A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mengharungi Zaman Persekolahan

Belum terlambat untuk menjadi seorang pelajar yang baik.

Jika anda berusaha untuk membuat beberapa perubahan dalam hidup anda, anda akan menjadi pelajar terbaik dengan inisiatif diri sendiri!

Jika anda akan memulakan penggal baru persekolahan, dan mahu menjadi yang terbaik di kalangan rakan-rakan anda, baca dan hayati panduan mengharungi zaman persekolahan ini dan mula buat beberapa perubahan dalam rutin harian anda.

Fakta tentang keciciran persekolahan

Pelajar yang keciciran persekolahan mempunyai masa yang lebih sukar mencari dan mengekalkan pekerjaan :

  • 50% daripada pelajar yang keciciran adalah penganggur.
  • Pelajar yang keciciran sering dilabel sebagai orang yang gagal menyiapkan tugasan.
  • Pelajar yang keciciran sering bertukar kerja dan tidak membina kerjaya.
  • Pelajar yang keciciran biasanya tidak dipertimbang untuk pekerjaan yang bergaji lumayan, walaupun mereka layak.

Terdapat banyak cabaran di sekolah

Empat cabaran utama adalah :

  • “Saya tertekan!”.
  • “Terlalu banyak yang perlu dilakukan dan saya tidak cukup masa!”.
  • “Saya tidak peduli!”.
  • “Saya tidak bagus!”.

Anda boleh mengendalikan cabaran-cabaran tersebut dengan terus melayari panduan berikut:

  • “Saya tertekan!”
    • Hakikatnya ialah … STRES tidak akan hilang walaupun selepas anda tamat sekolah.
    • Selepas persekolahan, kita akan mendapat tekanan berkaitan bil, anak-anak, kerja, bos dan ipar-duai.
    • JANGAN lari daripada tekanan!
    • Belajar cara untuk berurusan dengan tekanan. Bagaimana? Pengurusan Tekanan.
  • “Terlalu banyak yang perlu dilakukan dan saya tidak cukup masa!”
    Adakah anda menghabiskan terlalu banyak masa pada perkara-perkara yang tidak penting? Anda mungkin seorang yang suka bertangguh jika anda :

    • Terdorong untuk membersihkan bilik sebelum anda mula mentelaah.
    • Menulis ayat atau perenggan pertama berkali-kali.
    • Memakan snek sebaik sahaja anda duduk untuk belajar.
    • Menghabiskan terlalu banyak masa (hari) untuk membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.
    • Bawa buku sepanjang masa, tetapi tidak pernah membacanya.
    • Berasa marah sekiranya ibu bapa anda bertanya “Sudahkah anda mula?”

Anda mungkin pernah melalui sekurang-kurangnya salah satu daripada situasi ini. Tetapi jangan menghukum diri anda! Ini bermakna anda adalah normal. Kunci kepada kejayaan adalah dengan tidak membenarkan taktik penangguhan ini menjejaskan gred anda.

Masa tidak menunggu kita. Malah jika kita diberikan tambahan satu jam setiap hari, kita masih gagal untuk menguruskan masa kecuali kita … Fokus … Fokus … Fokus

Dengan melihat jadual berikut, anda perlu menentukan keutamaan – Utamakan perkara yang penting dahulu!

PERLU SEGERA TIDAK PERLU SEGERA
PENTING PETAK 1
Perkara yang penting dan perlu segera dilakukan :

  • Esok ujian
  • Lewat ke sekolah
  • Projek sekolah perlu diserahkan hari ini

Kadang-kala krisis berlaku. Namun, kebanyakannya kerana kita bertangguh.

PETAK 2
Perkara yang penting dan tidak perlu disiapkan dengan segera :

  • Menetapkan matlamat
  • Esok ujian
  • Bersenam
  • Karangan yang perlu diserahkan minggu hadapan
  • Berkawan

Perkara-perkara yang anda mahukan dan perlu lakukan supaya hidup anda lebih bermakna dan produktif.

TIDAK PENTING PETAK 3
Perkara yang tidak penting tetapi perlu segera dilakukan :

  • Membuat panggilan, membalas e-mel
  • Hal orang lain
  • Lewat ke sekolah
  • Aktiviti kelab, kegemaran

Cuba sedaya upaya anda untuk tergolong dalam petak 3 ini. Jangan bazirkan masa anda.

PETAK 4
Pembaziran masa :

  • Menonton TV sepanjang masa
  • Bersembang di telefon, internet, bermain computer
  • Membeli belah

Jangan bazirkan masa anda.

“Saya tidak peduli!”

Pernahkah sesiapa memberitahu anda “Anda malas di sekolah. Jika anda berusaha, anda pasti boleh berjaya di sekolah”.

  • Tidak bermotivasi?
  • Berasa seperti anda terpaksa ke sekolah?
  • FIKIR!
  • Apa yang anda boleh dan tidak boleh kawal di sekolah?

Dengan melihat bulatan kawalan di bawah, adakah anda sedar bahawa terdapat banyak perkara yang anda boleh kawal dan ubah?

Jika anda ada masalah dalam pelajaran?

  • Dapatkan bantuan!
  • Fikir positif!
    • Anda tidak cacat!
    • Anda boleh berjaya di sekolah dan dalam kehidupan!

Saya tidak bagus!”

Ini adalah perasaan yang normal. Beberapa genius yang terhebat juga pernah mengalami perasaan sedemikian!

Hikmah semua masalah di sekolah, adalah setiap orang berbuat sesuatu dalam hidup mereka dan anda juga boleh.

Jika anda dapati belajar menyukarkan, tidak bermakna anda tidak bijak. Terdapat banyak jenis kecerdasan tetapi kebanyakan sekolah hanya cenderung dengan satu jenis kecerdasan, yang dikenali sebagai IQ (intelligence quotient atau kecerdasan mental).

IQ adalah keupayaan kita untuk menganalisis, membuat rasional, berfikir secara abstrak dan menggunakan bahasa.

Tetapi terdapat jenis kecerdasan lain yang sama penting.

  • EQ : kecerdasan emosi.
  • SQ : kecerdasan spiritual.
  • PQ : kecerdasan fizikal.

Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan. Doktor akan meminta anda menyatakan sejarah serangan asma secara terperinci. Sebagai contoh, doktor akan membantu anda mengenal pasti apa yang mencetuskan serangan dan corak serangan asma. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh terutamanya paru-paru. Kadang-kala anda mungkin perlu menjalani ujian sinaran x (x-ray) atau ujian pernafasan.

5 Ciri-ciri Remaja yang Berdaya Tahan : (Ya! Anda boleh berdaya tahan!)

  • Mempunyai mentor atau idola (role model) dalam hidup.
  • Tahu kekuatan diri anda.
  • Mempunyai kecerdasan emosi.
  • Merasakan hidup ini bermakna.
  • Bersikap positif dan tabah.
Semakan Akhir : 10 Januari 2014
Penulis : Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail

 

Artikel Berkaitan

Enam Pek (Six Pack)

Membentuk otot bahagian perut (six-pack) adalah impian setiap remaja khususnya remaja lelaki. Ia dapat memberi kepuasan fizikal serta minda mereka.

Sekolah Menjengkelkan!

Kita semua pernah pergi ke sekolah, samada sekolah kerajaan atau sekolah swasta. Mengikut sistem pendidikan Malaysia, 11 tahun dari kehidupan kita dihabiskan di sekolah.

Pembuangan Bayi

Pengenalan Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,206,405

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia