A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Merokok dan Penyaman Udara

Merokok dan Penyaman Udara

Asap rokok merupakan salah satu punca bahan pencemar yang boleh menyumbang kepada Sick Building Syndrome (SBS). Terdapat 4 dari kalangan 10 orang di Malaysia yang bekerja di dalam bangunan terdedah kepada asap rokok basi.2 Asap rokok menghasilkan pencemaran udara dalaman yang tinggi dengan menghasilkan 300 jenis gas yang toksik.

Pengenalan

Umum mengetahui tentang bahaya merokok terhadap kesihatan tubuh badan. Rokok mengandungi beribu-ribu bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan penyakit kanser, ketagihan, keguguran janin, mati pucuk dan sebagainya. Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pindaan 2005 telah menggariskan peraturan kawasan larangan merokok dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh didenda maksimum tidak melebihi RM10,000.00 (sepuluh ribu ringgit) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. Premis berhawa dingin adalah salah satu tempat dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok.

Penyaman udara sering digunakan di pejabat mahupun di rumah kediaman. Fungsi utama penyaman udara adalah untuk menyamankan udara seterusnya memberi keselesaan kepada pengguna. Namun begitu, disebalik keselesaan tersebut, terdapat kesan mudarat kepada kesihatan sekiranya ia tidak diselenggara dengan baik. Pendedahan kepada persekitaran dalam bangunan yang tidak sihat dan berbahaya boleh menyebabkan pelbagai gejala tidak sihat dikenali sebagai ‘Sick Building Syndrome’(SBS). Terdapat beberapa kajian dijalankan menyatakan sindrom ini menyumbang kepada masalah kesihatan termasuklah sakit kepala, kerengsaan pada mata dan kulit dan kekejangan1.

Asap rokok merupakan salah satu punca bahan pencemar yang boleh menyumbang kepada SBS. Rajah 1 menerangkan bagaimana asap rokok boleh memberi kesan kepada kesihatan individu walaupun individu tersebut tidak merokok. Terdapat 4 dari kalangan 10 orang di Malaysia yang bekerja di dalam bangunan terdedah kepada asap rokok basi.2 Asap rokok menghasilkan pencemaran udara dalaman yang tinggi dengan menghasilkan 300 jenis gas yang toksik1.Keadaan bertambah buruk apabila asap rokok bercampur dengan bahan pencemar udara yang lain seperti dalam Jadual 1 yang boleh menjejaskan sistem pernafasan seterusnya mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan manusia. Dalam perkara ini, golongan sensitif seperti warga emas, kanak-kanak, perempuan mengandung dan mempunyai sistem imuniti yang rendah.

Definisi/Terminologi

Penyaman udara didefinisikan dengan sesuatu alat yang menyamankan (menyegarkan) udara ; alat yang mengawal kelembapan dan suhu di dalam sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dan sebagainya untuk menghasilkan udara yang kering, sejuk dan nyaman.

Perokok didefinisikan sebagai orang yang banyak atau kuat menghisap rokok (Kamus Dewan Edisi ke Empat).

Asap rokok sekunder/basi ialah asap yang terhasil daripada produk hasil tembakau seperti rokok, curut ataupun paip dimana asap tersebut dihembus keluar oleh seorang perokok. 4,5,6

Kesan merokok dalam bilik penyaman udara

  • Bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok boleh disebarkan melalui sistem peredaran udara dalaman, paru-paru dan salur darah.
  • Pendedahan asap rokok sekunder dari asap rokok dikalangan perokok, meskipun berada dibilik berasingan tetapi berkongsi sistem pengudaraan dalaman yang sama.
  • Keterukan kesan asap rokok yang disedut oleh individu yang tidak merokok lebih tinggi daripada perokok. 

Langkah Pencegahan

  • Alat penyaman udara perlu diselenggara secara berkala untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik
  • Tidak merokok dalam kawasan yang berhawa dingin.
  • Pastikan sesekali melakukan bukaan tingkap untuk membolehkan udara segar masuk  menggantikan udara dalaman untuk mengurangkan pengumpulan bahan pencemar udara dalaman.

1
Foto 1: Bagaimana asap rokok disedut, meskipun individu tidak merokok di tempat berhawa dingin
2
Foto 2: Contoh tanda larangan merokok di bangunan

Jadual 1. Jenis Bahan Pencemar

Bil

Jenis Bahan Pencemar

1

Sebatian Organik mudah meruap (Volitile Organic Compounds(VOCs) seperti benzene, toluene, choloroform, aseton, styrene dan ethylene oxide.

2

Bakteria seperti Anthrax, Brucellosis, Legionella sp. Pseudomonas sp., Streptococal pneumonia, Tuberculosis

3

Fungi seperti Blastomycosis, Candida sp.,Coccidioidomycosis, Histoplasmosis

4

Protozoa seperti Cryptosporidiosis, pneumocyctis, pneumonia

Sumber : Medical Laboratory Observer, 1996

Rujukan

  1. Morgan, M. T., Barnett, D. B., Carver, F. B., & Curtis, L. R. (1997). Environmental health. Morton.
  2. Malaysia Global Adult Tobacco Survey 2011 Fact Sheet (2011).
  3. U.S. Department of Health and Human Services. The Health Consequences of Smoking—50 Years of Progress: A Report of the Surgeon General. Atlanta: U.S. Department of Health and Human Services, Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion, Office on Smoking and Health, 2014 [accessed 2015 Aug 20].
  4. Institute of Medicine. Secondhand Smoke Exposure and Cardiovascular Effects: Making Sense of the Evidence [PDF–707.47 KB]. Washington: National Academy of Sciences, Institute of Medicine, 2009 [accessed 2015 Aug 20].
  5. National Toxicology Program. Report on Carcinogens, Thirteenth Edition. Research Triangle Park (NC): U.S. Department of Health and Human Services, Public Health Service, 2014 [accessed 2015 Aug 20].
  6. Yu, B. F., Hu, Z. B., Liu, M., Yang, H. L., Kong, Q. X., & Liu, Y. H. (2009). Review of research on air-conditioning systems and indoor air quality control for human health. International journal of refrigeration32(1), 3-20.
  7. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke Empat
Semakan Akhir : 7 November 2016
Penulis : Ummi Nadiah bt. Yusoff
Akreditor : Mohamad Ridzuan bin Mohd Salleh

 

Artikel Berkaitan

Apa itu kanser?

Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,209,601

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia