Home > Laman Utama > Memberus Gigi

Memberus Gigi

download:

Memberus gigi secara teratur dan betul adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik dapat meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup.

Memberus gigi setiap hari dengan teknik yang betul adalah cara terbaik untuk menyingkirkan plak dan bakteria di dalam mulut bagi mengelakkan kerosakan gigi .

Pilih Berus gigi yang bersesuaian dengan saiz mulut anda dan mempunyai pemegang yang selesa teguh serta bulu berus yang lembut dan membulat pada hujungnya.

berus gigi terlalu kasar boleh menghakis enamel pada gigi. Walau bagaimanapun, berus gigi yang agak keras atau sederhana masih di gunakan untuk sesetengah kes gigi.

Ubat gigi yang mengandungi florida adalah disyorkan kerana ia amat berkesan dalam menghapuskan plak,mencegah terjadi nya kaviti menguatkan gigi, memutihkan gigi dan menyegarkan nafas.

Berkumur lah dengan air sebelum memberus gigi

Berikut adalah teknik memberus gigi dengan cara yang betul:

  1. Letakkan berus pada sudut 45° dan mulakan memberus dari gusi ke gigi pada permukaan luar dan dalam gigi.
  2. Pegang berus gigi secara mendatar dan berus ke luar dan ke dalam di permukaan mengunyah.
  3. Berus perlahan-lahan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus pada bahagian dalam gigi hadapan.
  4. Berus lidah secara ke depan dan ke belakang untuk membersihkan permukaan lidah Bagi menyingkirkan bakteria dan menyegarkan nafas
  5. Bilas berus gigi dan simpan di tempat yang kering. Simpan berus gigi berasingan untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit . Jangan berkongsi berus gigi.

Berus gigi perlu ditukar apabila berus mula kembang dan haus atau selepas 3 bulan penggunaannya.

Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari selama 2 hingga 3 minit terutama selepas makan dan sebelum tidur.

M
Masalah Tingkah Laku Remaja

Memfloss Gigi

Menangani Kemarahan

Mengelak Kecederaan Di Rumah

Menghargai Anak

Menyelamatkan Gigi Kekal Yang Tercabut

Menyimpan Makanan Siap di Masak Secara Selamat

Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid Malaysia

Merokok

Media Sosial: Gara – Gara Media Sosial