A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mengurus Krisis Peribadi

Krisis peribadi merupakan masalah yang dihadapi oleh seseorang pada bila-bila masa sahaja yang boleh mengganggu fikiran seseorang.

Pendahuluan

Krisis peribadi merupakan masalah yang dihadapi oleh seseorang pada bila-bila masa sahaja yang boleh mengganggu fikiran seseorang. Ia boleh menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melaksanakan tugas harian seperti biasa. Contoh-contoh masalah yang boleh dianggap sebagai krisis peribadi dan boleh menjejaskan tugas harian adalah seperti kehilangan barang, binatang peliharaan atau orang yang disayangi, pergaduhan atau berlakunya konflik di antara ahli keluarga atau dengan orang lain.

Sumber: Google Image

Definisi masalah

Masalah adalah keadaan di mana perkara yang berlaku tidak seperti mana yang kita inginkan.

Definisi skil penyelesaian masalah

Skil untuk melakukan perubahan untuk mendapat perkara atau keadaan yang diingini:

  1. Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti dengan istilah membuat keputusan
  2. Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah
  3. Bagi menyelesaikan masalah, seseorang perlu memutuskan apa yang perlu dilakukan dan seterusnya melakukannya

Kebaikan skil penyelesaian masalah yang baik

  1. Dapat mengenalpasti dan memberi prioriti kepada setiap masalah
  2. Mengurangkan tekanan
  3. Mengetahui cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah dengan hasil yang lebih baik
  4. Dapat mengurangkan pembaziran seperti masa, tenaga kerja dan kewangan

Cadangan cara menguruskan krisis peribadi agar kekal produktif.

Penyelesaian krisis peribadi dengan menggunakan kaedah IDEAL

Tanya diri sendiri dan tanya orang lain:

  1. I = Kenalpasti (Identify) apa masalah / penyebab:
    • Apa sebenar yang terjadi?
    • Siapakah yang terlibat?
    • Apakah elemen-elemen masalah?
    • Bilakah perkara itu terjadi?
    • Dimanakah perkara itu terjadi?
  1. D = Huraikan (Describe) – pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah
  2. E =Membuat Penilaian (Evaluate) -akibat yang akan berlaku daripada setiap pilihan itu (kebaikan dan keburukan)
  3. A = Bertindak (Act) – pilihlah satu pilihan yang boleh dilakukan tindakan
  4. L = Belajarlah (Learn) – kaji semula sama ada tindakan yang baik telah dilakukan.
  5. Kaedah D.E.A.L– juga boleh digunakan untuk proses membuat keputusan yang tepat.

Tips untuk membuat keputusan yang tepat

  1. Fikirkan siapa yang akan terlibat di atas keputusan yang akan dibuat dan libatkan mereka dari awal lagi (contoh melibatkan ibubapa atau orang yang anda boleh berbincang dan percaya)
  2. Tulis dan catat proses membuat keputusan itu di atas kertas, supaya pertimbangan dan analisa boleh dibuat ke atas semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan dan juga sebagai bahan rujukan pada masa hadapan.
  3. Tuliskan kebaikan dan keburukan setiap satu pilihan kerana ianya dapat membantu
  4. Percaya kepada diri anda sendiri untuk membuat keputusan dan sedarilah bahawa anda tidak akan boleh menjamin yang keputusan anda itu sentiasa tepat
  5. Sebaik sahaja keputusan telah dibuat jangan pandang ke belakang lagi. Tumpukan perhatian ke arah langkah seterusnya. Janganlah menyesali keputusan anda. Ia adalah tindakan yang betul pada masa tersebut
  6. Elakkan membuat keputusan secara terburu-buru. Anda tidak perlu membuat keputusan sekiranya anda tidak mempunyai cukup maklumat

Komplikasi

Sekiranya krisis peribadi tidak diuruskan dengan baik anda boleh mengalami masalah resah dan stres. Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri anda. Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:

  1. Mudah keletihan dan cepat penat
  2. Kekecewaan
  3. Hilang semangat (“burn out”)

Pencegahan

 Apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan krisis peribadi yang boleh mengakibatkan keresahan dan stres?

  1. Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami krisis peribadi dan mengakibatkan anda resah dan stress
  2. Anda perlu kenalpasti punca yang menyebabkan anda resah dan stress
  3. Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan resah dan stres.
  4. Sekiranya tiada perubahan dalam masalah resah dan stres yang anda hadapi selepas satu minggu anda amalkan teknik dan pengurusan yang disarankan ini, berjumpalah dengan doktor dan dapatkan bantuan mereka

Rujukan:

  1. Kesihatan Mental – www.myhealth.gov.my
Semakan Akhir : 19 Oktober 2017
Penterjemah : Dr. Norizzati Bukhary Bt. Ismail Bukhary
Akreditor : Dr. Zienna Zufida Bt. Zainol Rashid

Artikel Berkaitan

Menghadapi Kematian: Kanser

Pemahaman, pendapat dan kerisauan orang dewasa akan mempengaruhi bagaimana remaja ‘melihat’ kematian. Kepercayaan budaya dan masyarakat terhadap kematian juga mempengaruhi bagaimana memahami kematian

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,114,299

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia