Menjalinkan Persahabatan

Siapakah kawan?

Kawan ialah orang yang boleh anda harapkan seperti:

  • Menemani anda semasa anda keseorangan
  • Boleh berkongsi minat dan pengalaman bersama anda
  • Membantu agar anda merasa senang dan terhibur
  • Bersama menemani anda untuk bergembira di sebarang majlis keramaian
  • Bersedia menemani anda untuk aktiviti sosial seperti makan, menonton atau bersantai
  • Dapat memberikan sokongan emosi yang diperlukan menjadi pendengar yang baik, mempunyai rasa simpati, memberi keyakinan, nasihat, cadangan dan sentiasa memberi galakkan serta mengambil berat tentang diri anda
  • Bersedia untuk memberi anda pengetahuan atau peristiwa-peristiwa terkini
  • Bersedia membantu anda bila masa sahaja yang diperlukan
  • Dapat memberikan perasaan diri anda dipunyai dan diperlukan dalam sesuatu kumpulan sosial

Bagaimana saya hendak memilih kawan?

Anda mungkin mempunyai alasan tersendiri dalam memilih kawan. Oleh itu pilihlah kawan berdasarkan alasan anda itu.

Bagaimana cara saya hendak memulakan persahabatan?

  • Mulakan perkenalan dan cuba kenali mereka
  • Tegur dan beri salam serta perkenalkan diri anda
  • Bertanyakan soalan tentang diri mereka (Contoh: datang dari mana, apa kegemaran mereka)
  • Dengar penjelasan mereka dengan penuh minat
  • Cuba cari sesuatu topik biasa untuk dibualkan atau ajak mereka bermain bersama anda

Jika kita menunjukkan minat untuk mendekati seseorang, mereka akan rasa diperlukan. Walau bagaimanapun elakkan meminta informasi yang mungkin agak personal yang mereka enggan beritahu anda. Hormati keputusan atau tindakan mereka yang enggan memberitahu anda mengenai sesuatu perkara. Jangan memaksa.

Apakah halangan dalam menjalinkan persahabatan?

  • Melabelkan orang lain dengan nama yang negatif.
  • Suka bertekak dan cepat memberi kata putus
  • Tidak bersetuju dengan pendapat orang lain walaupun diri sendiri tidak mempunyai idea
  • Berlagak dan sentiasa mengarah setiap masa
  • Bercerita tentang diri sendiri sahaja setiap masa
  • Suka mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain
  • Bersikap negatif dan suka menyindir
  • Bersikap kejam terhadap orang lain
  • Suka menunjuk-nunjuk dan bercakap besar
  • Suka buli orang dan memaksa orang lain melakukan sesuatu yang tidak disukainya
  • Bercakap bohong atau penipu

Apa akan terjadi jika saya tidak berkawan?

  • Anda akan merasa keseorangan dan kesunyian
  • Kurang mendapat bantuan semasa anda memerlukannya
  • Kurang mendapat sokongan emosi semasa ketiadaan ibu bapa atau penjaga di sisi
  • Kurang atau tiada kawan untuk menemani anda untuk bermain atau bersiar-siar

Apa yang perlu saya lakukan jika saya disisihkan oleh kawan?

Kadang-kadang orang tidak berminat untuk berkawan dengan anda. Mereka akan memberitahu anda secara lembut atau kasar. Tidak mengapa walaupun anda rasa tersinggung, sedih atau marah. Cara untuk mengatasi masalah tersebut:

  1. Cuba fikirkan apa yang perlu anda lakukan untuk anda menjadi kawannya
  2. Seandainya anda tidak mahu berkawan dengannya, pastikan anda tidak memusuhinya

Berkatalah pada diri anda sendiri:

  • “Saya tidak suka disisihkan tetapi, saya dapat mengatasinya.”
  • “Tidak mengapa, saya boleh menjalinkan persahabatan dengan orang lain.”
  • “Saya tidak suka merasai seperti tidak diperlukan, tetapi saya seorang yang baik dan pasti saya akan dapat mendapat kawan baru.”
  • “Saya tidak menyukai sikapnya yang kasar, tetapi itu masalahnya. Saya tidak perlu hiraukan.”
  • “Keadaan ini teruk, tetapi saya boleh mengatasinya”

Bagaimanakah perasaan jika saya tidak diterima sebagai kawan?

Mereka yang tidak diterima sebagai kawan akan merasa atau memikirkan:

  • “Apakah saya ini tidak berguna sehingga orang enggan berkawan dengan saya?”
  • “Saya sudah pun berlembut dengan sikapnya yang bongkak. Saya tidak suka padanya!”
  • “Dia tidak berminat untuk berkawan dengan saya, mungkin saya ini membosankan”
  • “Saya diperlakukan seperti orang bodoh, dengan diperbodohkan saya, dia fikir dia siapa?!”

Perasaan negatif ini memang sepatutnya membuat anda marah. Ia tidak akan membantu anda dengan berfikiran sedemikian malah akan membuatkan anda rasa sinikal . Cuba cari jalan lain yang lebih positif dan lakukan sesuatu yang lebih baik supaya anda rasa lebih selesa.

Di manakah saya boleh mendapatkan kawan?

  • Sekolah
  • Jiran tetangga
  • Balai Rakyat/ Pusat Komuniti
  • Kelab sukan
  • Pusat membeli belah
  • Tempat-tempat ibadat (seperti – masjid, gereja, kuil)
  • Berkhemah
  • Taman Rekreasi
  • Perhimpunan sosial – contoh: rumah terbuka, majlis jamuan, jogathon dan sebagainya
  • Internet – melalui “chat” atau email
  • Pada dasarnya di mana sahaja

  

Bagaimana saya akan menjalinkan persahabatan melalui Internet?

  • Banyak laman-laman Web boleh didapati (contoh: www.friendster.com, www.hi5.com, www.multiply.com) yang membolehkan anda berhubung dengan orang di seluruh dunia. Anda hanya perlu lengkapkan biodata dan carilah kawan yang sesuai yang mempunyai hobi atau minat yang sama dengan anda. Hubungi dan tawarkan diri anda untuk menjadi kawan mereka
  • Terdapat data dalam Internet (Internet diaries) yang boleh dijadikan panduan laman web. Anda boleh dapatkan biodata dan memilih kawan yang bersesuaian dengan anda
  • “Chat-rooms” juga ada disediakan. Melalui -mail anda boleh berbual secara “on- line” dengan orang luar yang telah berdaftar dengan pembekal email yang sama (contoh: www.yahoo.com, www.hotmail.com, www.icq.com)

Apa persediaan diri yang diperlukan sebelum saya menjalinkan persahabatan?

Anda mungkin memikirkan mengenai:

  • Bagaimanakah kawan yang saya inginkan?
  • Di manakah boleh saya bertemu mereka?
  • Apa yang akan saya bualkan dengan mereka?
  • Apa yang perlu saya katakan atau lakukan supaya mereka menjadi kawan saya?
  • Apakah akan saya lakukan jika saya tidak diterima sebagai kawannya?

Berlatih dengan seseorang yang boleh anda percayai. Jika cara yang anda lakukan tidak sukses (berjaya), tukar dan cuba dengan cara yang lain pula.

Apakah OK jika mengalami perasaan gementar semasa menjalinkan persahabatan?

Perasaan gementar kadang-kadang dapat dirasai apabila bertemu orang walau kawan biasa tambahan pula dengan orang baru, terutama yang anda minati . Itu adalah perkara biasa. Lama kelamaan keadaan akan kembali seperti biasa selepas anda melaluinya dalam beberapa waktu.

Saya pemalu, Tidak suka mulakan perkenalan. Apa yang harus saya lakukan?

Ramai orang yang pemalu. Mereka lebih suka ditegur atau disapa terlebih dahulu. Anda masih boleh meneruskan persahabatan secara begini, tetapi anda akan dapat lebih ramai kawan jika anda yang memulakan dahulu perkenalan. Cuba mulakan langkah pertama dan membiasakannya. Perasaan malu akan berkurangan dan hilang. Jika perlu mintalah bantuan.

Kepada siapakah yang saya boleh minta bantuan?

  • Keluarga
  • Kawan-kawan
  • Guru
  • Kaunselor
  • Psikologi
  • Guru yang mengajar ilmu kebatinan

Capaian berkaitan:

  • Ketegasan
  • Kemahiran berkomunikasi
  • Membuat keputusan
  • Fahami personaliti anda
  • Kemahiran berunding
  • Pemikiran positif
  • Penyelesaian masalah
  • Ketenangan
  • Pengurusan stres
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon
Penyemak : Pn. Fariz Sakina Bt. Abdullah