kawalan kejuruteraan seperti mengunakan peralatan automatik, penghadang mesin dan penyedut udara setempat (Local exhaust ventilation).

Pengunaan penghadang mesin

Pengunaan penyedut udara setempat.

4. Menggunakan kaedah kawalan pentadbiran seperti giliran kerja, mengamalkan prosedur kerja selamat serta penguatkuasaan undang-undang serta peraturan.

5. Pengunaan alat-alat pelindung diri seperti topeng pernafasan, pemalam telinga, kacamata keselamatan, kasut keselamatan, topi keselamatan, sarung tangan dan pakaian pelindung bahagian depan.

Topi keselamatan dan pemalam telinga.

Alat penapis pernafasan (respirator)

    • Siapakah yang bertanggung jawab untuk membekalkan alat pelindung diri kepada pekerja?

    Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membekalkan alat pelindung diri yang bersesuaian secara percuma kepada pekerja.

    • Dimanakah saya boleh mendapat nasihat dan rawatan jika saya mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan pekerjaan?

    Anda boleh berjumpa Doktor Kesihatan Pekerjaan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Alamat Perhubungan:

  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hantarkan e-mail ke alamat berikut : ohealth@dph.gov.my

Semakan Akhir : 28 April 2008

Dilawati : 5598
Cetak Cetak
 
 
            penafian  |   dasar privasi   |   kemudahan akses   |   jaminan kualiti   |   webmaster   |   content management system              Hakcipta Terpelihara ©2009 Kementerian Kesihatan, MALAYSIA