A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mental Resilensi

Mental Resilensi membawa pengertian ketahanan mental atau dalam erti kata lain penerimaan seseorang itu menerima segala tekanan dan ancaman yang mempengaruhi kestabilan emosi.

Pendahuluan

Kehidupan manusia di alam dunia ini sungguh menarik dan mencabar. Pelbagai tempat dan khazanah alam masih belum diterokai oleh manusia. Namun di sebalik menikmati keindahan yang ada, adalah menjadi peraturanalam, manusia akan diuji dengan peristiwa – peristiwa yang menjadikannnya ia pahit, masa, duka, dan tangisan air mata.  Bak kata pepatah Melayu “Ku sangkakan panas hingga ke petang namun rupa-rupanya hujan ke tengahari”. Sebenarnya cara kita berfikir akan menentukan tindakan yang akan dilakukan. Pakar Psikologi seperti Albert Ellis menyatakan bahawa manusia akan kelihatan lemah dan tidak berdaya kerana manusia sering berfikir secara tidak rasional dalam pemikiran mereka.

Definisi

Mental Resilensi membawa pengertian ketahanan mental atau dalam erti kata lain penerimaan seseorang itu menerima segala tekanan dan ancaman yang mempengaruhi kestabilan emosi. Richardson (1990) menyatakan bahawa mental resilensi sebagai proses individu yang mengalami cabaran hidup sehingga menyebabkab berlakunya tekanan dan gangguan sehingga individu berjaya meningkatkan kemahiran dalam menguruskan tekanan.

Sumber: Google

Isu – Isu Yang Membawa ke Isu Kesihatan Mental

  1. Masalah Pendidikan/ Pembelajaran
  2. Masalah Kesihatan/ Makanan
  3. Masalah Kekeluargaan/ Keibubapaan
  4. Masalah Kewangan / Muflis/ Hutang
  5. Masalah Organisasi/ Pekerjaan
  6. Masalah Hubungan pesahabatan/ pengkhianatan
  7. Masalah kebejatan sosial
  8. Lain – Lain

Jenis pemikiran Tidak Rasional

Pemikiran Tidak Rasional

Pemikiran Rasional

 

Saya mesti kompeten dengan segala tugasan dan jika saya tidak kompeten, saya tidak akan berjaya

Saya akan kompeten dengan perkara yang saya tahu dan saya tidak perlu tahu segala perkara untuk saya kompeten. Kekuatan saya adalah kepada apa yang saya tahu bukan perkara yang saya tidak tahu.

 

Saya tidak boleh mengawal emosi saya

Emosi dalam diri adalah kawalan sendiri.  Jika saya tidak dapat mengawal emosi, saya akan belajar untuk mengawal dan memahami perasaan saya. 

 

Saya tidak boleh melakukan kesilapan jika tidak saya akan kelihatan gagal

Kesilapan bukanlah suatu pilihan yamg saya pilih.  Selepas melakukan kesilapan ini saya belajar untuk memperbaikinya lagi dan saya akan menjadi yang terbaik

 

Saya akan gembira jika orang lain suka kepada saya

Saya gembira kerana saya memilih untuk gembira. Kebahagian saya akan peroleh tanpa syarat

 

Jika ada orang mengkritik saya bermakna ada sesuatu yang orang tidak suka saya

Kritikan orang lain terhadap saya bukan bermakna orang itu tidak suka tetapi orang itu mempunyai pemikiran yang berbeza daripada saya.

 

Jika saya melakukan sesuatu dengan sendirian saya akan diangap sebagai orang yang mementingkan diri sendiri

Saya perlu  bekerja sendirian untuk memberi penumpuan kepada kekuatan diri sendiri dan saya tidak mahu membazir masa apabila dalam aktiviti berkumpulan

 

Saya tidak boleh mengambil risiko untuk kelihatan berjaya

Saya sedar orang – orang berjaya di luar sana sentiasa mempunyai risiko untuk mendapatkan kejayaan dan saya perlu bersedia untuk menerima risiko bagi mencapai kejayaan sebenar.

Amalan untuk mendapat tahap kesihatan Mental yang berkualiti:

    1. Pembelajaran Berterusan

      Menurut Albert bandura (1996) individu dikatakan dapat memahami diri dan boleh memberikan sesuatu jangkaan masa hadapan melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki.  Ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan mental akan memberikan kedaran dan pemahaman serta akan mempengaruhu gaya bertindak individu dalam menghadapai sesuatu konflik atau bencana pada masa hadapan.

    2. Amalan Pemakanan yang seimbang

      Otak yang cerdas datang dari badan yang cergas. Bagi mendapatkan kedua – dua nikmat itu, makanan yang seimbang dan berkualiti adalah merupakan satu keutamaan. Dewasa ini, kita sering mendengar rakyat kita diancam dengan penyakit – penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, serangan jantung, kanser dan lain – lain. Salah satu punca penyakit kronik berlaku adalah kerana  pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti pengambilan gula yang berlebihan, garam berlebihan dan kolestrol berlebihan.

    3. Amalan Bersukan

      Aktiviti bersukan boleh membantu untuk meningkatkan kadar oksigen dalam badan.  Melalui aktivi sukan segala toksin dalan badan akan dapat dikeluarkan melalui sistem perpeluhan dan perkumuhan.  Peningkatan kadar oksigen dalam tubuh akan mengalir ke otak dan otak akan dapat menghasilkan sesuatu daya tindak berfikir yang lebih baik dan sihat. Aktiviti bersukan juga boleh membina otot – otot dan menjadikan bentuk tubuh badan menjadi lebih menarik. Melalu bentuk tubuh badan yang menarik akan meningkatkan self-esteem dalam diri kita.

    4. Percutian

      Percutian di tempat – tempat yang menarik boleh membantu individu untuk mendapatkan ketenangan seterusnya memberi perspektif baru dalam pemikiran berkaitan kehidupan.  Tempat-tempat yang dilawati boleh jadi memberikan kita keinsafan dan kesedaran andainya tempat tersebut adalah kawasan kemiskinan atau manga bencana baik peperangan mahupun bencana alam.

Rumusan

Kesihatan mental merupakan aspek penting yang perlu dijaga oleh setiap individu. Individu normal yang memiliki kesihatan mental yang sihat akan dilihat sebagai individu uang sangat tabah, sabar dan tenang.  Individu akan memiliki Mental Resilensi apabila sistem kepercayaan dan pemikiran boleh mengawal dirinyai untuk berfikiran secara rasional. Pemikiran tidak rasional adalah punca individu mengalami tekanan emosi dan gangguan perasaan.

Sikap untuk terus belajar berkaitan ilmu kesihatan mental sangat membantu untuk individu menangani cabaran, tekanan emosi dan gangguan perasaan.  Merujuk hadis Rasulullah saw. “Sesiapa yang ingin memiliki kehiudpan di dunia dan akhirat hendaklah memiliki ilmu pengetahuan”. Justeru itu, kita perlu sentiasa meneruskan pencarian ilmu berkaitan dengan pengurusan kehidupan.

Penjagaan kesihatan adalah sangat penting dalam kehidupan.  Amalan pemakanan yang tidak seimbang dan tanpa kawalan akan menjerumuskan diri kita kepada kemerosotan dalam kesihatan tubuh badan.  Penjagaan kesihatan melalui aktiviti bersukan sangat membantu individu untuk mendapat kesihatan tubuh badan yang berterusan. Akhirnya, perancangan wang untuk percutian boleh dilakukan untuk memberikan perspektif baharu dalam kehidupan. Bak kata pepatah Melayu “ Luas perjalanan, maka luaslah ilmu pengetahuan”. Semoga kita sama-sama menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan secara berterusan.   

Rujukan:

1

Armstrong, S. & Oomen-Early, J. (2009). Social connectedness, self-esteem, and depression symptomatology among collegiate athletes versus nonathletes. Journal of American College Health, 57(5), 521-526.

2

Beck, A.T. & Steer, R.A. (1984). Internal consistencies of the original and revised Beck Depression Inventory. Journal of Clinical Psychology, 40(6),1365-1367.

3

Carver, C. S., Scheier, M. F., & Weintraub, J. K. (1989). Assessing coping strategies: A theoretically based approach. Journal of Personality and Social Psychology, 56,

4

https://go.sdsu.edu/education/doc/files/01370-ResiliencyLiteratureReview(SDSU).pdf”>https://go.sdsu.edu/education/doc/files/01370-ResiliencyLiteratureReview(SDSU).pdf

5

http://www.inc.com/lolly-daskal/12-irrational-thoughts-rational-people-often-think.html

 

Semakan Akhir : 15 Ogos 2017
Penulis : En. Mohd Taufiq b. Mahmud
Akreditor : Hj. Hairol Kamal b. Abd. Rahman

Artikel Berkaitan

Kemurungan (Dewasa)

Pengenalan Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang

Keresahan

Pengenalan “Saya berasa takut padahal tidak ada apa yang saya

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,320,765

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia