A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Menghadapi Ibu Bapa yang Ketagihan Arak

Apakah isu yang bakal dihadapi dari ibu bapa yang ketagihan arak?

  • Remaja yang membesar dengan ibu bapa yang ketagihan arak biasanya mempunyai masalah perhubungan dalam keluarga dan berkemungkinan menghadapi masalah di luar keluarga
  • Ibu bapa yang ketagihan arak akan kurang bijak dalam menghadapi masalah dan akan meminum arak sebagai jalan penyelesaian bagi setiap masalah mereka. (Sebagai contoh, masalah rumah tangga, kewangan, kesihatan dan tekanan kerja)
  • Remaja yang mempunyai ibu bapa yang ketagihan arak mempunyai risiko menjadi seorang yang ketagih arak juga

Apakah akibatnya pada remaja yang mempunyai ibu bapa yang ketagihan arak?

Beliau berkemungkinan :

  • Kurang meluangkan masa bersama keluarga
  • Mengalami konflik disebabkan salah faham
  • Terlibat dalam penderaan fizikal dan lisan
  • Mengalami tekanan dan kegelisahan
  • Mengalami masalah kewangan
  • Tidak dapat menjalin hubungan yang baik
  • Diri sendiri menjadi penagih arak dan dadah
  • Keliru dengan peranannya di rumah
  • Berasa bersalah di atas sikap ibu bapanya yang ketagihan arak
  • Menyimpan rasa marah pada ibu bapanya
  • Memiliki rasa rendah diri
  • Menjadi tidak berdaya
  • Mudah marah

Bagaimana seorang remaja menghadapi ibu bapanya yang ketagihan arak?

  • Prihatin terhadap masalah ketagihan arak ibu bapa akan memberi kesan kepada anda
  • Memahami bahawa ketagihan arak ibu bapa anda bukan disebabkan oleh anda
  • Mencari sokongan daripada rakan-rakan, kaunselor sekolah, guru dan sesiapa sahaja yang anda percayai dan boleh berkongsi masalah
  • Mencari bantuan daripada orang lain bukanlah bermaksud anda membelakangkan ibu bapa dan tidak menyayangi mereka lagi
  • Mencari tempat perlindungan yang lebih selamat
  • Seandainya anda mendapati rumah anda tidak selamat untuk didiami, mintalah bantuan daripada pihak berkuasa seperti polis mahupun Jabatan Kebajikan

Bagaimana remaja mengelakkan diri sendiri daripada menjadi ketagih arak?

  • Belajar menangani masalah tanpa menjadikan alkohol sebagai jalan penyelesaian seperti mana yang dilakukan oleh ibu bapa anda
  • Memperbaiki kemahiran komunikasi agar masalah antara keluarga dan rakan-rakan dapat diselesaikan dengan lebih mudah

(Kemahiran Komunikasi)

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin
: Prof. Madya. Dr. Foong Kin
Penyemak : Dr. Salmiah bt. Md. Sharif
: Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail

 

Artikel Berkaitan

Memahami Seksualiti

Pengenalan Perbincangan tentang seksualiti patut dimulakan dengan kesedaran bahawa topik

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,207,002

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia