A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mitos & Realiti – Penderaan

Penderaan kanak-kanak telah berlaku sejak sekian lama dalam catatan sejarah.

Mitos
Realiti
Penderaan kanak-kanak adalah fenomena disiarkan di media sejak kebelakangan ini. Penderaan kanak-kanak telah berlaku sejak sekian lama dalam catatan sejarah.
Perbezaan dari zaman dahulu hanyalah pertambahan bulan dalam melaporkan, pendidikan, pemahaman, oleh itu tidak semestinya pertambahan kes.
Pada masa dahulu mangsa tidak melaporkan penderaan.
Penderaan kanak-kanak biasanya dilakukan oleh orang tidak dikenali. Sesiapa sahaja berpotensi melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
Biasanya, penderaan fizikal, penderaan seksual, emosi dan pengabaian dilakukan oleh orang yang berperanan sebagai penjaga (“care giving” role).
Jika pendera dilakukan oleh orang yang tidak dikenali, ianya dinamakan serangan jenayah .
Penderaan kanak-kanak berlaku di tempat yang tidak biasa bagi mereka. Kanak-kanak boleh didera di tempat umum.
Penderaan juga boleh berlaku pada tempat yang biasa mereka berada seperti rumah/taska.
Kadangkala perlakuan kanak-kanak itu sendiri yang mendorong mereka didera. Apa juga jenis penderaan adalah disebabkan oleh pendera itu sendiri bukan disebabkan oleh perlakuan kanak-kanak.
Kanak-kanak tidak pernah diminta untuk didera, dan mereka tidak patut didera.
Pendera kanak-kanak terdiri dari individu yang mempunyai masalah mental atau mereka yang berkhayal untuk menyakitkan kanak-kanak Tiada ciri yang khusus bagi seorang pendera kanak-kanak. Kebanyakan mereka adalah orang biasa yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat.
Masalah kesihatan mental tidak semestinya menjadi penyebab seseorang menjadi pendera.
Mangsa penderaan kanak-kanak kebanyakannya ialah perempuan. Kebanyakan kes penderaan yang dilaporkan adalah di kalangan perempuan.
Tanggapan dan stigma masyarakat menyebabkan kaum lelaki merasa malu jika kejadian penderaan diketahui umum.
Kanak-kanak kurang upaya bukan sasaran penderaan. Laporan statistik menunjukkan bahawa kes penderaan di kalangan kanak-kanak kurang upaya masih kurang (under-reporting).
Kanak-kanak ini tidak tahu penderaan itu salah, atau takut keselamatan mereka terancam kerana mereka terpaksa bergantung dari segi keperluan dan keselamatan .
Ia tidak dianggap penderaan kanak-kanak sekiranya perlakuan seks adalah di atas kerelaan. Kanak-kanak tidak boleh memberi kebenaran terhadap sebarang aktiviti seksual kerana bercanggah dengan undang-undang Malaysia (Akta Kanak-kanak 2001).
Ia tidak dianggap penderaan kanak-kanak sekiranya kanak-kanak tersebut memberi kebenaran atau menyatakan mereka layak dihukum/dipukul atas kesilapan mereka. Penderaan fizikal seperti memukul, tidak sepatutnya dilakukan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempercayai dan merasakan mereka layak didera.
Kanak-kanak ini akan menganggap menerima hakikat bahawa ini merupakan kebiasaan bagi mereka

 

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Siti Aishah Saidin
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Penderaan Fizikal

Berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan fizikal dari perlakuan (atau pengabaian) ibu bapa, penjaga atau mereka yang bertanggungjawab

Melaporkan Penderaan Kanak-Kanak

Sesiapa sahaja yang mengetahui, atau mengesyaki, mana-mana kanak-kanak dalam bahaya atau berisiko untuk di dera dan di abai perlu melaporkan kepada pegawai pelindung kanak-kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM) atau menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital yang berdekatan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,236,618

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia