A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Menghadapi Kematian: Kanser

Pemahaman, pendapat dan kerisauan orang dewasa akan mempengaruhi bagaimana remaja ‘melihat’ kematian. Kepercayaan budaya dan masyarakat terhadap kematian juga mempengaruhi bagaimana memahami kematian

Menghadapi Kematian: Kanser

Remaja mempunyai konsep kematian yang berbeza dari orang dewasa. Setiap remaja mempunyai kefahaman tersendiri mengenai kematian. Kefahaman ini bergantung kepada umur, tahap perkembangan emosi, pengalaman terdahulu dan pengalaman kematian di dalam keluarga.

Pemahaman, pendapat dan kerisauan orang dewasa akan mempengaruhi bagaimana remaja ‘melihat’ kematian. Kepercayaan budaya dan masyarakat terhadap kematian juga mempengaruhi bagaimana memahami kematian. Sukar bagi kita melihat kematian sebagai salah satu fasa kehidupan. Walaubagaimanapun, ini boleh mengurangkan kekeliruan dan ketakutan.

Remaja yang mempunyai penyakit yang mengancam nyawa biasanya menyedari keadaan mereka yang sedang berdepan dengan kematian. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk mengatasi dan menangani emosi yang sukar, semasa berdepan dengan penyakit yang serius dan juga semasa rawatan yang mungkin menyakitkan. Kerapkali mereka merasa bimbang, murung atau keliru.

Remaja sering menolak (push away) ahli keluarga sebagai cara mereka menghadapi kematian yang hampir tiba. Mereka mungkin mahu bersama keluarga tetapi pada masa yang sama tidak dapat berkomunikasi dengan ibubapa atau keluarga mereka. Sukar untuk mereka menyatakan perasaan mereka kepada seseorang. Menghadapi kematian diri sendiri adalah sesuatu yang sangat sukar untuk semua orang, apatah lagi remaja. Mereka merasakan mereka lain dari kawan-kawan dan tidak lagi dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan yang lain.

Setiap remaja akan menghadapi kesedihan dengan cara yang berbeza. Ianya bergantung kepada tahap perkembangan remaja tersebut. Pada masa remaja, seseorang akan membentuk identiti mereka sendiri, lebih berdikari dan lebih rapat dengan kawan-kawan. Pada waktu remaja, selalunya mereka akan merasakan seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya. Kesedaran yang mereka akan mati menyebabkan mereka seolah-olah mereka menafikan dan menentang kematian yang akan hadir.

Penyakit yang mengancam nyawa dan kesan dari rawatan akan merubah imej diri remaja tersebut. Mereka akan merasa takut ataupun marah dengan keadaan dan penyakit mereka sendiri.

Sumber: kisahikmah.com

Ibubapa perlu tahu dan menyedari bahawa setiap kanak-kanak dan remaja melihat kematian dengan cara yang unik. Remaja perlukan sokongan dari mereka yang rapat untuk mendengar dan memahami perasaan mereka. Ibubapa dicadangkan untuk berkomunikasi dengan jujur dengan remaja mereka, berdasarkan tahap pemahaman mereka. Ini akan memudahkan remaja menangani kesukaran mengalami penyakit yang mengancam nyawa.  Penting untuk ibubapa mendengar apa yang mereka cuba sampaikan. Jawaplah soalan-soalan mereka dengan jujur. Jangan berikan jawapan yang mengelirukan atau menipu mereka. Hormati perasaan mereka. Mereka mungkin mahukan proses kematian mengikut ritual yang tertentu.

Kajian mendapati sekiranya ibubapa atau keluarga mengelak untuk berbincang mengenai kematian akan memburukan ketakutan remaja tersebut dan mereka akan rasa terpencil dari keluarga.

Rujukan:

  1. Ulrika Kreicbergs, Unnur Valdimarsdóttir, Erik Onelöv, Jan-Inge Henter, Gunnar Steineck. 2004. Talking about Death with Children Who Have Severe Malignant Disease. N Engl J Med 2004; 351:1175-1186 DOI: 10.1056/NEJMoa040366
  2. https://well.blogs.nytimes.com/2015/03/28/teen-advance-directive-end-of-life-care/
  3. https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?ContentTypeID=90&ContentID=P03044
  4. https://canvas.santarosa.edu/courses/3319/pages/module-assignment-number-10-children-and-adolescents
Semakan Akhir : 25 Jun 2018
Penterjemah : Dr. Harlina Bt. Bahar
Akreditor : Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,372,672

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia