Membuli

Apa itu membuli?

  • Membuli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain
  • Kelakuan membuli boleh jadi fizikal atau percakapan atau kedua-duanya
  • Di zaman siber ini, membuli ada dilaporkan secara langsung dalam “chart room”, sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga melalui E-mail
  • Membuli kerap kali terjadi tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru
  • Kebanyakan pembuli tidak mengaku mereka terlibat, manakala mangsa buli pula memilih untuk berdiam diri kerana takut pembalasan dan dimalukan

Mengapa ada pembuli

Beberapa faktor boleh menyumbangkan kanak-kanak remaja menjadi pembuli, mereka termasuklah:

  • Faktor keluarga:
    • Kurangnya kemesraan dan kasih sayang daripada ibu bapa
    • Cara disiplin yang tegas
    • Kurang perhatian ibu bapa
    • Sikap ibu bapa yang mendera
  • Faktor remaja:
    • Sikap yang mendesak
    • Sikap panas baran
    • Tekanan atau kemarahan dengan keadaan yang berlaku di rumah atau sekolah
    • Menjadi mangsa penderaan fizikal – didera atau dibuli
  • Faktor sekolah:
    • Tiada campur tangan dalam mengatasi kes buli
    • Tidak cukup pengawasan untuk mengenal pasti pembuli
    • Kurang kawalan terhadap pelajar yang terlalu ramai
    • Moral yang rendah di kalangan guru-guru

Mengapa dibuli?

Kebanyakan remaja dibuli jika mereka:

  • Keadaan fizikal yang kecil dan lemah
  • Merasa tidak selamat
  • Malu
  • Kurang keyakinan diri
  • Tiada sokongan daripada ibu bapa dan guru-guru

Bagaimana kita mengenalinya sebagai buli?

Buli berlaku apabila seseorang itu:

  • Mencederakan secara fizikal
    • Contoh: Memukul, menumbuk atau menendang
  • Mencederakan secara emosi
    • Contoh: Memanggil nama tidak elok, menyebarkan khabar angin atau mencaci
  • Sengaja memecahbelahkan antara satu sama lain dari kumpulan
  • Merosakkan harta benda
  • Memberitahu orang lain supaya jangan berkawan dengannya

Bagaimana anda mengenali seseorang yang dibuli?

Seseorang yang dibuli sering kali:

  • Merasa takut untuk pergi ke sekolah
  • Hilang barang-barang kepunyaannya
  • Merasa sangat bimbang
  • Hanya ada sedikit kawan
  • Menunjukkan kemerosotan di sekolah
  • Balik ke rumah dengan pakaian koyak atau cedera

Bolehkah pembuli ditolong?

Membuli bukanlah sifat yang berkembang secara semula jadi dalam diri seseorang. Pembuli boleh dibantu dengan membuatkan mereka:

  • Mengakui itu adalah masalah
  • Menyedari akibat daripada tindakannya
  • Menukar tingkah laku yang tidak elok
  • Belajar cara menangani kemarahan dan kekecewaan
  • Jumpa penasihat sekolah, guru agama atau doktor

Bolehkah membuli dielak?

YA, boleh!!

Cuba beberapa petua di bawah:

  • Elak situasi di mana anda berseorangan dengan pembuli
  • Sentiasa keluar secara berkumpulan
  • Bersikap berani, jika anda takut:
    • Berdiri tegak dan lurus
    • Lihat pembuli dengan mata
  • Jika berhadapan dengan kumpulan buli:
    • LARI!!! – perbuatan ini tidak memalukan
    • Dapatkan pertolongan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai

Apa yang akan berlaku jika anda tidak mendapatkan pertolongan?

Pembuli akan berakhir dengan:

  • Dibuang sekolah
  • Susah mendapat kawan
  • Tidak boleh mematuhi peraturan dan undang-undang
  • Masalah psikiatri. Contoh: personaliti antisosial

Mangsa akan menderita akibat:

  • Mengelak untuk hadir ke sekolah
  • Keputusan prestasi di sekolah yang merosot
  • Meningkatkan rasa ketakutan dan kebimbangan
    • Membuatkan mereka bertingkah laku sebagai seorang pengecut
  • Perasaan tidak menentu
    • Harga diri yang rendah
  • Kemurungan
    • Membawa kepada perasaan ingin membunuh diri

Di mana boleh mendapatkan pertolongan?

Sama ada pembuli atau pemangsa, bantuan boleh diperoleh dari:

  • Bercerita kepada orang yang anda percaya, contoh:
    • Ibu bapa
    • Penjaga
    • Kaunselor sekolah
    • Guru agama
  • Cari seseorang yang boleh:
    • Mendengar
    • Menghiburkan hati
    • Mampu memberi nasihat

ATAU

Minta nasihat daripada:

  • Doktor
  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Fauzi binti Ismail
Penyemak : Dr. Zarina Bt. Zainan Abidin