A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Memilih Makanan Yang Selamat

Mengapa memilih makanan yang selamat?

Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan makanan.

Bagaimana untuk memilih makanan yang selamat?

Pilih bahan mentah yang segar

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan
    • Tidak layu, kecut, bertukar warna dan busuk
  • Ikan
    • Kulit yang bersinar dan berwarna terang dan tidak diselaputi oleh lendir yang tebal
    • Cerah dan matanya tidak tenggelam
    • Segar dan insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau kering)
    • Tidak berbau busuk
    • Isi yang kenyal
  • Udang
    • Tidak rosak, kulitnya lutsinar tanpa tompok-tompok hitam
    • Tidak berbau busuk
  • Daging
    • Segar dan tidak lendir
    • Tidak busuk
  • Ayam / Itik
    • Segar
    • Tidak busuk dan tidak bertukar warna
    • Lihat kepada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya
  • Telur
    • Tidak retak atau bocor
    • Tidak ada banyak najis dan kotoran pada kulit telur
  • Bijirin/kekacang
    • Tidak berkulat
    • Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing
    • Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah

Pilih makanan yang selamat

  • Makanan dalam tin
    • Tin itu tidak kemek, kembung atau berkarat
    • Penutupnya tidak kembung
    • Tidak bocor
    • Belum tamat tarikh luput
  • Makanan yang dibungkus
    • Tidak bocor atau kotor
    • Tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar) untuk membungkus.

Pilih makanan yang telah dimasak dengan sempurna

  • Daging yang telah dimasak dengan sempurna, berwarna perang di bahagian dalamnya
  • Ayam yang telah dimasak mempunyai jus yang berwarna jernih dan tidak berwarna merah jambu apabila dicucuk dengan garfu
  • Ikan yang telah dimasak mesti mudah dipisahkan isi dari tulang dan tidak berwarna merah jambu
  • Telur kuning dan putih tidak jernih atau lutsinar

Pilih makanan yang baru dimasak

  • Elakan dari memakan makanan yang disediakan terlalu awal dari masa untuk dimakan
  • Lebih baik untuk makan sebaik sahaja selepas dimasak
  • Panaskan dengan sempurna makanan yang telah dihidangkan untuk beberapa lama

Pilih makanan yang disimpan dengan betul (lihat Panduan Untuk Menyimpan Makanan Dengan Selamat)

  • Bahan mentah yang mudah busuk (daging, ayam dan ikan) sepatutnya disimpan pada suhu yang betul
  • Makanan yang telah dimasak tidak disimpan bersama dengan bahan mentah
  • Elakkan dari membiarkan makanan terhidang pada suhu bilik terlalu lama (lebih dari 4 jam)
  • Bungkus atau tutup makanan untuk disimpan
  • Tutup makanan yang dipamer dengan sempurna

Pilih tempat makan yang bersih

  • Tidak terlalu hampir dengan jalan raya dan laluan yang sibuk
  • Jauh dari tempat ternakan haiwan, parit atau tangki septik
  • Ada keperluan asas seperti air yang bersih untuk membasuh, elektrik, tempat membuang sampah yang betul dan tandas yang bersih
  • Menyediakan tempat untuk membasuh tangan dan sabun
  • Menggunakan gelas dan pinggan yang bersih dan tidak pecah atau retak
  • Elakkan gerai jalanan yang tidak bersih
  • Tempat penyediaan makanan yang selamat dan bersih
  • Bebas dari haiwan seperti kucing, anjing, tikus, lalat, serangga, burung dan pepijat
  • Utamakan premis yang mempunyai pengesahan dari pihak berkuasa tempatan sebagai bersih dan selamat

Pilih premis makan yang mengutamakan kebersihan diri dan pengendalian makanan yang betul

  • Memakai pakaian yang sesuai dan bersih
  • Memakai penutup kepala
  • Mengutamakan kebersihan diri (kuku yang bersih dan pendek), tidak merokok, meludah, batuk ke arah makanan, tidak menggunakan tangan untuk menyentuh makanan, menggunakan tuala yang bersih, tidak menjilat dan menggunakan jari untuk merasa
  • Tidak menyediakan makanan berhampiran dengan tandas atau longkang
  • Menggunakan tuala yang berbeza untuk mengeringkan tangan, mengelap meja dan peralatan.

Kepada siapa aduan mengenai premis makanan yang kotor hendak diajukan?

Aduan boleh diajukan kepada Pejabat Kesihatan tempatan atau Jabatan Kesihatan yang terdekat. Senarai Pejabat Kesihatan dan Jabatan Kesihatan boleh didapati di www.moh.gov.my

Semakan Akhir : 19 April 2012
Penulis : Dr. A’aisah bt. Senin
Norrani bt. Eksan
Penyemak : Prof. Dr. Norimah A. Karim

 

 

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,203,238

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia