A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Menjadi Popular & Disukai Ramai

Pengenalan

Kebanyakan remaja ingin disukai ramai dan diterima oleh rakan sebaya.  Menjadi popular merupakan sebahagian yang penting daripada kehidupan seseorang remaja. Remaja menjadi popular kerana pelbagai sebab. Ada di kalangan  remaja yang menjadi popular kerana rupa paras mereka, ada yang menjadi popular kerana berjaya di bidang sukan, manakala ada yang menjadi popular kerana berjaya dari segi akademik. Namun begitu, ada yang menjadi popular atas sebab yang tidak baik seperti menjadi pembuli di sekolah dan juga tingkahlaku berisiko tinggi yang lain sepertimenjadi mat atau minah rempit, merokok dan sebagainya. Sungguhpun begitu, remaja biasanya akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi popular. Ini menyebabkan mereka kadang-kala melakukan sesuatu yang merbahaya untuk menonjolkan diri sendiri.

Saya tidak popular!

Golongan remaja sering menghadapi tekanan yang tinggi untuk menjadi popular terutamanya bagi remaja yang berada di sekolah menengah.Mereka dihujani oleh gambar-gambar dari pihak media – model-model yang cantik, yang aktif bersukan, model-model yang ‘sempurna’ dan sebagainya. Anda mesti ingat bahawa setiap daripada kita mempunyai kekuatan yang berbeza dan unik  dalam diri masing-masing. Mungkin bukan semua dikalangan kita yang handal di bidang sukan atau cantik paras rupa. Namun begitu anda mungkin popular kerana anda pandai berbahas dan bercakap dihadapan khalayak ramai, atau anda mungkin seorang ketua pelajar yang berkaliber, atau anda merupakan seorang yang pandai mendengar masalah orang lain. Cuba pastikan apakah kekuatan yang ada dalam diri anda, dan cubalah untuk berkawan sesama rakan sebaya anda. Janganlah berputus asa dan melakukan perbuatan-perbuatan yang berisiko tinggi seperti bertindak ganas dan membuli orang lain, ataupun merokok untuk menarik perhatian rakan sebaya yang lain.

Bagaimana untuk menangani tekanan daripada rakan sebaya untuk menjadi popular

Kadangkala ada di kalangan kawan-kawan anda yang mencabar anda untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pertimbangan waras anda seperti untuk mencuri barangan di kedai ataupun untuk merokok.

Anda mungkin merasa tertekan untuk menyahut cabaran-cabaran kawan anda ini untuk merasai diri diterima oleh kumpulan tersebut. TETAPI BERHENTI seketika, dan lakukan seperti yang berikut:

  • Peka dan dengarlah suara hati anda.
  • Terangkan kepada kawan anda bahawa anda tidak berasa selesa untuk melakukan perbuatan yang disuruh.
  • Berilah apa-apa alasan dan tinggalkan situasi tersebut. Tinggalkan kawan-kawan tersebut buat masa yang sesuai sehingga situasi tersebut reda.

Bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika anda merasa sedih kerana tidak menjadi popular

  • Cuba luahkan perasaan anda kepada ibubapa anda, mereka akan memberi sokongan emosi kepada anda
  • Beritahu masalah anda kepada kaunselor sekolah anda ataupun mana-mana guru yang rapat dengan anda yang boleh membantu.

 

 

Last Reviewed : 22 December 2014
Writer : Datin Dr. Sheila Marimuthu
Translator : Dr. Nazrila Hairin bte. Nasir
Accreditor : Dr. Norizzati Bukhary bte. Ismail Bukhary

 

Artikel Berkaitan

Buli Siber

Apakah buli siber? Buli siber adalah satu kejadian yang biasa

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,083,695

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia