Home > Bayi & Kanak-Kanak > Menangani masalah penulisan kanak-kanak dengan alat bantuan menulis

Menangani masalah penulisan kanak-kanak dengan alat bantuan menulis

Cara memegang pensel adalah merupakan salah satu dari kompenan perkembangan kanak kanak dan ia boleh berbeza mengikut budaya (Tseng,1998). Kanak kanak mula memegang pensel dengan menggunakan genggaman primitif dan genggaman ini akan semakin matang mengikut perkembangan umur. ( lihat Rajah 1)

Rajah 1

Berikut adalah faktor yang boleh menyebabkan kanak kanak mempunyai kesukaran untuk memegang pensel mengikut perkembangan umur:

  1. Tonus otot yang lemah – masalah dalam skil motor halus dan koordinasi
  2. Masalah mengawal pergerakan di bahu – sukar untuk melukis garis panjang dan menulis
  3. Masalah postur badan – tidak dapat duduk tegak dan stabil
  4. Masalah dalam skill grafik – melukis garis tegak, mendatar dan lengkuk . Skill ini perlu untuk menulis abjad
  5. Masalah kurang tumpuan – tidak dapa memberi tumpuan semasa proses belajar terutama menulis
  6. Kurang latihan menulis – menulis dengan saiz besar , tidak kemas

Alat bantuan menulis untuk membantu kanak-kanak memegang pensel

Sekiranya anak anda memegang pensel dengan cara yang tidak betul dan memberi kesan pada tulisannya, dengan “hanya mengingatkan pegang pensel dengan cara yang betul” tidak akan membantunya dalam penulisannya. Apa yang anak itu perlukan adalah alat bantuan menulis. Berikut adalah beberapa alat bantuan menulis yang boleh membantu anak anda dalam penulisan.

  1. Merangsang Genggaman Tripod: Boleh guna alat bantuan pemenggang Stetro dan pensel segitiga / pemegang segitiga.

  2. Otot tangan yang cepat letih atau stres semasa menulis – guna alat bantuan pemegang yang besar.

  3. Untuk membengkokkan jari-jari – galakkan memegang objek kecil seperti pemadam dengan menggunakan jari cincin dan jari manis, ia akan memudahkan pergerakan pensel untuk menulis.

  4. Kanak-kanak masalah tonus otot yang lemah akan memegang pensel di antara celah jari telunjuk dan jari tengah. Dalam kes begini, adanya alat bantuan untuk membantu ibu jari memegang pensil, ia akan memudahkan memegang pensel dan penulisan.

  5. Memegang pensel dengan stabil boleh menggunakan splin cincin, dan splin neoprena (Benbow, 1995).

  6. Untuk menggalakkan memegang pensel secara relaks dan codong, boleh gunakan alat bantuan sling band getah.

Rujukan

  1. Pre-writing and Hand Writing Skills,Occupational Therapy for Children, fifth edition, Jane Case-Smith,587-610
  2. Tseng,M.H.(1998).Development of pencil grip position in preschool children. Occupational Therapy Journal of Research, 18, 207-224
  3. Amundson,S.J.(1995).Evaluation tool of children’s handwriting. Homer, AK:O.T.KIDS
  4. Benbow,M.(1995).Principle and practices of teaching handwriting. In A. Henderson & C. Pehoski(Eds), Hand function in the child: Foundation for remediation
Semakan Akhir : 30 April 2018 
Penulis : Shahirah binti Md Rashid
Akreditor : Peremalatha A/P Sundram