Home > Kesihatan Mental > Mencederakan Diri Sendiri

Mencederakan Diri Sendiri

Apakah itu kelakuan mencederakan diri sendiri?

Ialah satu tindakan yang menyebabkan kecederaan kepada tubuh badannya sendiri.

Mengapakah seseorang itu mencederakan diri sendiri?

Sebab-sebabnya termasuk:

  • Perasaan lega dari kesakitan emosi
  • Ingin bebas dari perasaan kekosongan dan kaku
  • Mengalih perhatian daripada perasaan negatif
  • Untuk dapatkan perhatian orang lain
  • Sebagai ugutan
  • Supaya orang lain rasa bersalah

Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu cuba mencederakan diri mereka?

Kebanyakan mereka cuba menyembunyikannya dari orang lain.

Tanda-tanda amaran termasuk:

  • Kecederaan tanpa sebab
    • Seperti luka, kesan lebam, bekas cucuhan rokok
  • Menguncikan diri untuk jangka masa yang lama
  • Kesan kebakaran dan darah yang mencurigakan pada pakaian
  • Kelihatan murung

Bagaimanakah cara untuk membantu mereka?

Jalan yang terbaik ialah mencari jalan penyelesaian untuk mengendalikan situasi tersebut. Jika seseorang itu marah, gelisah dan kecewa

  • Lakukan sesuatu aktiviti fizikal
    • Menumbuk karung tinju
    • Tendang bola
    • Mainkan muzik yang kuat dan menari
    • Berjoging
    • Jerit sekuat hati atau menangis bila tiada orang di sekeliling anda

Jika seseorang itu rasa sedih, murung atau rasa bersendirian

  • Buat sesuatu yang merehatkan:
    • Mandi
    • Baca buku kegemaran
    • Dengar muzik kegemaran yang sentimental
    • Bersiar-siar di taman
    • Nyalakan lilin
  • Kongsi perasaan dengan rakan anda

Jika seseorang rasa kaku, menyendiri dan terasing

  • Lakukan sesuatu aktiviti yang boleh membuatkan anda merasa sesuatu contoh:
    • Mandi dengan air yang sejuk
    • Perah dengan kuat ketulan air batu
    • Mencubit diri sendiri
    • Gigit cili

Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?

Kelakuan mencederakan diri sendiri boleh mengakibatkan komplikasi yang serius seperti:

  • Komplikasi fizikal:
    • Parut
    • Perdarahan yang teruk
    • Ke patahan
    • Kematian
  • Komplikasi psikologi:
    • Rasa bersalah
    • Benci diri sendiri
    • Kemurungan
    • Marah
  • Komplikasi sosial:
    • Masalah pembelajaran
    • Masalah perhubungan
    • Masalah keluarga

Di manakah seseorang itu boleh mendapatkan bantuan?

Dapatkan bantuan dari:

  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Guru kaunseling
  • Guru Agama
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Hj. Mohd Nizam bin Abd Ghani
Penyemak : Dr. Hamdan Bin Buyong@Abd Rahman