A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Keadaan Biasa
  6. /
  7. Petua Untuk Warga Emas...
  8. /
  9. Merancang untuk Bermusafir/Melancong? Apa...

Merancang untuk Bermusafir/Melancong? Apa yang perlu dibuat Semasa Bermusafir

Perancangan sempurna sebelum perjalanan akan memastikan anda lebih masa untuk menikmati aktiviti-aktiviti semasa melancong. Walau bagaimanapun, masih terdapat petua-petua yang mungkin berguna semasa anda sedang melancong.

Perancangan sempurna sebelum perjalanan akan memastikan anda lebih masa untuk menikmati aktiviti-aktiviti semasa melancong. Walau bagaimanapun, masih terdapat petua-petua yang mungkin berguna semasa anda sedang melancong.

Darah beku saluran darah vena

Darah beku disaluran darah vena (deep vein thrombosis, DVT) boleh berlaku di dalam saluran darah vena kaki. Faktor-faktor risiko adalah:

  • Penyakit jantung koronari,
  • Obesiti,
  • Berada dalam kedudukan duduk untuk masa yang lama.

Cara-cara mengurangkan risiko DVT semasa melancong untuk jarak jauh:

  • Elak daripada memakai pakaian ketat
  • Elak daripada merokok
  • Minum lebih air kecuali dihadkan oleh masalah perubatan anda. Elak daripada “kekeringan” air dalam badan.
  • Elak daripada minum minuman beralkohol
  • Berjalan-jalan di dalam penerbangan apabila keadaaan mengizinkan.
  • Bengkok dan luruskan pergelangan kaki dari semasa ke semasa ketika anda berada dalam posisi duduk.
  • Elak daripada bersilang kaki semasa duduk
  • Untuk sesetengah orang yang mempunyai risiko lain untuk DVT, anda digalakkan untuk memakai sarung kaki elastik khas, atau suntikan heparin semasa penerbangan. Dapatkan nasihat doktor anda.

Jangan mengambil risiko

Tidak semua aktiviti sesuai dengan semua orang. Sebagai contoh, sekiranya anda berada di dalam taman tema, sesetengah aktiviti tidak digalakan untuk orang yang mempunyai masalah jantung. Pastikan keperluan tahap kesihatan untuk setiap aktiviti sebelum anda mengambil bahagian. Jangan ambil sebarang risiko.

Jangan membeli dengan keterlaluan

Anda mungkin mempunyai banyak sanak-saudara dan kawan-kawan yang sedang menunggu untuk menerima cenderahati hati daripada anda semasa anda balik daripada melancong. Rancang dengan bijak apa yang anda ingin belikan.  Jangan meningkatkan berat bagasi dengan keterlaluan sekiranya anda tiada kaedah yang sesuai untuk membawa bagasi tersebut sepanjang perjalanan.

Jaga kesihatan dan keselamatan sendiri semasa musafir

  • Jangan terlibat dalam jadual perjalanan yang tidak membenarkan masa rehat yang secukupnya. Benarkan aktiviti-aktiviti ringan untuk hari pertama dan kedua untuk membenarkan badan kita menyesuaikan diri dengan pertukaran zon masa.
  • Pertukaran zon masa berbeza: kurang sekiranya anda terbang ke barat dan sebaliknya kalau anda terbang ke timur. Dapatkan nasihat agensi pelancongan.
  • Elakkan daripada “kekeringan” air dalam badan. Minum banyak air. Minum daripada air botol yang telah diproses sekiranya keselamatan dan kebersihan air di tempat anda melancong dikuatiri.
  • Elak daripada makan makanan buffet, makanan yang tidak dimasak, susu yang tidak dipastur untuk mengelak daripada keracunan makanan. Adalah juga dinasihatkan untuk mengelak daripada mengambil makanan daripada gerai-gerai di tepi jalan.
  • Elak daripada aktiviti seks yang tidak selamat. Bawa bersama kondom (sekiranya perlu).

Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan secara tetap

  • Ingat mengenai ubat-ubatan anda. Semasa melancong, anda tidak mengerjakan rutin harian seperti biasa, justeru itu, anda mungkin terlupa untuk mengambil ubat-ubatan anda. Anda mungkin berada di zon masa yang berlainan yang mengakibatkan masa makan serta masa tidur yang tidak menentu. Oleh itu, penggunaan kotak ubat yang diisikan ubat-ubatan yang perlu diambil mengikut masa dan hari, akan dapat membantu.   Peringatan secara bertulis atau elektronik juga dapat membantu.
  • Perhatian perlu diberikan kepada masalah hipoglisemia (kekurangan gula badan). Semasa melancong, anda mungkin perlu melakukan aktiviti fisikal yang lebih tinggi daripada biasa. Masa makan anda mungkin berubah. Anda berisiko mengalami masalah hipoglisemia sekiranya anda sedang mengambil ubat untuk diabetes. Pastikan anda membawa bersama gula-gula. Beritahu pemandu pelancongan atau kawan-kawan mengenai keadaan anda. Alat pemeriksaan gula sendiri dapat juga membantu.
  • Cirit-birit yang berlarutan lebih daripada satu hari mungkin mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan tertentu. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mengalami masalah cirit-birit yang berlarutan.
  • Elakkan daripada “kekeringan” air dalam badan. Terdapat ubat-ubatan yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna sekiranya badan anda tidak mempunyai kandungan air yang mencukupi dan sesetengah ubat boleh mendatangkan kemuduratan.  Minum banyak air.
  • Jangan simpan keseluruhan ubat-ubatan anda didalam satu bagasi. Sekiranya anda mengalami kehilangan satu bagasi, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai ubat yang disimpan di tempat lain untuk digunakan.

Petua-petua keselamatan untuk warga emas yang melancong

Warga emas mudah menjadi sasaran pencuri dan penjenayah. Berhati-hati dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

  • Elak daripada berjalan-jalan pada waktu malam, kecuali dalam kumpulan besar.
  • Elak daripada memakai alat perhiasan yang berlebih-lebihan atau mahal.
  • Bawa bersama maklumat kedutaan Malaysia setiap masa. Anda mungkin memerlukannya pada bila-bila masa sahaja..
  • Simpan sedikit wang di dalam dompet yang berlainan. Sekiranya anda menjadi sasaran pencuri, anda boleh menyerahkan dompet ini dan mengelak daripada kejadian buruk seterusnya.
  • Elak simpan semua wang di dalam satu beg. Sekiranya beg itu dicuri, anda masih mempunyai wang yang disimpan di tempat lain.
  • Letakkan benda berharga (seperti cek pelancong dan kad kredit) di dalam tali pinggang yang dipakai di sebelah dalam pakaian dan bersentuhan dengan kulit anda.

Rujukan

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Cheah Wee Kooi
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,284,454

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia