A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Merokok Pasif

Pengenalan

Lukiskan kartun atau animasi untuk menggambarkan perokok pasif.

A berada dalam kumpulan rakan-rakan yang merokok. Dia kemudian menceritakan pengalamannya kepada B.

Remaja A: Sekarang saya bersama dengan rakan-rakan. Saya amat gembira kerana masih dapat berkawan dengan rakan-rakan yang merokok tetapi saya masih tidak menghisap rokok. Saya kasihan rakan-rakan saya. Mereka patut berhenti merokok kerana merokok amat berbahaya dan tidak baik untuk kesihatan.

Remaja B: Awak sepatutnya kasihan akan diri awak sendiri juga. Memandangkan awak bersama-sama dengan mereka ketika mereka merokok, itu bermakna secara tidak langsung awak adalah perokok pasif.

Remaja A: Terkejut dan tertanya-tanya. Perokok Pasif??!!

Apakah yang dimaksudkan dengan Perokok Pasif?

Orang yang merokok dianggap perokok aktif. Perokok Pasif ialah apabila seseorang yang tidak merokok menghidu atau menyedut asap rokok yang dihasilkan oleh perokok aktif tanpa disedari.

Adakah perokok pasif berbahaya? Bagaimana saya boleh terlibat?

Ya, awak terlibat!!

Apabila perokok aktif merokok, asap akan terhasil dari puntung rokok dan dilepaskan ke udara. Asap ini boleh berada di udara dalam tempoh masa dua jam atau lebih walaupun tingkap dibuka. Walaupun kita tidak melihat atau menghidu asap rokok tidak semestinya ia tiada lagi di kawasan itu.

Hal ini boleh terjadi di rumah, tempat kerja, kawasan awam, dan juga di dalam kereta. Tahukah anda tentang kandungan kimia yang terdapat di dalam sebatang rokok? Rokok mengandungi 7000 kimia termasuk kimia yang dikenali sebagai carcinogenic yang boleh menyebabkan kanser paru-paru. Diantaranya lagi ialah TAR aseton, asid asetik, ammonia, arsenik, benzena, butana, formaldehid, plumbum, nikotin dan banyak lagi. Jadi perokok pasif juga akan terdedah pada semua kimia merbahaya ini dan berisiko untuk menghidapi penyakit:-

  1. Kanser

    • Kanser Paru-paru

    • Kanser Buah Pinggang

    • Tumor Otak

    • Kanser Payudara

    • Kanser mulut, bibir dan pundi kencing termasuk kotak suara

    • Kanser Perut

    • Kanser Hati

    • Kanser Pankreas

  2. Penyakit hati

    • Serangan Jantung

    • Angina

    • Kegagalan Jantung

  3. Penyakit Pernafasan

    • Bronchitis

    • Emphysema

    • Pneumonia

    • Asma

  4. Masalah serebrovaskular (kerana saluran darah yang rosak ke otak)  

    • Demensia atau kealpaan

    • Strok

  5. Penyakit Kulit

  6. Alahan

  7. Hilang pendengaran

Jika ibu anda atau jika seseorang yang anda tahu hamil dan adalah perokok pasif, dia adalah berisiko:

  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat

  • Melahirkan anak tidak cukup bulan (melahirkan lebih awal dari tarikh sepatutnya)

  • Keguguran

  • Kelahiran mati

Adakah anda mempunyai bayi di rumah? Tahukah anda  kanak-kanak juga boleh menhadapi masalah jika mereka terdedah kepada asap rokok di rumah? Kanak-kanak berisiko untuk:-

  • SIDS (Sindrom kematian secara tiba-tiba)

  • Asma

  • Penyakit pernafasan seperti bronchitis, bronchiolitis dan radang paru-paru

  • Meningitis

  • Alahan, batuk dan selsema

  • Kesukaran pembelajaran, kelewatan tumbesaran dan masalah neurobehavioral

  • Jangkitan telinga (otitis media)

  • Mati pucuk

  • Tidak subur

Apa yang patut saya lakukan?

Perkara yang paling penting sekali ialah jangan mula merokok. Walau bagaimapun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

  • Jangan rapat dengan rakan-rakan yang merokok. Jadikan tempat anda berjumpa adalah tempat yang bebas dari asap rokok.

  • Nasihati rakan-rakan anda agar berhenti merokok.

  • Jadikan rumah anda sebagai kawasan yang bebas asap rokok.

Bagaimana untuk membantu rakan anda dan orang tersayang untuk berhenti merokok?

Kebanyakkan klinik kerajaan ada menyediakan perkhidmatan untuk perokok yang ingin berhenti merokok. Bawa mereka untuk mendaftar di mana-mana klinik berdekatan. Antara rawatan yang akan dijalankan adalah:-

  • Informasi yang lebih banyak tentang rokok

  • Kaunseling individu atau berkumpulan

  • Sokongan dan bantuan dari perokok yang berjaya berhenti merokok.

Setiap perokok yang ingin berhenti merokok akan dibekalkan beberapa alatan mengikut keperluan masing-masing

  1. Terapi Gantian Nikotin dalam bentuk

    • Patch

    • Gula-gula getah

    • Inhaler (tidak disediakan di hospital kerajaan)

  2. Ubat untuk berhenti merokok

    • Bupropion

    • Verenicline

Bagaimana pula merokok dari shisha, cerut, tembakau paip dan tembakau gulung?

Masalahnya tetap berpunca dari pembakaran tembakau. Walau bagaimana cara pun tembakau itu digunakan kesannya tetap sama.

Selamatkan diri anda dan keluarga. Jangan merokok dapat membantu keluarga kita hidup dalam keadaan yang bebas dari asap rokok setiap masa.

Last Reviewed : 16 June 2015
Writer : Dr. Salmah bt. Nordin
Translator : Dr. Norsiah binti Hj. Ali
Accreditor : Dr. Nik Rubiah binti Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Awas! Sinaran Matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan kulit terbakar (Sunburn), penuaan pra-matang, kanser kulit dan kerosakan mata akibat sinaran ultra violet (UV)

Voyeurisme

Apakah maksud “Voyeurisme”? Ini adalah salah satu contoh kelakuan seks

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,245,025

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia