Home > Laman Utama > Menyimpan Makanan Siap di Masak Secara Selamat

Menyimpan Makanan Siap di Masak Secara Selamat

Download:

 

Bagi ibu-ibu yang bekerja, memasak makanan dan menyimpan di dalam peti sejuk adalah salah satu cara yang digunakan bagi menyediakan makanan untuk keluarga. Ada sesetengahnya mungkin menyediakan makanan pada malam hari, untuk di makan keesokannya. Manakala, ada pula yang menyimpan lebihan makanan malam untuk dimakan esok hari.

Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ikuti untuk memastikan makanan yang di simpan selamat untuk di makan

  1. Pastikan anda sejukkan dahulu makanan yang hendak disimpan sebaik-baiknya dalam masa 1-2 jam selepas dimasak. Adalah tidak selamat untuk menyimpan makanan yang belum sejuk di dalam peti sejuk
  2. Letakkan makanan yang hendak disimpan itu kedalam bekas yang bersesuaian untuk penyimpanan. Pastikan suhu peti sejuk (chiller) tempat penyimpanan itu diantara 0-5 °C.
  3. Pastikan anda melabelkan bekas makanan dengan tarikh dan kemudian simpan di dalam peti sejuk dan pastikan ianya dimakan dalam masa 3 – 4 hari.
  4. Pastikan makanan yang dimasak disimpan berasingan dengan makanan mentah. Ini adalah untuk mengelakkan pencemaran silang.

Makanan yang disimpan di dalam ruang sejuk beku akan tahan lebih lama. Ianya boleh disimpan di dalam pek yang kedap udara berserta label yang ada tarikh ianya disimpan. Jangan penuhkan peti sejuk kerana ini boleh menghalang daripada udara sejuk mengalir sekitarnya. Penyimpanan makanan yang betul akan memastikan yang makanan anda dalam keadaan yang baik dan bebas daripada bakteria.

Panaskan makanan yang telah dimasak pada suhu sekurang-kurangnya 70°C untuk memastikan yang bakteria dihapuskan.

Sentiasa pastikan peti sejuk anda kemas dan bersih. Buang mana-mana makanan yang telah disimpan lama mangikut arahan ”pertama masuk, pertama keluar dan tamat tarikh luputnya” dan ingat, jika anda berasa ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu makanan, terus buangkan

M
Masalah Tingkah Laku Remaja

Memberus Gigi

Memfloss Gigi

Menangani Kemarahan

Mengelak Kecederaan Di Rumah

Menghargai Anak

Menyelamatkan Gigi Kekal Yang Tercabut

Menyimpan Makanan Siap di Masak Secara Selamat

Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid Malaysia

Merokok

Media Sosial: Gara – Gara Media Sosial